Sunday 5 October 2014

WALAUPUN DI KECAM TERUK OLEH PARA PENGANALISA POLITIK BAHAWA LANGKAH KAJANG GAGAL, TETAPI PENCETUS DAN PERANCANGNYA, MASIH ENGGAN TERIMA KENYATAAN, TETAP ANGGAP BERJAYA.



Arkitek Langkah Kajang Rafizi Ramli berkata, PKR sudah pun mencapai dua daripada tiga objektifnya dan menegaskan ia tidak gagal walaupun mengakibatkan pergolakan politik selama lapan bulan, pilihan raya kecil menggunakan RM1.6 juta wang rakyat serta kegagalan presiden PKR mendapat jawatan menteri besar Selangor.

Beliau berkata langkah tersebut berjaya menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap mempunyai isu integriti, dan juga berjaya menghentikan ketegangan kaum dan agama di Selangor.

Objektif ketiga, katanya, adalah memastikan perubahan dalam pentadbiran akan menambahbaik prestasi kerajaan Selangor dalam polisi dan program untuk membawa Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat kepada menawan kerajaan persekutuan.

"Saya tidak anggap Langkah Kajang satu kegagalan. Lain orang lain pendapatnya, tetapi saya rasa kita sudah pun capai dua daripada tiga objektif yang ditetapkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengkritik mengecam strategi politik PKR itu sebagai kegagalan, mengatakan langkah parti itu kompleks, cuba menolak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negeri dengan hanya presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pesaing tunggal, tetapi akhirnya istana Selangor memilih Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Khalid.

Rafizi juga menambah, kejayaan objektif ketiga itu hanya boleh dinilai dalam masa satu atau dua tahun asalkan menteri besar yang baru dilantik, Azmin bekerja baik dengan PKR dan melibatkan PAS dan DAP sebagai rakan untuk melaksanakan polisi PKR dalam mentadbir negeri terkaya Malaysia.

Rafizi menegaskan Langkah Kajang bukannya tentang hasil yang segera, tetapi tentang menambahbaik prestasi PR dalam menghadapi lawannya Barisan Nasional (BN).

"Daripada awal lagi kami merangkanya dalam jangka masa yang lama. Langkah Kajang bukannya tentang hasil sementara, ia bukan bertujuan mencapai sesuatu dalam masa yang tertentu.

"Ia bertujuan menjadi perubahan dalam prestasi kita dalam jangka masa lama supaya kesan kumulatifnya akan mendapatkan kita lebih sokongan dalam pilihan raya umum akan datang."

Langkah Kajang dicetuskan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan daripada kerusi itu Mac tahun ini dan mengakibatkan pilihan raya kecil yang membuka jalan untuk Anwar memimpin Selangor.

Namun rancangan tersebut terbantut apabila Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantunya, menyebabkan PKR meletakkan isteri Anwar sebagai calon pilihan raya kecil tersebut.

Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil tersebut dan merupakan calon tunggal PKR dan DAP bagi jawatan menteri besar, tindakan yang tidak dipersetujui pemimpin konservatif PAS, yang menganggap beliau tidak layak.

Ini menimbulkan ketegangan antara parti Islam itu dengan rakannya PKR dan DAP.

Pada 23 September, Sultan Selangor melantik timbalan presiden PKR Azmin sebagai menteri besar, menghentikan pergolakan yang berbulan-bulan membelenggu negeri itu.

Di bawah merupakan sebahagian temuramah bersama Rafizi:

TMI: Mengapa pada mulanya parti membuat keputusan untuk menggunakan Anwar walaupun sedar rayuannya semakin dekat, dan akan menggugat peluangnya untuk bertanding?

J: Kami menjangkakannya, malah kami lukiskan garis masa itu. Apa yang kami tidak jangkakan adalah peraturan yang tunggang terbalik dan terus dibuang. Apabila kami lukiskan garis masa tersebut, ia berdasarkan apa yang boleh dilakukan mengikut undang-undang dan praktis yang normal.

Mustahil mengikut norma mahkamah bagi kes tersebut dihadapkan sebelum Pilihan Raya Kecil Kajang. Jadi ia boleh dinilai melalui perkara itu. Memang terdapat risiko tetapi kita boleh mengendalikannya. Sebaliknya apa yang berlaku, BN membuang semua peraturan.

