Thursday 9 October 2014

"PERUBAHAN" GAJI DAN ELAUN MESYUARAT AHLI PARLIMEN ... BAKAL MENIKMATI RM16,000 SEBULAN DAN RM500 SEHARI.


Bak kata Shahidan Kassim Menteri Jaga Parlimen, ini bukannya kenaikan gaji dan elaun tetapi merupakan perubahan gaji .. Yang naik itu kakitangan awam peringkat bawahan dapat ciput kira naik mendadak.

Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.

Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.

Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu.

Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang.

Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan).

Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ).

Ahli Parlimen juga dibenarkan membuat tuntutan di bawah Akta Kertas Statut 235, termasuk Hiburan (RM1, 500), Pemandu (RM1, 200), perjalanan (RM1, 500), telefon (RM900 ) dan elaun harian RM200 sehari selain daripada mesyuarat oleh agensi kerajaan yang ditetapkan pada RM150 sehari.
TMI

10 comments:

  1. Kejadian bom di bukit bintang lakonan hebat bang non ajee sebab kes jubo nk smpi dah....biasa la kena la wat havoc sikit...nk buli unit amal pas turun guling guling jlnraya dah tak jalan....lakonan bang non dah basi....kikikipi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo aku ckp yg ko nie BODO sah ternyata dah!!!! So aku ckp ko nie so fucking FOOLS jer lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
    2. Anon 10:41...Komen Hang tak ada Cahaya dan tak ada Iman...Malu kalau Hang muslim.

      Delete
    3. Lawak bodoh bulan nih...Hohohooooo.........

      Delete
    4. Bapak Haram A10419 October 2014 at 19:46

      Anon 1041 tgh dtg bulan tu. Tu yg cerita meraban..klu dah nak juga tahap kritikal, dtg la B.B..

      Delete
  2. nk lagi tepat "perubahan kerajaan"

    ReplyDelete
  3. jika kakitangan kerajaan, ada elaun yang dikecualikan income tax. tapi jika kitangan swasta, semua income dikenakan tax. sebab itu ada banyak jenis elaun dalam sektor kerajaan..gaji 6k je tapi elaun boleh sampai 10k tak kena tax..adil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adil. Sebab depa nanti jadi ahli syurga.

      Delete
  4. Rakyat kaya atau papa kedana mana mungkin dapat lari dari kena bayar cukai, tapi masih boleh dikecualikan dari dikenakan zakat...sebab mula dari bangun tido aje dah kena cukai..setiap unsur dari api,tanah,air dan udara semuanya bercukai hihihi

    ReplyDelete
  5. SIMPLE SIDE INCOME.

    www.rezekijiadi.blogspot.com

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...