Wednesday 12 November 2014

AZMIN CAKAP DIA URUS PROJEK KIDEX TIDAK IKUT CARA TSKI.




Saya urus Kidex bukan seperti Khalid, kata Azmin

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 11 November 2014

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menjelaskan pendekatannya kepada projek Kidex jauh berbeza dengan bekas pemimpin negeri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau menggunakan pendekatan berbeza menguruskan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin yang ditemui pemberita ketika Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam berkata, beliau lebih suka mengamalkan pendekatan bertemu dengan pihak berkepentingan.

"Kalau dahulu berbeza, tiada pertemuan dengan penduduk, pihak berkepentingan ketika zaman (Khalid) tetapi saya berbeza, akan bertemu pihak berkepentingan.

"Ini kerana pembinaan lebuh raya ini, rakyat yang terkesan. Ini (merujuk kepada) semua lebuh raya, bukan Kidex semata-mata," kata Azmin

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa juga mendakwa, tiada sebarang perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dengan pentadbiran Selangor ketika pentadbiran Khalid berhubung pembinaan lebuh raya.

"(Dahulu) tiada perbincangan antara kementerian dengan kerajaan negeri," katanya.

Beliau turut berkata, kuasa pemutus bagi pembinaan lebuh raya juga terletak di bawah kuasa negeri memandangkan pihak konsesi perlu mendapatkan kebenaran pengambilan tanah bagi pembinaan jajaran mana-mana lebuh raya di Selangor.

"Jajaran lebuh raya dan pengambilan tanah adalah di bawah negeri."

Katanya, beliau juga mahukan isu itu segera diselesaikan dan pihaknya akan terus berbincang dengan pihak berkepentingan bagi tujuan itu.

"Kami mahu selesaikan, negeri akan terus berbincang dengan pihak berkepentingna yang terkesan dengan pembinaan lebuh raya itu."

Beliau turut menegaskan, kerajaan negeri Selangor tidak pernah membantah mana-mana pembinaan lebuh raya yang bermanfaat untuk kepentingan rakyat.

"Kita tidak membantah pembinaan mana-mana lebuh raya, bukan bermakna Kidex sahaja, tetapi apa sahaja lebuh raya yang ingin dibina perlu bermanfaat untuk rakyat," katanya.

Lebuh raya sejauh 26.1km itu akan menghubungkan Kinrara dan Damansara dan dikatakan membantu mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Damansara-Puchong.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, projek yang mendapat tentangan hebat itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di LDP sebanyak 20 hingga 30%.

Katanya, perangkaan yang dikeluarkan adalah berdasarkan laporan Penilaian Kesan Trafik yang disempurnakan Kidex Sdn Bhd, syarikat konsesi tersebut. – 11 November, 2014.


ULASAN OMAK KAU:-


Rakyat tidak berminat cara mana kamu mengurus projek ini tetapi rakyat mau tahu apa kesudahannya ... kalau berlainan cara tetapi akhirnya dijalankan jua, apa bezanya dengan cara TSKI dulu??? .. Apakah akhirnya lulus maka ianya menjadi projek suci murni tiada hanky panky ?? ... Adakah akhirnya projek itu dilihat sebagai atas kepada segala sangsi disebabkan menggunakan cara dan stail lain tetapi akhirnya syarikat yang sama mendapat projek tersebut????

Apakah dengan stail dan cara yang lain maka tiada kutipan tol???

Apakah dengan gaya dan cara yang berbeza maka dikira janji manifesto PRU 2013 tidak mengenakan sebarang tol dikira tertunai????

Helo Azmin "Jokowi" Ali ... dengar sini baik-baik .. stop playing politics .. it's not about style, but substance .. hentikan cuba mau memperbodohkan rakyat ... rakyat dah jelak dan muak dengan segala lakunan dan kata-kata berputar belit ini.

Rakyat melontarkan persoalan .. No To Kidex atau Yes To Kidex ... itu sahaja .. yang lain rakyat tidak berminat nak tahu.

Sebab itu cara terjahan turun lapangan tiru cara Presiden Jokowi ke tempat pelupusan sampah, terjun longkang tersumbat, tinjau tempat pembiakan nyamuk aedes, panjat lori sampah, mengecat rumah pangsa, naik bas komuniti, kayuh basikal dengan Eli sebagai pembonceng dan sembur racun di bendang, rakyat berfikiran waras tidak tersilau dan terpukau kagum serta kaget... Itu semua seperti kata kamu ialah stail dan gaya jer .. Yang rakyat maukan ialah kesudahan dari lakunan tersebut.