TMI: Anda merupakan arkitek Langkah Kajang dan krisis tersebut berlanjutan berbulan-bulan. Adakah anda memikul tanggungjawab ini? Adakah anda dipersalahkan atas krisis ini?

J: Saya dipersalahkan oleh ramai orang, tetapi ia keputusan bersama parti untuk menjalankan Langkah Kajang, dan setiap keputusan yang dibuat dalam lapan bulan lalu dibuat sebulat suara.

Beberapa orang, termasuk saya dan (Setiausaha Agung parti Datuk) Saifuddin Nasution Ismail merupakan pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan implementasi, oleh itu tidak hairan orang akan mempersalahkan kami.

Terpulang kepada parti untuk membuat keputusan dan setiap parti mempunyai prosesnya tersendiri. Jika mereka katakan seseorang perlu memikul tanggungjawab, maka proses yang relevan perlu berlangsung dan saya rela akur dan mengikut keputusan parti.

TMI: Khabar angin mengatakan anda menghantar surat letak jawatan tetapi menarik balik selepas kegagalan Langkah Kajang. Adakah ini benar?

J: Ini memang kerja Umno. Mereka lakukan ini setiap kali. Malah seorang wartawan menelefon saya beberapa hari lepas dan berkata, "Kami dengar anda bunuh diri," dan saya berkata, memandangkan anda sedang bercakap dengan saya, memanglah saya tidak bunuh diri.

Saya pasti ini kerja Umno, mereka lakukan begini banyak kali kepada saya. Mereka letakkan dokumen palsu yang menunjukkan rahsia Langkah Kajang dan tiba-tiba sahaja terdapat printscreen berita yang saya meletakkan jawatan.

Saya tweet dan katakan saya hanya letak jawatan daripada dua perkara sahaja: 1) membasuh pinggan di rumah, dan 2)  menonton TV3, dan saya rasa kerana itu, dua jam selepas itu muncul grafik yang menunjukkan pada awalnya saya meletakkan jawatan tetapi menarik balik keputusan tersebut.

Lama-kelamaan kita biasa dengan semua ini. Saya sedar tentangnya kerana semua orang menelefon dan bertanya tentangnya, dan saya mengambil masa yang lama menjelaskannya. Jadi, tidak, saya tidak pernah meletakkan jawatan ataupun berfikir untuk bunuh diri.

TMI: PKR Selangor pada mulanya mencadangkan Azmin sebagai MB dua hari selepas pilihan raya umum 5 Mac, tetapi namanya ditolak. Mengapa?

J: Itu keputusan parti. Selepas pilihan raya umum yang lepas, PKR membuat keputusan menukar MB kepada Azmin dan kami tiada masalah dengan itu, tetapi DAP dan PAS tidak bersetuju, dan disebabkan keputusan perlu dibuat dengan konsensus, kami menghormati keputusan mereka dan Khalid dilantik semula. Saya tidak tahu apa masalah mereka dengan Azmin.

TMI: Apabila Azmin dilantik MB oleh Sultan, tiada bantahan daripada akar umbi. Adakah ini kerana mereka muak dengan isu ini yang berlanjutan berbulan-bulan ataupun mereka tahu Azmin calon yang lebih baik daripada Dr Wan Azizah, yang dilihat sebagai ahli politik yang tidak rela dan seperti yang dikatakan sumber istana, "MB kawalan jauh"?

J: Saya rasa ia merupakan persoalan solidariti antara keputusan parti. Apabila parti memutuskan sebulat suara untuk mengalihkan pencalonan dan mengarahkan Adun kami mengalihkan sokongan kepada Dr Wan Azizah kepada Azmin, akar umbi menganggapnya sebagai keputusan parti dan perlu akur kepadanya.

Sekiranya kami tidak lakukan demikian, akar umbi tetap akan akur. Banyak yang sudah berlaku dalam lapan bulan yang lepas dalam parti, tetapi semuanya sedar solidariti amat penting, dan penting untuk mempersembahkan kesatuan dalam parti.

