Friday 21 November 2014

HIDUP PARA PENOREH GETAH KINI CUKUP SENGSARA SAMPAIKAN TIADA RM1 DALAM AKUAN BANK.



Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malah hampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.

Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600, hilang kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini.

Pemilik kebun getah Zulkifli Husin berkata kini RM1 pun tidak ada dalam akaun bank. Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di Negeri Sembilan berkata, hidupnya kini bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais malam makan malam'.

Mewarisi kebun seluas 3 ekar daripada ayahnya, menoreh getah merupakan pendapatan utama Zulkifli bagi menyara lima isi rumah, dua daripadanya masih bersekolah.

"Kalau dulu boleh menyimpan duit untuk belanja keperluan anak, sekarang dalam buku bank RM1 pun tidak ada.

"Kami tidak ada pilihan selain terpaksa ikat perut lebih-lebih lagi harga barang dan makanan sekarang semuanya mahal," katanya.

Sebagai pekebun kecil, beliau terpaksa akur dengan harga getah yang merudum teruk sehingga RM1.60 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.

Lebih menakutkan, beliau tidak dapat membayangkan keadaan dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac.

"Biasanya dapat hasil 50kg sehari, tetapi apabila daun luruh paling banyak dapat 25kg sehari," katanya.

Katanya, kehidupan kampung sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaannya dengan menanam sayur sendiri dan membela haiwan ternakan ayam dan kambing.

"Di sini harga barang mahal. Ikan tenggiri RM30, ikan kembung RM12. Nasib baik juga saya bukan perokok," katanya tertawa.

Walaupun mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan khas 'one-off' RM500 daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), namun katanya jumlah itu tidak mampu menampung beban kos sara hidup dalam tempoh setahun, terutamanya ketika menjelang musim awal persekolahan dan perayaan.

Pekerja kebun Mohd Shamsul Hashim berkata terpaksa buat kerja sambilan lain untuk tampung 5 anaknya berusia antara 3 hingga 12 tahun. Kerja menoreh saja sudah tidak mampu.

Keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa membuat kerja sampingan sebagai 'despatch' dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,200 sebulan.

"Kalau ikutkan RM1,200 tidak cukup. Sebulan belanja RM800 hanya untuk anak.

"Kalau tidak buat part-time memang tidak boleh hidup," katanya yang mempunyai 4 anak belajar di sekolah rendah.

Katanya, kejatuhan harga getah juga menyebabkannya terpaksa mencari kerja tambahan seperti menebas kebun, bertukang dan kerja kampung.

"Kalau tidak cukup juga terpaksa pinjam atau buat pendahuluan dengan pemborong," katanya.

Pemborong getah berlesen persendirian, Noraznim Nordin, 38, berkata harga pasaran getah sekarang adalah terburuk dalam tempoh 4 tahun.

"Harga getah paling tinggi pernah dicatatkan pada 2012 iaitu sehingga mencecah RM6.

"Setakat ini paling rendah harga getah RM1.80 sekilogram. Biasanya paling kurang harga getah saya ambil RM2.70 sekilogram," katanya yang menjalankan urusan jual beli getah penduduk Kuala Klawang, Negeri Sembilan kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (Mardec).

Katanya, kerajaan sepatutnya mengawal harga getah dan tidak membiarkan harga getah jatuh teruk sehingga menjejaskan punca utama rezeki penoreh.

"Daripada beri BR1M, bantuan Risda itu sepatutnya duit itu digunakan untuk mengawal harga getah. Jangan sampai jatuh bawah RM3 sekilogram," katanya.

Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan kejatuhan harga komoditi minyak menyebabkan impak terhadap perkembangan ekonomi Malaysia.

Malaysia sebagai pengeluar kedua terbesar hasil minyak kelapa sawit dan getah mencatatkan kejatuhan masing-masing 25% dan 16%.

Ini bermakna pekebun kelapa sawit juga turut terjejas dengan apa yang berlaku sekarang
.

7 comments:

  1. Penoreh tiada rm1 dalam akaun...punaisehat gaji rm1 gak klaim 15juta....akai ade..?

    ReplyDelete
  2. Negara tak kan dapat pemimpin baik kalau rakyat sendiri bodoh dan sendiri yang pilih pemimpin jahat. Sendiri mau ingatlaa!!

    ReplyDelete
  3. Syukurlah malaysia masih aman.hee

    ReplyDelete
  4. Mampos kn umno dulu.
    Itula punca segala masalAh dlm malaysia

    ReplyDelete
  5. Barisan Nasional menang rakyat hidup senang lenang, jangan lupa PRU 14 nanti undilah calon2 Barisan Nasional. Jadilah penyokong tegar BN agar anak cucu cicit kita hidup dengan pelbagai kesenangan, ha!ha!ha! PADAN MUKA sebab BODOH PIANG

    ReplyDelete
  6. Kesianny...Insyaallah BN akan bantu anda untuk kehidupan yg lebih melarat...idup BN.

    ReplyDelete
  7. hei..emak bapak anak cucu kau BN yg bagi makan.. kalau tak ada umno dah lama kau merempat... tolong ingat tu... BN yg buat lebuhraya..BN yg buat jambatan..BN yg buat sekolah n universiti.. BN yg buat rumah untuk rakyat..
    ini bukan aku yg kata tapi aku dengar dlm ceramah kata..
    Pak long kata rezeki Allah yg bagi bukan umno....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...