Sunday 2 November 2014

BIAR BETUL AZMIN PERGI KERJA ULANG ALIK DARI RUMAH KE PEJABAT NAIK PENGANGKUTAN AWAM?????


Agak terkejut juga apabila ada yang beritahu Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin "Jokowi" Ali kini pergi kerja berulang alik dari rumah kepejabatnya di Bangunan SUK dengan menggunakan pengangkutan awam.

Bila Omak musykil dan ragu akan maklumat tersebut maka dikirimkan sekeping gambar Azmin "Jokowi" Ali sedang menaiki bas .. apabila diselidik dapati ianya merupakan acara terjahan turun padang atau lapangan menaiki bas komuniti milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang disediakan secara percuma sejak zaman TSKI menjadi MB Selangor lagi.

Bukanlah cetusan idea baru dari Azmin 'Jokowi" Ali ... beliau sekadar membuat tinjauan dan merasai suasana macam mana rakyat biasa naik pengangkutan awam, perkara yang sepatutnya beliau lakukan lama dah,  sejak menjadi ADUN Bukit Antarabangsa lagi.

Jadi ini bukanlah isu besar yang mampu memikat, memukau sehingga rakyat terkagum dan kaget.

Yang rakyat persoalkan ialah dimana ketegasan cakap serupa bikin akan batalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dikatakan menyusah dan membebankan rakyat sehingga maruah Pakatan Rakyat tercemar teruk sebagai langgar janji kalau tidak ditangani sokongan rakyat akan berpindah dan berhijrah ke UMNO/BN.

Tetiba saja dikatakan tiada langsung menyimpan niat dan hasrat kerajaan pimpinannya mau membatalkan perjanjian tersebut.

Antara yang paling kuat meyalak terjerit terlolong agar projek Kidex dibatalkan kerana adanya keraguan dan kesangsing penglibatan yang mencurigakan antara TSKI dengan kroni-kroni UMNO ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB Hee Loy Sian yang mengekor belakang Azmin dalam gambar diatas selain Tony Pua dan wakil-wakil rakyat dari DAP.

Mereka semua ini sehingga sekarang terus bisu macam terlelan kapur barus, apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin "Jokowi" Ali mau projek itu diteruskan tanpa banyak soal... Setiausaha Agung KeADILan antara yang lantang menentang pun tidak memberikan sebarang respon pun lagi ..

Dulu isu air Selangor-Putrajaya difitnah kata perjanjian tidak ada dalam simpanan negeri Selangor .. Isu No To Kidex bertukar Yes To Kidex skrip itu dah tidak boleh di guna pakai lagi .. dah basi toya.

Agak-agak Omaklah .. mungkin salah mungkin betul ... setelah Azmin "Jokowi" Ali naik bas komuniti ini baru sedar betapa perlunya projek Kidex diteruskan kot ... agak-agaknyalah.

Sepertimana pernah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan berkata .. ... Kamu boleh tipu semua orang dalam sesuatu masa ... segelintir orang setiap masa ... tetapi tidak mungkin boleh tipu dan pedaya semua rakyat dalam setiap masa.

Omak amat-amat yakin ... jika Kak Wan atau DSAI yang menjadi Dato' Menteri Besar Selangor dulu, perkara flip flop buat pusingan U 360 darjah konar baring cecah pipi, cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap, yang memberi malu dan mencalar imej parti tidak akan berlaku..... Itu Omak cukup-cukup yakin melebehi 101%.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

29 comments:

  1. Terbuktilah isu Konsesi air, Kidex dan segalanya adalah isu2 torak yang digunakan oleh Clan Segam-Boot dan Juak2 Kongkang Move untuk menjatuhkan pemimpin yang adil dan baik.

    Mengapa, Untuk membawa keuntungan kepada satu keluarga yang berunsurkan Nepotism ala Korea utara. To be exact melalui kehendak Mama Kipas Remote Control sebagai EmmmBeee.