Oleh itu kami memutuskan untuk berkompromi dengan pencalonan Azmin supaya tidak melanjutkan masalah ini dan semua orang juga berhati-hati tentangnya.

TMI: Sultan Selangor dengan tegas mempersalahkan Pakatan Rakyat, terutamanya PKR dan DAP, kerana memulakan kebuntuan MB Selangor dengan Langkah Kajang. Apa komen anda?

J: Itu hak dan pendapat Tuanku, dan saya percaya semua orang juga ada pendapatnya sendiri. Tanggungjawab kami kepada orang awam untuk memastikan beberapa perkara – kami melantik berdasarkan premis yang kita telus kepada semua dan pentadbiran kita perlu bebas korupsi.

Kami menjanjikan orang awam akan berlaku adil dan melindungi hak semua, dan kami pandang serius perkara ini, jadi apa pun pendapat orang lain, kami masih memikul tanggungjawab kepada pengundi untuk memegang janji tersebut sedaya upaya.

Jika kami fikirkan perlu perubahan dan ia lebih memanfaatkan rakyat dalam jangka masa lama, saya rasa itu tanggungjawab kita untuk laksanakannya, dan dalam azam itu kita perlulah bertahan dalam lapan bulan yang lepas.

Bagi kita, perkara paling penting adalah melindungi tanggungjawab kami kepada orang awam, oleh itu Langkah Kajang diperlukan kerana kita tahu kita tidak mendapat jawapan yang diinginkan dalam beberapa perjanjian, dan kami sedar arah tuju kerajaan negeri tidak seperti arah tuju Pakatan.

Secara dalaman, kami sudah pun bermasalah menjadikan MB bertanggungjawab atas parti dan walaupun ketika semua ini, tanggungjawab kami kepada rakyat dan pengundi lebih penting tidak kira apa pandangannya – walaupun Sultan atau orang awam – dan memang terdapat banyak pandangan negatif – saya rasa itu tanggungjawab yang perlu dipikul parti.

TMI: Beberapa peguam Perlembagaan dan pengkritik mengatakan pelantikan Azmin bermasalah dan tidak mengikut Perlembagaan negeri yang menyatakan seseorang yang mempunyai sokongan majoriti sahaja boleh dilantik. Adakah anda setuju?

J: Saya sangat setuju. Saya dilihat amat tegas dalam pandangan saya yang kita tidak sepatutnya akur dengan syarat pertukaran dua nama ini dan perkenan istana, rakyat perlu mengikut Perlembagaan kerana kita bertanggungjawab ke atasnya.

Dilema paling besar yang kita hadapi pada saat-saat akhir adalah bagaimana untuk maju ke hadapan dan tidak melanjutkan lagi isu ini, dan keperluan mematuhi Perlembagaan supaya mana-mana keputusan tidak akan memulakan telunjuk yang negatif.

Ini sebabnya kita perlu bersidang dengan biro politik dan bermesyuarat Jawatankuasa Pusat kerana tidak kira apa kebuntuannya, orang yang akan dilantik perlu disokong parti terlebih dahulu.

Apa yang penting pada masa depan, apabila orang lihat kembali, Azmin dilantik dan disokong majoriti sebelum mengangkat sumpah kerana jika tidak semuanya akan mendapat telunjuk yang negatif. Jadi saya anggap proses ke arah pelantikan dan angkat sumpah tentunya tidak berperlembagaan.

TMI: Anda masih rasa begitu sekarang?

J: Tiada apa yang berubah... berdasarkan pemahaman saya yang terhad tentang perlembagaan dan perbincangan yang kami adakan dengan pakar Perlembagaan, sebaik sahaja Dr Wan Azizah mendapat sokongan majoriti 29 Adun dengan akuan bersumpah, ia sudah jelas.

Saya dimaklumkan dan dinasihati peguam dan pakar Perlembagaan yang sepatutnya beliau sudah dilantik kerana memiliki sokongan majoriti yang jelas.

TMI: Adakah anda menerima Azmin sebagai MB?

