Tuesday 28 October 2014

WAJAH LIMA HAKIM -HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI KETUAI KETUA HAKIM NEGARA YANG MENDENGAR RAYUAN LIWAT II ANWAR IBRAHIM.




Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan terakhir Liwat II Anwar Ibrahim selama dua hari bermula pagi ini..

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pada September 2004, Anwar menang dalam rayuan terakhirnya dengan keputusan majoriti 2-1 atas dakwaan meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar di pangsapuri Tivoli Villa, Bangsar.

Kali ini, Anwar dituduh dengan kesalahan sama di sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Menurut Ramkarpal yang pernah bersama ayahnya, mendiang Karpal Singh dalam perbicaraan dan di mahakamh rayuan, peguambela akan mengemukakan hujah sebelum Mahakamah Persekutuan putuskan Anwar perlu digugurkan daripada dakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Zabidin mendapati kredibiliti bukti Saiful adalah kukuh, dengan sokongan keterangan Saiful, integriti dan rantaian bukti yang berkaitan dengan beberapa sampel tidak tercemar atau diragui.

"Kami akan yakinkan hakim, berdasarkan bukti dan hujah sebelum ini, bahawa hakim silap mengarahkan Anwar masuk ke peringkat pembelaan," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Zabidin hanya membebaskan Anwar selepas mahkamah tidak dapat "diyakinkan 100%" mengenai integriti sampel diambil daripada ujian DNA Saiful atas dasar bukti mungkin sudah dikompromi sebelum diserahkan kepada ahli kimia.

Pasukan pendakwaan diketuai peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan Anwar dengan hukuman penjara pada Mac lalu.

Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan diketuai Balia, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh berkata Zabidin gagal meneliti analisis secara kritikal daripada saksi pembelaan Wells dan Dr McDonald.

"Ini merupakan kesilapan serius dan pendekatan yang sepatutnya tidak diambil kira hakim apabila meneliti bukti dengan adil," kata penghakiman itu.

Dua saksi dipanggil mengemukakan pendangan mengenai bukti dan laporan yang disediakan Dr Seah dan Siti Aidora.

Panel hakim berkata, hakim perbicaraan mudah menerima bukti dua saksi luar yang dilabelkan mereka sebagai "pakar yang hanya pandai berteori".

Wells mencadangkan sampel mungkin tercemar dan DNA Anwar dimasukkan ke dalam.

Kedua-dua saksi itu berkata, tidak mungkin air mani masih boleh diambil selepas 36 jam serangan seksual itu berlaku.

Katanya, dalam kes ini adalah mustahil sel sperma boleh diperoleh daripada dubur Saiful kerana diambil 56 jam selepas kejadian.

Ini disebabkan tindakan bakteria dalam dubur selepas 54 hingga 58 jam mungkin menjejaskan spesimen.

Mereka juga berkata, pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu dalam almari besi dan menyebabkan barang kes tercemar.

Namun, mahkamah rayuan mengakui Dr Seah dan Siti Aidora adalah saksi yang cekap kerana memenuhi kelayakan profesional serta berpengalaman.

Disebabkan itu, hakim tidak ragu-ragu membuat kesimpulan Dr Seah dan Siti Aidora mampu mendapatkan sampel profil DNA dengan tepat yang mengaitkan Anwar dengan kesalahan dakwaan.

Pada masa sama, hakim tidak banyak memihak kepada kesimpulan yang diperoleh dua pakar asing yang memperoleh sumber pengetahuan daripada buku teks dan jurnal.

Menurutnya, Jude hanya memotong beg plastik lutsinar untuk mengeluarkan bekas (mengandungi sampel air mani) untuk diletakkan ke dalam sampul berasingan dan disebabkan itu memutuskan barang kes itu dicurigai.

"Perubahan sampel air mani yang tidak tercemar tidak dapat dibuktikan," katanya.

Penghakiman Mahkamah Rayuan juga mendapati hakim terlepas pandang bukti Wells semasa soal balas mengakui dirinya tidak dapat membuktikan bekas itu pernah terusik sebelumnya.

Panel juga melihat Dr Seah tidak dapat mencari sebarang bukti perubahan, jika tidak perkara itu pasti akan dicatatkan dalam laporannya.

Peguam M Visvanathan berkata, isu utama kes ini adalah tempoh 2 hari diambil Saiful membuat laporan polis menuduh Anwar menyerangnya secara seksual.

Katanya, sampel yang diperoleh daripada Saiful dianalisis Dr Seah di peringkat akhir kira-kira 96 jam selepas insiden itu.

"Sampel tidak berada dalam keadaan steril. Ia diambil daripada dubur dipenuhi bakteria yang boleh menjejaskan unsur organik seperti air mani," kata peguam yang pernah mengendalikan kes liwat dan rogol itu.

Beliau menyifatkan cebisan bukti kes ini sebagai "tidak ada kredibiliti dan ajaib".

"Saya tidak memihak kepada Anwar tetapi berdasarkan prinsip perundangan dan bukti kes ini, pasukan peguamnya mampu meyakinkan mahkamah dengan harapan kes ini dapat ditolak," katanya.