Jadi hentikan dengan mengeluarkan kenyataan bersimpang siul .. mohon jangan layan rakyat seolah-olah menghina kebijaksanaan mereka.

Lagi sekali rakyat bertanya .. NO TO KIDEX ATAU YES TO KIDEX.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

45 comments:

  1. OMAK KAU tolong kira beraper ramai rakyat Selangor dan bandingkan atau Omak Kau buat bancian pada semua penduduk selepas MB buat penerangan..baru la adil kalau nak bg statement.. Saya cabar Omak Kau kalau BERANI buat la...Tunjukkan kebenaran kata kata Omak Kau...

    KITA SEPATUT NYER MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DALAM PAKATAN BUKAN MENGHASUT SUPAYA MEMBENCI MB...PAKATAN UMUM NYER

    ReplyDelete
  2. Aku berpendapat, kejatuhan TSKI disebabkan kejahatan Clan Segam-Boot dan Juak2 Kajang Move. Azmin plak menannguk di air yang keroh. Jadi KIDEX, Bekalan air dll adalah keputusan yg terbaik dari TSKI.

    Kami akar umbi masih menunggu TSKI untuk menyediakan wadah yang baru. PKR sekarang serupa dgn BN. Tak da bezanya.

    Anwar dgn retoriknya, Rafizi dgn bodek bossnya, Izzah dgn Touch D Hanjing, Wong Cheng dan Elizabeth Wong dgn Oktoberfest, Nik Nadzmi dgn lossnya dan DSWA hanyalah kipas remote control.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dek Rafizi, PR mungkin hancur. Dek Rafizi, PKR gadoh PAS. Dek Rafizi, PAS gadoh DAP. Dek Rafizi, keyakinan rakyat pada PR jatuh menjunam. Dek Rafizi, Anwar kena maki. Dek Rafizi, PAS, PKR berpecah.

      Delete
    2. Dek rafizi la omak kau jadi cam ni

      Delete
  3. Ulasan ikut kepala sendiri je ni...aku pun bolrh buat ulasan sampah camni..temberang punya blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi buat lah Encik Raja kami nk tengok hebat tak kamu punya ulasan. Lepas tu kita tengok blog Encik Raja ke Omakkau yang mana satu ulasannya rating pembaca tinggi.

      Setakat nak sembang, aku pun boleh sembang

      Delete
    2. Hoi En Raja hanya baca tak komplen apa pun selama nie jangan sebut nama tu

      Delete
  4. Makin lama makin macam celaka blogger omak kau,Aku pun kecewa jugak TSKI disingkirkan tapi kita kenalah waras buat pertimbangan jangan sampai marahkan nyamuk habis kelambu dibakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku berpendapat, kejatuhan TSKI disebabkan kejahatan Clan Segam-Boot dan Juak2 Kajang Move. Azmin plak menannguk di air yang keroh. Jadi KIDEX, Bekalan air dll adalah keputusan yg terbaik dari TSKI. Kami akar umbi masih menunggu TSKI untuk menyediakan wadah yang baru. PKR sekarang serupa dgn BN. Tak da bezanya. Anwar dgn retoriknya, Rafizi dgn bodek bossnya, Izzah dgn Touch D Hanjing, Wong Cheng dan Elizabeth Wong dgn Oktoberfest, Nik Nadzmi dgn lossnya dan DSWA hanyalah kipas remote control.

      Delete
  5. Omak Kau hanya jadi barua UMNO selepas ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punyala Bahlul gang2 Madam Azizah ni, nak buat roadshow buat apa !!!! Pi bagi lebih dari 2 nama, Settle semua isu. Tapi gang Nepotism selalu dinasihat oleh gang kaki kipas Kajang Move

      Delete
  6. Jangan marahkan Omak Kau ,dia ni penyokong tegar Klahlid.dia sudah jadi duri dalam daging bagi Pakatan.takpa sebab kita semua tahu.Cuma biarkan dia meroyan sendiri.padan muka Khalid kena tipu.Sermoga Azmin menjalankan tugas tidak di tipu atau di suruh oleh Peminpin Umno je yang ingin mencari peluang.Diharap peminpin Pakatan jangn beri peluang yang selesa kepada bloger Omak Kau .Hati2. dengan pengkhianat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku berpendapat, kejatuhan TSKI disebabkan kejahatan Clan Segam-Boot dan Juak2 Kajang Move. Azmin plak menannguk di air yang keroh. Jadi KIDEX, Bekalan air dll adalah keputusan yg terbaik dari TSKI. Kami akar umbi masih menunggu TSKI untuk menyediakan wadah yang baru. PKR sekarang serupa dgn BN. Tak da bezanya. Anwar dgn retoriknya, Rafizi dgn bodek bossnya, Izzah dgn Touch D Hanjing, Wong Cheng dan Elizabeth Wong dgn Oktoberfest, Nik Nadzmi dgn lossnya dan DSWA hanyalah kipas remote control.