J: Tidak dinafikan beliau sudah dilantik dan sama ada beliau diterima sebagai MB bukan isunya. Isunya dengan proses yang mengendahkan majoriti jelas yang diberikan kepada calon yang memaksa parti untuk bertindak mengimbangkan keadaan dan untuk rakyat, memutuskan untuk mengalihkan sokongan kepada Dr Wan Azizah kepada Azmin, dan dengan melakukan itu, kesahihannya sebagai MB tidak boleh dipertikaikan.

Namun proses tersebut, di mana majoriti jelas diendahkan selama sebulan, bahagian itu yang tidak berperlembagaan.

TMI: Adakah anda gembira dengan bagaimana semua ini berakhir?

J: Saya gembira dan puas hati. Saya mahu maju ke hadapan dan menentang BN. Kami sedang berdepan dengan keadaan ekonomi yang buruk tidak lama lagi.

Terdapat dua perkara yang saya suka tentang kerjaya saya sebagai ahli politik, untuk berkhidmat kepada kawasan saya, bercakap dengan mereka dan cuba membawa perubahan dalam hidup mereka, serta menentang BN.

Saya teruja lakukan semua itu dan kini saya boleh kembali melakukannya dengan nafas lega.

TMI: Apakah harapan anda kini? Adakah anda rasa Azmin akan menjadi MB yang lebih baik daripada Khalid?

J: Beliau punyai kapasiti, tenaga dan ciri-ciri untuk menjadi MB yang lebih baik daripada Khalid, cuma perlu mengelak perangkap sama yang membawa Khalid di mana dia berada sekarang.

Beliau perlu inklusif, melibatkan semua orang dan memegang janji yang dibuat, dan ingat mengapa kita berada di sini.

Beliau perlu lindungi semua perkara yang membezakan kita – integriti, ketelusan, keterbukaan kita serta cara kita sayang dan lindungi mereka yang lemah dalam masyarakat.

Jika beliau berpegang kepada semua itu, tidak susah sebenarnya untuk menjadi MB yang baik bagi Selangor.

Selangor bertenaga dan kita tidak perlu menjadi Peter The Great untuk memenangi kembali negeri. Kita hanya perlu telus, mempercayai satu sama lain, bekerja sebagai pasukan dan mengotakan janji kepada rakyat. Saya amat yakin beliau akan melaksanakan apa yang kami ingin lakukan.

TMI: Terdapat khabar angin anda tidak sebulu dengan Azmin. Bolehkah anda bekerja dengannya?

J: Kami ada perbezaan kami, tentulah, tetapi orang ramai lupa yang kami bekerja dengan rapat.

Saya mungkin orang yang paling rapat dengannya apabila bekerja sebelum pilihan raya umum lepas, kerana jawatan kami.

Beliau pengarah pilihan raya manakala saya pengarah strategi. Tentulah beliau mempunyai pandangan berlainan tentang Langkah Kajang dan kami dalam pasukan berlainan semasa pengundian parti yang lepas, jadi tampak seperti kita tidak sebulu dalam beberapa bulan yang lepas.

Namun kami profesional dan ahli parti, dan kami mendedikasikan kehidupan kami untuk lakukan perkara yang betul untuk parti dan matlamatnya. Malah kami bekerja dengan rapat dalam 12 jam sebelum beliau dilantik sebagai MB.


ULASAN OMAK KAU:-

1)  Mau tidak mau suka tidak suka kena akui dan terima hakikat dan kenyataan bahawa Langkah Kajang adalah suatu langkah yang silap dan gagal dari segi perancangan dan pencapai matlamat.
Itu jelas walau pun telinga pedas berasap mendengarnya. Tiada gunanya bersifat sindrom nafi kerana akhirnya parti juga akan menanggung rugi.

2)  Memandang remeh akan kemampuan pihak lawan bila berdepan dengan suatu pertempuran .. bila gagal ambil jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan sedia ada sebagai tangan ghaib yang menyampuk dan menyibuk tanpa mencerminkan diri sendiri apa sebab ianya gagal.

3)  Perhubungan antara Pakatan Rakyat menjadi renggang dan ada kalanya menjadi tunggang langgang .. menambah teruk keadaan apabila sesama anggota PKR yang berlainan kem dan kartel sering menyerang dan bermusuh bermasam muka.