Visvanathan berkata, pihak pendakwaan perlu membuktikan kes ini melangkaui keraguan munasabah, dan meletekkan kes ini ke tahap lebih tinggi.

"Pada masa sama, pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan supaya Anwar dapat dibebaskan," katanya.

Katanya, panel perlu membuat keputusan sama ada hakim perbicaraan membuat tindakan betul apabila menerima pendapat pakar luar atau percaya kepada mahkamah rayuan berdasarkan bukti pakar kimia.

9 comments:

  1. Cerita Mat Cherok Tok Kun Dalam Sejarah

    Jika diperhatikan gaya politik Anwar sebelum ini, beliau gemar memberi tekanan kepada lawan politik dengan mengheret rakyat dalam gelanggang krisis peribadinya..

    Bagi Anwar, Khalid mesti disingkirkan. Tiada individu lain yang boleh menyingkirkan Khalid daripada kerusi empuk MB Selangor melainkan dirinya sendiri yang merupakan penentuan penting hayat politiknya.

    Kajang Move’ yang diuar-uarkan oleh PKR sudah tidak relevan lagi. Selepas Anwar hilang kelayakan untuk bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahinya

    Janji hadiah seorang Menteri Besar untuk pengundi Kajang juga tidak akan dikota kerana Wan Azizah gagal akan dapat menjadi MB.

    Berbulan2 jeritan Juak2 Kajang Move "Bini Boss as MB " kedengaran tetapi syukur YB Azmin yang dapat jawatan . Dalam Proses kesewelan ini TSKI dan PAS dizalimi oleh Anwar.

    Bila sandiwara Kajang Move oleh Ninja Turtle gagal , plot ceritanya menjadi semakin huru-hara. Kempen oleh Juak2 Kajang Move telah beralih arah daripada menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Selangor, kepada meraih simpati terhadap Anwar.

    Jadi kita tau sekarang kedurjanaan mereka ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Analisis penuh emo dn prasangka, x boleh pakai....

      Delete
    2. Ingat bagaiman negara kaya, hasil bumi melimpah tapi kebanyakkan rakyat masih hidup terhimpit.Rasuah lah jawabnya.Nak ambil tindakan takut tembelang pecah jadi benda ini yang buat negara hutang berbillion billlion.Wakil rakyat pemerintah satu penggal dah ada banglo dan porche. Kita kerja 30 tahun beli rumah pun belum langsai. 10:02, 10:15 jangan peduli hal parti kalau duduk di palimen tak pandai berhujah lebih kita tak campor.Membodoh , memalukan rakyat negara kerana nak menegakkan kecurangan parti pemerintah maka DSAI di fitnah habis habis san dan jika ada yang hati masih berkarat, mereka ini lah yang masih menpercayai.

      Delete
  2. Wehhhh cerita Anwar Sadat dah basi dahhhhhh. Sapa nak dengar cerita orang yang dizalmi tapi menzalimi orang lain. Anwar dizalimi betul. Tapi pada masa yang sama menzalimi TSKI, Che Gu Bard, Saifuddin (Yang dinyah jawatan Secretary General).

    Betul kata Aspan Alias Di antara pemimpin PELAPIS dan PELAPIK itu besar bezanya. Azmin perlu maju menjadi President dan Mama Kipas Remote Control perlu meletak jawatan.

    Lepas ni apa jadi kat Mamat Matang kita buat donno saja.Buang Masa, buang beras dan buang air besar sajaaaaaaaa.

    Weiiiii Tulang Besi, diharap kamu rentikanlah adu domba kamu tu.

    Jika PAS ada macha ala Kajang Move yang kaki bodek De Facto (PASMA - PAS MAHU ANWAR), PKR ada Reformist sejati yang mahu keadilan tapi pada masa yang sama menolak nepotisme dan pembodek Kajang Move

    Yang Benar

    Boy Ulu Yam
    Reformist Tulin
    Ahli Keadilan semenjak tahun 2000
    (PKR adalah hak keluarga, Parti Keadilan Hak Ahli)

    ReplyDelete
  3. Hakim2 Dunia..di Akhirat nnti mereka akan mendapat bahagian masing2 berdasarkan kerja2 tangan mereka sendiri..

    ReplyDelete
  4. NGO INGAT NGO SORANG TAU AKHIRAT ?

    ReplyDelete
  5. Tgok pada wajah hakim nspak gaya besar harapan nuar bebas dari tufuhan liwat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBIJIK MCM DLM CERITA NUJUM PAK BELALANG NGKO NI.
      ORANG MKN MADU. NGKO MKN LEBAH.

      Delete
  6. Ini lah kes konspirasi terburok dalam abad ini iaitu fitnah lucah agar segala rahsia kucurangan pemerintah tak di ketahui rakyat. Jangan fikir rakyat bodoh rasuah tak boleh di bendung lagi dengan bermacam nama agensi anti rasuah tapi itu cuma tipu kulit saja, isi nya sama.Kepada yang masih percayai kes ini, ingat ini lah dosa kering yang tak nampak kerana mengiyakan nya walau pun kita tahu itu lah kospirasi jahat umno. Jangan bangkit pasal masalah dalaman parti, itu kan kerja juak juak umno tak senang dengan P. Rakyat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...