      Delete
    2. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati Tulang Ikan rasa sia2 perjuangan Tulang Ikan dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Ikan selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai. Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Besi yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.


      TULANG IKAN

      Delete
  7. Memang lah beza stail dan gaya MB politik lebih, kerja x nampak dengan MB buat kerja tapi kurang politik. So mana satu yang rakyat nak? Suka dibuai mimpi atau pijak pada realiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punya pakatan... Time da kuat buat mcm ni....dulu nk dpt mcm skrng punyala susah...minta derma sana sini...wat demo.. Terpekik terlolong nk kasi tau org.. Itu n ini akhirnya hancur berterabur saje..Aku habis duit kesana kemari...cite tu cite ni..konon umno paling ngok dlm dunia...rupanya pakatan lg otak belacan...sedih tgk pakatan hancur tanpa bertempur...x jauh beza dgn kapal selam scorpane la...aku beta bkn da benci...tp aku yg rugi sokong parti x de krebiliti... Mane nk letak muka ni org umno hentam kanan kiri....anwar buatla kerja guna otak sendiri...jgn dok harap si rafizi....pasti pakatan menang lagi...

      Delete
  8. Omak kau sekarang dah jadi kelam kabut sejak Khalid pujaanya tersimgkir.sepatutnya dia biarkan sahaja isu ini berlalu dan bekerja untuk menguatkan Pakatan Omak kau ada potensi mnejadi bloger terpuji tetapi sejak akhir2 ni dia terlalu taksub pada Khalid menjikan dia lupa diri.INGAT doa oarng ramai bila marah nanti akan menjaikan Omak Kau lagi tak tentu hala.lebih baik mhasabah diri cepat2 fikir mana yang lebih elok,terus kondem Peminpin Paktan atau terus kuatkan ikatan paktan .Fikirlah sendiri.sebelum ini mana ada pembaca yang menghentam Omak Kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku berpendapat, kejatuhan TSKI disebabkan kejahatan Clan Segam-Boot dan Juak2 Kajang Move. Azmin plak menannguk di air yang keroh. Jadi KIDEX, Bekalan air dll adalah keputusan yg terbaik dari TSKI. Kami akar umbi masih menunggu TSKI untuk menyediakan wadah yang baru. PKR sekarang serupa dgn BN. Tak da bezanya. Anwar dgn retoriknya, Rafizi dgn bodek bossnya, Izzah dgn Touch D Hanjing, Wong Cheng dan Elizabeth Wong dgn Oktoberfest, Nik Nadzmi dgn lossnya dan DSWA hanyalah kipas remote control.

      Delete
    2. Pembaca yang tegar PKR je yang hentam omakkau. Pembaca yang bijak dan ikhlas semuanya sayang dan senang dengan omakkau. Teruskan perjuangan omakkau. DEath to PKR and also daPIGGGSSSSS

      Delete
  9. Kipas Remote Control buatan Korea. Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  10. Kami ahli2 PKR bawahan dah fedp up tahap gaban dgn kebodohan strategi PKR dan meloya sebab Boss PKR pun dok layan baikkk torak kelas pertama gang2 Kajang Move.

    Cuba suruh Boss2 PKR jawab satu per satu isu2 ni. Bubuh kat youtube. Kalau logic kami terima, kalau jawapan bodoh kabi buang monitor PC keluaq kat tingkap. Reformasi mesti bermula dalam Parti. Reformasi semua, katakan tidak pada Nepotisme Kezaliman

    ReplyDelete
  11. Wan Azizah sedang pujuk Khalid kembali kepada PKR? 16 SEPT: Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang memujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali kepada PKR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa pujuk Khalid?
      Tak malu ker ludah jilat balik?
      Tak cukup ker Khalid dah sediakan 3.3 billion tur? Balon aje la sama2 kasi licin.

      Delete
  12. http://www.bharian.com.my/node/5576 KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya. Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR. "Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya. Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya. "Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia. "Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid. "Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi. "Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya.