    Niat busuk, jahat dan bersiffat zionist ini digerak oleh juak2 kongkang move. Mereka juga telah menjual perjuangan kepada persatuan mercun roket. Apa yang dijualkan dari segi prinsip. Sila tanya tuan badan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Walaupun saya tidak percaya kepada tuduhan2 moral terhadap Papa Segam-Boot, tapi jika beliau masih dijatuhkan hukuman terhadap fitnah, anggaplah ia sebagai kifarah kerana menjadi ruji fitnah. Jika dia terlepas, maka ambil lah peluang ini untuk bertaubat. keluarlah Tabligh sekurang2nya 40 hari. Beliau tetap kena minta maaf kepada mangsa2 fitnahnya terutama TSKI, Che Gu Bard, TGHA dll

    Saya masih memberi peluang kepada Azmin untuk membawa parti ke jalan yang benar. Tapi pada masa yang sama saya berharap TSKI menyediakan wadah perjuangan yang baru untuk para reformist. Jika dalam masa 3 bulan Mama Kipas Remote Control tidak dinyakan dari ketua parti, kami akan menyahkan diri kami untuk bersama2 TSKI jika wadah itu sudah diadakan.

    Tambahan sikit. kepada rakan2 kami Unit Amal PAS, PASMA didkong oleh juak2 Kajang Move dan Clan Segam-boot. Mereka ditolak oleh grssroot party (Lihat bagaimana Mat Matang tidak dihiraukan oleh kebanyakan ahli parti!!!!!!!!!!!!!!).
    Kami juga dari golongan rformist menolak PASMA kerana mereka bersikap ala Abdullah bin Ubay dalam PAS

    (Kedahlanie, Greenboc, Malaysiawaves kamu semua macai2 Gang Kajang Move)

    Kebenaran itu pahit, kebathilan itu tampak manis.

    Ayuh Reformasi mesti bermula dalam parti. Hidup Reformasi mampus Nepotism. Clan Segam-Boot perlu dipecat. Juak2 Kajang Move perlu dihancurkan.

    Azmin mesti melakukan rformasi dalam parti sebelum parti berpecah belah

    Yang Benar

    Boy Ulu Yam
    Reformist Tulin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Najib dah letih jadi pembangkang di Selangor....

      Delete
  2. Tski dah tubuh parti baru ker atau nak join pas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua amat berbesar hati jika TSKI boleh buat wadah yang baru

      Delete
  3. Azmin buat tu betul, dia check keadaan bas tu. Jangan Jadi VIP Bakal Janda anak dua tu. Touch D Dog programme dia pi. Sesi melawat Musalla kat PPRT Pantai Dalam dia tak ikut.

    Antara dua tu, aku lebih yakin Azmin dari VIP Bakal Janda dan Papa dan Mama VIP ni.

    ReplyDelete
  4. Apa kena mengena naik bas dengan KIDEX dan perjanjian air..mengong

    ReplyDelete
  5. Tak yah kits mengata dsn mengutok orang lain. Cermin diri sendiri.dulu kalau kurang perbaiki kalau lebih tambah lagi. Setiap yg hidup pasti mati. Penagih dadah kalau ditanya selepas mati hendak kemana?Mereka akan kata mahu surga. Bagi yg normal islam dan beriman tentu kita mahu surga selepas kematian. Kalau mahu surga kena cari tanbang dan jalan ke surga lah. Kalau dah asyek kutok dan hina orang lain anda memilih jalan ke neraka. Apa yg anda tulis orang lain baca. Kalau tulisan anda adalah fitnah camana berapa banyak dosa yg anda dapat hasil dari tulisan fitnah anda. Dari itu saya naaihatkan anda hati hati dalam menampilkan tulisan di bloge kerana komen yg tidak tepat membolehkan kita di heret ke neraka jahanam. Wallahuallam. Anda fikir sendiri sebab anda juga punyai akal agama serta keimanan.