4)  Kekuatan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terjejas dan menguncup terutamanya di negeri Selangor walapun cakap besar berdegar-degar Ketua Wanita PKR Pusat, jika diadakan Pilihanraya Negeri mengejut, PR mampu sapu bersih kesemua 56 kerusi DUN .. suatu kata-kata yang terlalu angkuh, sombong dan bongkak dengan tidak berpijak dibumi yang nyata.

5)  Akhir akui secara terbuka bahawa Langkah Kajang ialah langkah untuk terajang TSKI dari kerusi MB Selangor walaupun pada awalnya diumumkan tujuannya tidak ada sedikit pun sebesar kuman untuk bertindak sedemikian .. akhirnya integriti yang membuat pengumuman dan kenyataan itu tercalar akibatnya rakyat sudah mulai berasa sangsi akan keikhlasan pemimpin-pemimpin tertentui dalam PKR.

6)  Memperlihatkan betapa YAB Azmin Ali seorang pemimpin yang tenang, licik dan pintar mencekup peluang dan ruang ... dalam pemimpin-pemimpin tertinggi PKR sibuk menjaja cerita mengapa perlu TSKI disingkir, beliau mengambil sikap tunggu, lihat dan membisu, sambil membuat langkah dan percaturan.

7)  Apakah selepas ini PR akan bangkit bersatu untuk melawan musuh utama yang satu atau akan berkecai suatu ikatan dan kesepakatan hanya disebabkan suatu perancangan tanpa diajak rakan satu komponen berbincang terlebih dahulu sebelum membuat tindakan.

8)  Mengajar PKR/PR untuk berpolitik secara realiti bukannya diulit ilusi dan mimpi .. talk is cheap .. nak pratikkan amat sukar .. mau menyakinkan rakyat yang PR adalah alternatif lebih baik agak sukar dan jauh dari impian jika di ambil kira segala pergolakan dan kemelut hasil dari Langkah Kajang ini.

9)  YB Rafizi harus berjiwa besar akui akan tempangnya Langkah Kajang dengan ambil tanggung jawab secara keseluruhannya... Lakukan sesuatu apa yang patut dan wajar... memiliki otak yang bergeliga dan kelayakan akademik yang cemerlang bukan jaminan mutlak apa jua difikir dan dirancang akan capai kejayaan dan keputusan ikut cita selera yang diimpikan.

10)  Langkah Kajang jika dibaca secara tersirat pengakuan YB Rafizi jelas ianya suatu gerak kerja segelintir pihak tertentu dalam saf kepimpinan tertinggi PKR bukannya secara menyeluruh.

11)  Anggota parti turut di heret, sehingga kini, suasana masih belum tenteram dan harmoni di peringkat akar umbi ... berpuak-puak dan sering bersifat sangsi curiga sesama mereka.

12)  Sebaik-baik perancangan ialah di atas kekuasaan Allah SWT jua. Maka apalah daya yang dapat diperkatakan jika setiap perkara yang kita rancang pada awalnya tidak dapat diterjemahkan menjadi sebuah kenyataan. Reda di atas ketentuan Ilahi yang lebih arif dalam mentadbir seluruh alam kepunyaan-Nya.

Maka benarlah apa-apa yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran yang berbunyi:

"Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan." (Surah Ali Imran, 3:54)
 

26 comments:

  1. Rafizi ini se orang yang bijak , rupa pun muka orang bijak , fasih ber komunikasi ber banding banyak banyak orang politik melayu se baya dengan nya di malaysia. Rafizi ialah se orang yang ber keyakinan tinggi dan ber tanggung jawab , jauh dari sifat bacul yang kita boleh lihat ada pada pemimpin pemimpin negara.

    Rafizi ini penganti Anwar Ibrahim masa hadapan dan bakal ketua negara 10-20 tahun akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul aku setuju nk harap org umno bodoh2 belaka....

      Delete
    2. Ketua negara masa hadapan???..pakai lingkup wal jahanam la malaysia..

      Delete
    3. setuju sangat..pemimpin masa depan.

      Delete
  2. Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 diBesut, Terengganu tetapi membesar di Kemamandan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ;Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993. Bersambung. .

    Pemimpin umno ado?