    ReplyDelete
  13. Pemimpin dtg dan pegi, so omak kau jgnlah taksub ngan tski. Aku dh nk menyampah ngan omak kau jgn smpai aku muntah baca udahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nak muntah hijau pun tak sapa nak pedulik. Ko tu sapa? MB? Menteri?

      Delete
    2. xde sapa acu pistol kat kepala kau suruh baca blog ni.. dewasa lah sikit supaya boleh fikr mana baik buruk

      Delete
  14. Omak kau sudah jadi macai UMNO. Dia sibuk dgn negeri yg ditadbir oleh pakatan. Negeri2 yg ditadbir UMNO semuanya baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sokong Khalid ko kata macai umno. Org baik kat umno ko kata UG. Kalu org baik kat dap ko nak panggil apa yek? Panggil DOG bole tak? Dap of the geng (geng dap). Ok kot?

      Delete
  15. Kepada penjilat anwar dan geng kajang move. Ingat dikemukan satu soalan.
    Mengapa apabila ada yang mengkritik azmin ,ditimbulkan dan ditudoh macai Umno.? Mengapa dikatakan,marahkam nyamok di bakar kelambu? Mengapa ditudoj pengkhianat PKR?
    TETAPI, SEMASA KAU ORANG HENTAM DAN KUTOK KHALID TAK PULA BERBANGKIT ISU INI?
    Oleh itu,kalau kita tidak suka kepala mak bapak kita di pijak.jangan di usik kepala mak bapak orang lain. Setiap orang ada mak bapak daj tentunya,mereka sayang mak bapak mereka.
    Dan sekarang,giliran kau oranh pula menerima kutokan itu.
    Tak payah nak label dan tudoh oranh itu macai UMNO atau orang ini pengkhianat PKR. Muhasah. Dan ingat kembali apa yang kau orang fitnah kepada khalid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab TSKI membelakangkan party......TSKI jadi MB pun kerana party yg melantik..tu pun tak faham ke...Selangor bukan company

      Delete
  16. seekor burung bertanya pada sekawan manusia ..apa yg sedang diperbuat oleh mereka..lantaran taajubnya si burung pada keadaan mereka yg ..berkumpul sambil ada yg bertakbir ..ada juga yg mencela ..ada juga yg berguling2 ..ada juga yg mengibar panji dan ada juga yg menjulang sepanduk..Lalu berkatalah mereka adapun kami ini sedang berpakat-pakat dan kami namakan pakatan kami sebagai Pakatan Rakyat ( PR) ..tetapi tidak kami diberitahu siapakah diantara pemimpin kami yg sedang asyik berpakat itu diangkat menjadi ketua pada pakatan kami ini...maka tiadalah ia menjadi keberatan kepada kami...kerana para pemimpin kami baiknya mengalahkan malaikat...sudah tentu sulit bagi mereka memilih siapa yg patut diangkat menjadi ketua pada pakatan kami ini (PR)..disebabkan betapa mulia dan hebatnya para pemimpin kami ..lalu jatuhlah najis burung yg bertanya kepada sekalian manusia yg menjawap soal si burung itu..sambil berkata sesungguhnya kamu termasuk dlm kalangan mereka yg sombong lagi jahil..lalu ia terbang meninggalkan lautan manusia yg taasub itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak kisah. Asalkan bukan Umno

      Delete
  17. jika sebelumnya khalid gagap itu begitu mulia ..kini hinanya dia setaraf pada UMNO..maka sangat beruntunglah khawarij PAS dan sekutunya lantaran sifat taasub..sombong..jahil..kufur nikmat..yg mereka tanamkan kepada pengikutnya ..masih menjadi benteng yg kukuh lagi kuat untuk para pemimpin yg khianat itu..neraca timbang para pemimpin jelik ini sangat mudah.."kamu bersamaku bermakna kamu benar..dan imbuhnya adalah puji-pujian dan gelar yg baik lagi indah"..begitulah sebaliknya jika kamu menentangku..akan dikalungkan dilehermu segala hinaan dan gelar yg buruk lagi aib.. dan ingatlah betapa para pengikut kami tidak segan silu dan tidak juga bertangguh dlm urusan ini pada sesiapa sahaja hatta pada kalangan kami (para pemimpin yg engkar).. kini kami berada hampir diambang kuasa pemerintahan mutlak ..kerana kami membeli akal para anak muda..dari yg tercicir pelajarannya sehingga yg berada dimenara gading..mereka sanggup mengadai hatta pada masa depannya..kerana urusan itu ( masa depan mereka) bergantung sepenuhnya kepada kami..maka ikutlah kepada kami ..dan terpulang pada untung atau sialnya nasibmu samaada mampu menyertai kami sabagai pemimpin ..atau sebagai binatang ternakan kami..dan amaran yg maha hebat kepada sesiapa yg cuba membantah pada kami..kamu akan dihinakan seluruh hidup kamu selagimana kamu membantah kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak kisah. Asal jangan ikut hasan malik sudah....

