Friday 3 October 2014

SUASANA DI LUAR PENJARA KAJANG PARA PENYOKONG P. UTHAYAKUMAR MENYAMBUT PEMBEBASANNYA HARI INI.


Lebih kurang antara 300 ke 400 penyokong taksub P Uthayakumar berada diluar Penjara Kajang sejak awal pagi tadi untuk sambut pembebasannya yang dijangkakan hari ini setelah menjalani hukuman penjara selama 16 bulan.

Mahkamah Rayuan pada 17 September 2014 yang lalu mengekalkan sabitan kesalahan hasutan ke atas aktivis hak asasi manusia P Uthayakumar tetapi mengurangkan hukuman penjara kepada 24 bulan.

Tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Aziah Ali berkata, mahkamah mendapati tiada merit mengganggu sabitan Mahkamah Sesyen yang mendapati Uthayakumar bersalah menyiarkan kenyataan berunsur hasutan di laman sesawang tujuh tahun lalu.

"Bagaimanapun, hukuman 30 bulan oleh mahkamah itu berlebihan dan kami mengubahnya kepada 24 bulan," katanya ketika menolak rayuan Uthayakumar terhadap sabitan.

Uthayakumar, yang dipenjara sejak 5 Jun tahun lepas, dijangka dibebaskan hari ini 3 Oktober, selepas pengampunan satu pertiga daripada hukuman penjara.

Uthayakumar, juga seorang peguam, memfailkan notis rayuannya pada 6 Jun, sehari selepas hukuman penjara 30 bulan dikenakan ke atas beliau.

Beliau enggan mendapatkan ikat jamin.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan dan hukuman Uthayakumar pada 18 Februari tahun ini.

Beliau disabitkan atas kesalahan hasutan kerana menyiarkan kenyataan di laman sesawang “Police Watch” melalui surat kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown pada 2007.

4 comments:

  1. Rafizi pi tak sambut?????? Mat Sabu kena denggi pun dia pi melawat ker????
    PKR perlukan patriot bukannya Politikus. Politkus kat kedai kopi ramai braderr

    ReplyDelete
  2. Harapan anwsr untuk mrneruskan demo guling guling pada budak keling yg baru kuar nih....unit amal pas dan prnyokong pas dah tobat lahum nk demo atas jalan raya lagi...ahakss

    ReplyDelete
  3. Nanti jib tuya mesti pi sambut... kot2 dapat sokongan puak ni masa pru14 nanti

    ReplyDelete
  4. Langkah Kajang 2

    Panas lah punggung Najib
    Apa lah yg dia nak bagi kat kaum India utk dptkan sokongan Sekolah Tamil semua dah ok Gaji Estate dah ok Little India pun dah bertambah Najib kena cepat cepat cari ganti utk jawatan menteri yg diberi pd kuota kaum India krn indv tersbt telah jawatan krn kjaan Najib abaikan kebajikan kaum India

    Kita kuat kalau Melayu Cina India bersatu Hny PR tempat yg sebaik baiknya utk kita bersatu lawan BN

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...