    KEDEPAN (gerakan kembalikan degree berasaskan kepandaian, 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  3. Angan tak sudah. Rafizi is over!

    ReplyDelete
  4. Biodata rafizi ramli part 2

    Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
    Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  5. Rafizi bakal PM.2 tahun lagi.

    ReplyDelete
  6. kecemerlangan akedemik sahaja tidak mencukupi, akidahnya pula KO suka memfitnah dan penuh dengan hasad dengki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane ko tahu akidahnye ko?

      Delete
  7. Omak kau mana tau..betui la kata rafizi tu..tahniah..buktikan ..biar org jeles ngan sel

    ReplyDelete
  8. Berjaya kepala hotok, pecah belah lagi ada lah, kebaikan nya membuka topeng manusia munafik, pecah pakatan, menjadikan pas kambing hitam, bila ini terjadi masing2 tak mengaku ..pas juga yg. Salah.. Perancangan bodoh sombong, cakap dah lah tak betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak dipecah belahkan mana nak tahu isi dalam nya penuh dengan pekong dan nanah ?

      Kepala hotak yang bebal memang malas berfikir....akibatnya jadi pencacai 50 sen.

      Delete
  9. OMAK KAU:-

    Bukan hanya PKR saja yang bersifat begitu..... semua parti yang mempunyai ahli yang ramai akan sentiasa bergolak mencari satu haluan bertuankan orang yang betul-betul layak diangkat sebagai pemimpin dan ketua.

    Dalam parti politik.....kita sebagai ahlinya sentiasa disajikan dengan persepsi, sentimen dan propaganda. Andai kata kita memilih untuk mencipta satu kumpulan dan tanpa diduga ahli dalam kumpulan itu gagal dalam merealisasi agenda perjuangan dari peringkat individu, kelompok dan parti maka kita juga akan terheret pada kegagalan.

    Dalam perjuangan hanya ada dua hala tuju... jalan untuk menang atau jalan untuk kalah. Namun menang dan kalah berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain bagi menghidupkan strategi perjuangan.

    Kalah untuk menang dan menang dalam kekalahan adalah pekara biasa dalam politik.

    Tanya pada Hadi Awang dan Khalid Ibrahim.... apakah mereka itu kalah atau menang dalam krisis menteri besar ?

    ReplyDelete
  10. bgus la kelulusan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada macai umno,bg aku 10 pemimpin umno yg bijak & pintar background pelajaran yg baik.kalo xde org muda,org tua skali pn bole.diploma,sijil2 xmsuk..pemimpin bodo,samseng, lembab pilihan umno dulu kini & selamany.

      Delete
  11. Hanya penyokong tegar TSKI anggap Langkah Kajang gagal. Tempat ttpi matlamat utama dicapai. Tempang krn campurtangan pihak trtentu tidak menerima majoriti. Apapun, jika Azmin brjaya buktikan sesuatu mgkin matlamat ke Putrajaya blh diangankan.

    ReplyDelete
  12. Omakkau tlg pi tanya mana TSKI sembunyikan perjanjian air selangor. Tski kan tokoh pujaan omakkau. Mangkuk hayun punya omakkau.

    ReplyDelete
  13. LAWAN TETAP LAWAN..!!! KEEP UP THE GOOD WORK YB..

    www.rezekijiadi.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Langkah kajang pak malau ini tidak gagal bahkan amat berjaya dalam menunjukkan kebodohanya, juga berjaya memecah belahkan pakatan rakyat, berjaya mengkucar kacirkan selangor, juga berjaya membangkitkan kemurkaan tuanku sultan selangor, perasan je lebih,hampas pun tiada -bukit bidang selising

    ReplyDelete
  15. Hujah rafizi tepat dan berfakta. Tabik...langkah kajang dh mula nmpak kesannya...

    ReplyDelete
  16. hanya omak kao dan ostad2 taik kucing' yg anggap gagal...bila omak kao nak tukaq tagline tu, kan sekarang omak kao penjilat hj hadi dan omno numero uno...

    ReplyDelete
  17. Hanya yg berotak tahi itik yg menganggap langkah kajang berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ...berotak lembu...hihihihi

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...