Thursday 6 November 2014

10 FAKTA MENGENAI PDRM RAMAI RAKYAT TIDAK TAHU.



1. Agensi paling tua di Malaysia yang di tubuhkan sejak 1807

2. Memiliki aset-aset yang paling uzur tetapi mampu menjalankan operasi dengan sempurna

3. Mempunyai pasukan separa tentera sendiri iaitu Pasukan Gerakan Am dan 69 Komando

4. Kesemua warga PDRM adalah bertaraf pegawai walaupun berpangkat konstabel (akta polis 1967) dan hanya ada 2 kategori sahaja iaitu Pegawai Kanan Polis ( Inspektor - IGP) dan Pegawai Rendah Polis (Konstabel - Sub Inspektor) dan sebenarnya tiada istilah 'anggota' di dalam PDRM itu hanyalah bahasa pasar sejak dahulu lagi.

5. Mempunyai sistem gaji yang paling tinggi berbanding dengan agensi kerajaan yang lain (pangkat konstabel boleh mencapai pendapatan kasar sekitar RM3000 sebulan megikut cawangan bertugas)

6. 69 Komando PDRM pernah melakar kejayaan dengan menawan 82 pengganas komunis hidup-hidup di satu kem komunis pada 1975 tanpa ada kecederaan dari pihak mereka.

7. Pada 2005, 5 pegawai kanan polis dan 32 pegawai rendah polis dari Pasukan 69 Komando telah diterbangkan ke Kukup Johor bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yg telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Akhirnya mereka berjaya menawan semula kapal ini dan dibawa pulang ke Malaysia.

8. Pada tahun 2000 semasa peristiwa Al Maunah, IGP ketika itu telah menyerahkan operasi kepada pihak ATM tetapi pasukan 69 komando di ketuai oleh C/Insp Abd Razak bin Mohd Yusoff bersama 20 orang pegawai rendahnya terlebih dahulu menaiki bukit ke arah Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah serta menyelinap masuk dan menawan pengganas tanpa sebarang kecederaan pada kedua-dua belah pihak sebelum ketibaan pihak Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat 2 jam kemudian.

9. Pasukan Polis Marin pada tahun 1985 pernah bertempur dengan lanun yang baru lepas menyerang bandar Lahad Datu. Keesokannya 2 buah kapal TLDM terdiri daripada KD Badik dan KD Kerambit telah merapat dengan kapal PX 29 dan PX 16. CO kapal TLDM telah pergi ke kapal PX 29 dan PX 16. Mereka agak terkejut melihat pada kesan tembakan dikedua-dua buah kapal tersebut disamping kelongsong peluru yang memenuhi dek dan Open briged kedua-dua kapal. Pertempuran yang amat hebat itu telah di puji oleh pegawai yang berpangkat Leftenan sambil berkata “ Sepanjang sejarah penubuhan TLDM, kami belum pernah berdepan dengan situasi sebegini”. Mananya tidak, hampir semua badan kapal ditembusi dengan peluru. Malah tangga besi dari dek untuk ke Open briged telah putus dan tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Scener Radar turut terkena tembakan. Kedua-dua CO TLDM itu kemudian mengucapkan tahniah atas kejayaan Polis Marin dalam memburu lanun tersebut.

10. Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa pekerjaan polis adalah yang paling stress di Malaysia dan di dalam cawangan polis pula Pasukan Gerakan Am merupakan cawangan yang paling stress berbanding dengan cawangan polis yang lain.


Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Salute!!!!.

18 comments:

  1. Karut marut dah Omakkau ni..
    Haral PKR ambil tindakan segera agar tali barut dan barua UMNO tidak sewenang2nya menggunakan logo parti2 PR di dalam blog seumpama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang abadi la ko..apa bukti omakau tali barut umno? Kasik bukti lah..cakap pakai air lior tak laku la bangang

      Delete
    2. Anon 22.12...bangang betengkek tengkek.

      Delete
  2. Baru aku tahu selama ini Omakkau adalah upahan rejim UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak Khalid kena tendang, Omakkau telahmenjadi duri dalam daging PKR. Pimpinan PKR pun sekarang rata2 sudah berhati2 dengan gerak geri Omakkau. Blogger inilah suatu hari nanti akan menikam PKR dari depan belakang...

      Delete
  3. Bodoh nya komen

    ReplyDelete
  4. Kalau dibandingkan apa yang aku nampak kawasan kediaman aku polis pangkat kontable mampu duduk rumah teres yg mana kalau tentera biasa dari pangkat kapten. Tentera pangkat kapten kebawah hanya duduk rumah flet. Kerja polis banyak masyuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tu jgn bangang sgt..kapten tu kje smpi umur berapa..konstanbel tu kje smpi umur 60 tahun..skang beli rumah pakai loan gov..loan smpi umur 60 tahun..sbb tu konstabel boleh beli rumah tu..

      Delete
  5. Sebangang bangang umno bangang lagi komen anon 22:12.umno tak pernah ambil kisah pasal logo...ko ni tak abis2 asik sibuk pasal logo parti...22:12 ni sah Macai jokomin puak munafik.PKR bila nk pecat jokomin pulak.dia kan melanggar arahan parti.hantar nama sendiri.

    ReplyDelete
  6. Yang tinggal dlm PKR ni spesis bangang biol bahalol x boleh diajar.. tegor sikit melenting suruh buang logo..

    ReplyDelete
  7. Lilex omak..teruskan perjuangan. .pi mampos anon yg gila logo tu..bukan logo boleh bawa masuk kubor pun

    ReplyDelete
  8. Yg masih lotup tuya pun polis juga, hebat ikut arahan tapi yg kasi arahan tak tahu siapa.

    ReplyDelete
  9. Teringat pulak mangsa -mangsa kes Memali. Tering juga kes IGP kena tembak dan tak tahu siapa punya arahan!!

    ReplyDelete
  10. Teringat pulak semua IGP yang cukup garang dengan pembangkang tapi hilang taring bila pihak lagi satu buat hal....

    ReplyDelete
  11. Omakkau sekarang dah jadi pemuja no.1 PDRM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nak suruh pps cina jaga ko ke..bodooo

      Delete
  12. Sokong polis x salah...tp sokong umno yg salah..
    Sebab umno barua british..
    Kerna umno melayu merempat tinggal kt tanah rezab sungai..
    Kerna umno lahir melayu yg bangan lagi tolol

    ReplyDelete
  13. ada yg terlepas pandang fakta no 11 jabatan yg paling banyak menindas dan menganiaya rakyat termasuk mmbunuh adik aminnurahsyid no 12- jbtn yg paling banyak mengamalkan rasuah..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...