      Delete
  18. Pegi mampos pada yang kuat menghentam omakkau ni!!!

    -AbahKau-

    ReplyDelete
  19. betul tu anon 10:34...jadi orang beriman....tski x boleh bawak OK masuk syurga ,ALLAH jua ( itu kalau OK cayo syurgo/nerako)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis tu najib boleh ke?

      Delete
    2. Anwar pun xblh Anon 13:18 masuk syurga, ALLAH jua (itu kalau Anon 13:18 ni macai tegar Anwar dia pecaya perjuangan Anwar sampai ke syurga maklumlah anugerah tuhan)

      Delete
  20. Ini semua salah Khalid Ibrahim. Bodoh sombong. Masuk parti PKR dapat jadi ahli parlimen Cheras dan ahli dewan undangan negeri Pelabuhan Kelang. Jadi ahli PKR dapat jadi menteri besar. Bila dah dapat semua kenikmatanm, lupa diri kufur pada Allah. Berlagak seperti raja selangor tidak mahu terima nasihat presiden parti, tidak boleh dicadangkan pekara yang lebih baik, dan tidak boleh dibantah kerana hanya dia ada kuasa mutlak mentadbir kerajaan negeri.

    Bila dah kena terajang dari parti dan jawatan mb baru nak sedar diri....lihat betapa susah dan siksanya pencacai termasuk omakkau nak pertahankan maruah orang yang dikasihinya kerana sehingga hari ini masih lagi teringat-ingat perjanjian air, perjanjian leburaya kidex, kenaikan gaji mb adalah tugas Khalid Ibrahim....... Khalid Ibrahim yang berjasa ?

    Siapalah Khalid Ibrahim tanpa parti PKR.... wujudkan NGO pun terpaksa bergayut pada parti PAS.

    Rakyat bukan semuanya bangang tidak berminat cara mana MB baru mengurus projek tapi Mohamed Azmin Ali berkata....

    "Kerajaan negeri Selangor berpendirian, semua perjanjian syarikat konsesi yang melibatkan kepentingan rakyat umum perlu difahami oleh pihak berkepentingan sebelum ianya dimeterai, .... yang memberi maksud tiada apa yang perlu disorokkan dari pengetahuan orang ramai dan kebaikan mesti dirasai oleh semua pihak..

    Pengguna dan penduduk berkepentingan yang menentukan NO TO KIDEX ATAU YES TO KIDEX setelah memahami perjanjian projek tersebut memberi kebaikan atau menyusahkan..... sedangkan kerajaan negeri sentiasa bersetuju dan menyokong setiap projek yang memberi kebaikan, keselesaan pada pengguna dan rakyat negeri Selangor.

    Omakkau.... baca elok-elok.... it's not about style, but.....'transparency is security',






    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Selamat 18:31

      YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bukan ahli parlimen Cheras........

      Delete
    2. Komen bodoh tak skola mcm ale uto

      Delete
    3. Azmin hanya tukar ayat je, selama ni pun sbnrnya projek KIDEX tu bergantung kpd kelulusan MBPJ setelah dpt maklum balas penduduk.. kalau TSKI nk bulldoze je projek ni skrg ni dh pacak dh tiang lebuhraya KIDEX tu.. jangan nk menipu lah.. Azmin hanya perlu kata NO jd NO lah projek tu, tulis je surat menteri kerja raya supaya concession KIDEX yg tamat 15hb ni x renew lg.. yg macai tegar mcm abang selamat ni lah yg tak tau apa2 main angguk je..

      Delete
  21. perjanjian 'rahsia' pengurusan air pun sbnrnya telah di "leak" kan beberapa bulan lepas so apa yg rahsia nya lagi... ni semua nk create perception je yg konon ada yg tak kena dgn perjanjian tu.. mereka takut yg rakyat (kecuali abang selamat n macai2 yg lain) TAHU (bila isi kandungan perjanjian didedahkn) yg rupanya perjanjian tak lah semudarat yg dicanang2 oleh geng2 PKR/DAP.. ini taktik tipikal utnuk gain mileage politik lah..

    ReplyDelete
  22. woit..melayu, united we stand divided we fall......pakai akai laa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...