Wednesday 12 November 2014

4 FOTO KERETA TERBAKAR SETELAH BERLANGGAR DENGAN LORI BAWA MUATAN TONG GAS.



KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM 257, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori membawa muatan gas LPG yang terbabas di laluan bertentangan dan menyebabkan tong gas berterabur di atas jalan.

Insiden itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsuddin Abdul Karim memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.22 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita melihat sebuah lori membawa gas LPG terbalik dan tong gas tercampak ke atas jalan.

"Dua buah kereta juga sedang terbakar pada masa itu dan kita segera melakukan operasi pemadaman," katanya ketika dihubungi.

11 comments:

  1. Omak Kau tentu akan salahkan Azmin punca kemalangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah kereta yg meletop tu. Dia tak ikut piawaian spesifikasi JPJ.

      Delete
  2. Bukan salah Azminlah, tapi nombor plet lori & kereta itu tidak ikut piawaian spesifikasi JPJ.

    Pengarah JPJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.... Betul tuuuuu!!?

      KP JPJ

      Delete
  3. kereta myvi tu pakai cermin GELAP!...hehe..

    ReplyDelete
  4. bukan nombor plat kereta atau lori tetapi no tong gas yang tak ikut piawaian.JPJ tak sempat nak saman tong gas tersebut.kah.kah.kah

    ReplyDelete
  5. Head Of JPJ Malaysia12 November 2014 at 15:19

    Lori tersebut menggunakan lampu HID

    ReplyDelete
  6. Kereta tu laa yg guna HID...trkena pda tong gas sbb tu lh trbakar. Lori tu sbb no plat je xikut spec JPJ smpai trbabas

    ReplyDelete
  7. Papan tanda km 257 tak ikut spec puncanya.

    ReplyDelete
  8. Tak malu ke ketua pengarah jpj hari2 org bg komen mcm ni....pengarah bodoh mcm ni lh padan muka...lain kali nk buat peraturan bawa bincang dulu dgn ramai org...last2 hari2 org kutuk...kakitangan jpj pun malu gak dpt pengarah biul mcm nih....

    ReplyDelete
  9. Ni sebab pemandu di tak pakai spec

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...