    ReplyDelete
  6. Omak kau tak habis habis pelekeh Azmin Ali sebab dia pro Khalid. Bagi saya kalau mahu jadi penulis bloge yg bermarwah dan dihurmati pembaca jangan side mana mana. Utarakan yg terbaik buat pengentahuan pembaca pro Pakatan. Bagi yg pro BN mereka memang suka sangat lah baca komen Omak kau yg sejak kebelakangan ini macam tidak sebulu dengan Pakatan Rakyat. Kepada bloger Omak Kau jangan duri dalam daging. Jangan jadi api dalam sekam. Tonjolkan diri dan perseneliti anda sebenar..Andai kata anda sudah berubah kulit dan wajah silakan dan war warkan bahawa anda anti Pakatan Rakyat. Sehingga kini saya masih setia membaca bloge Omak Kau dan nampak sangat komen komen atau etika yg diutarakan oleh Omak Kau seolah olah menyindir Pakatan Rakyat. Perbaiki.diri Omak Kau yg sudah tu sudah jangan ikiutkan perasaan amarah anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak kau nak marah pada Omak kau ,memang dia jenis macam tu.Pakai baju keadilan tapi kondem PKR .pakai baju umno atau minta Khaldi belikan,Apa omak kau nak cemburu azmin naik kenderaan Awam berulang alik pergi kerja.kan Khalid Ibrahim lebih bagus sebba dia jalan kaki je perfi pejabat,bawa bekal lagi.tak percaya tanya Omak Kau.sebab Omak kau dah tak ada maruawah diri

      Delete
    2. Sendiri komen,sendiri reply.tata ejaan terserlah orang yg sama.

      Delete
  7. sbb omakkau lama x msuk tu

    ReplyDelete
  8. Aku pun dulu suka sgt dgn Omak kau tapi akhir2 ni menyampah pulak. Pergi lah tulis dalam utusan malaysia dah tentu ramai yg suka. Kalau kat sini betul lah mcm duri dlm sekam.

    ReplyDelete
  9. dtg bln la tu,tu yg meroyan kot omakku

    ReplyDelete
  10. Kaki wayang tinggi...dulu kutuk umno keja bergambar je bila pegang cangkul atau tanam pokok..skg tiru malahan lebih lg.
    Wayang tinggi jokomin..kikiki

    ReplyDelete
  11. Macai2 jokomin meroyan gila babi bila omakkau terjah..

    Apapun terbaik lah omakau..kasi lesing itu jokomin sampai jokomin tersungkur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pasti tersungkur iala jokobur..yg meliwat suka sama suka tu.

      Delete
  12. Penyokong kuat khalid sampai sekarang pun masih bengang , faekah dan Omakkau adalah buktinya. Sudah-sudahlah tu zaman khalid dah berlalu,. Tak kan semua gerak geri azmin nak spin? Lupa ke, Sultan yang pilih Azmin sebagai MB. Kalau nak meroyan gi lah sound kat sultan... kalau berani lah !

    ReplyDelete
  13. Pkr jangan jd mcm umno tk boleh dikritik,walau pun pkr tu parti kita,mana yg tk betul mesti didedahkan syabas omakkau

    ReplyDelete
  14. Khas buat blog omakkau. Semenjak akhir2 ini. Aku baca blog kau semakin dpt rasa yg kau ni x suke azmn ali. Kau sibuk nak buruk2 kan azmin ali. Pastu kau nak banding2 dgn kalid berahim. Kau perli2 azmin. Maaf ye. Aku bukan macai umgok. Aku memang dah x suke umngok . Aku lebih kepada pakatan. Tp blog2 kau ni boleh buat pakatan huru hara. Sorry ye omakkau. Aku dah lame follow blog kau. Tp semenjak2 ni. Kau byk perli azmin n anwar .Bagi aku, bende dah lepas tu sudah lah. Kite sama2 naik kan pakatan. Sama2 buang umngok. Jgn bg pengundi2 pakatan hilang kepercayaan kat azmin n anwar pasal baca blog kau..

    ReplyDelete
  15. Dulu klu nak tahu perkembangan politik khususnya pr selalu rujuk pada blog omak kau.tetapi sejak omak kau dah nyanyok meroyan sakan memburukkan pakatan maka ramai yg dah gostan tak layan langsung blok omak kau yg dah meraban dan dah tak ada kelas langsung.

    ReplyDelete
  16. Omakkau cemburu.... itu sebabnya dia cuba peleceh semua kerja Azmin.

    Semuga omakkau tidak jadi seperti adek Azmin si Ummi yang cemburu buta pada Anwar Ibrahim sehingga sanggup buat fitnah... He...he..he..

    Walau bagaimana pun sehingga saat ini omakkau dilihat masih setia pada PKR.

    Cuma tak pasti setia omakkau itu setakat mana..mungkin setelah Khalid Ibrahim tubuh parti baru dia akan ikut jejak langkah Faekah lucut keahlian.

    ReplyDelete
  17. Tolak BN yang tak pro Islam pilih PKR & daPIGS yang anti Islam. Poning den.

    ReplyDelete
  18. Adakah artikel yang di paparkan ini fitnah dan tipu??? .. Itu persoalan pokoknya ... jika ya di bahagian mana dan ayat mana? .. jika tidak siapa yang melakukan penipuan dan fitnah selama ini dalam isu Lebuh Raya KIDEX ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Omak kau,

      I strongly believe INI semua kerja kajang move. Ruji fitnah adalah clan segam-boot. Batu apinya kaum mercun rocket.

      Delete
    2. Omakkau...

      Kesalahan Khalid Ibrahim paling utama adalah tidak mahu mendengar arahan dan cadangan dari partti PKR.

      Tapi dia patuh dan lebih percaya pada kroni PAS dalam GLC Selangor. Disitu dia ada timbalan menteri besar secara rahsia.

      Bukan PKR saja malah DAP dan segelintir ahli PAS ambil kesempatan atas Khalid apabila dia menurunkan tandatangan dalam beberapa perjanjian berkaitan dengan kerajaan negeri tanpa berbincang dengan parti gabongan PKR DAP PAS.

      Kesalahan seterusnya adalah Khalid disukai oleh UMNO Baru atas kerahsiaan melangsaikan hutang peribadi dengan bank islam....

      Macam Singapura suka pada Najib atas kerahsiaan pembunuhan Altantuya.... Singapura dapat apa dari Najib ?

      Kehebatan Khalid adalah melawan nasihat orang yang suka padanya dengan perangai degil... Kononnya dia tidak perlu ikut arahan orang lain dalam urusan mentadbir negeri Selangor.

      Pada sangkanya Haji Hadi Awang boleh melindungi dia tapi dia terlupa Haji Hadi adalah presiden PAS sedangkan dia dari PKR yang mempunyai peraturan pari yang berbeza.

      Kesimpulannya ....hasil kerja Khalid Ibrahim dalam kerajaan negeri sebahagiannya adalah bagus dan sebahagiannya lagi adalah khianat.

      Oleh kerana itu, jika diungkit lagi kebaikan Khalid Ibrahim... Kita juga kena kenang kebaikan Khir Toyo semasa jadi.MB Selangor.


      Delete
    3. TB Urang Giler (UG). Kaki bodek Segam-Boot

      Delete
  19. Dulu Azmin tak pernah tengok sampah, masuk sawah padi, naik bas awam atau pengangkutan awam dan macam-macam lagi waktu zaman remaja nya terlepas. Biasa lah.. budak bijak...anak emas kerajaan. Itu dulu lah.

    Sekarang 'excitement' dalam tangan semula. Segala yang tertinggal di ingati dan ingin di rasai kembali... he..he.. bukan fitnah ye, satu rentetan nostalgia saje. PM Najib boleh. Jokowi boleh. Kenapa Azmin tidak, ia tak?

    Dulu omakkau suka main masak-masak tak ? Khalid masak di kerjakan oleh puak-puak suka membakar niiih... ada puak suka bakar masjid, ada puak suka bakar buntut, ada puak suka bakar rumah.

    ReplyDelete
  20. Saya masih memberi peluang kepada Azmin untuk membawa parti ke jalan yang benar. Tapi pada masa yang sama saya berharap TSKI menyediakan wadah perjuangan yang baru untuk para reformist. Jika dalam masa 3 bulan Mama Kipas Remote Control tidak dinyakan dari ketua parti, kami akan menyahkan diri kami untuk bersama2 TSKI jika wadah itu sudah diadakan.

    ReplyDelete
  21. Naik BAS Kali pertama dan terakhir la tu.dasar mulut macam puki.adik beradik sama saja.lembaga disiplin kenapa tak pecat dah terang terang dia melanggar arahan parti.dasar munafikturn adik beradik syaiturn.cakap tak serupa bikin.syabas faekah dan omakk...lawan tetap lawan!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...