Sunday 9 November 2014

ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA .. SEBELUM MENJADI MB MAU IANYA DI KAJI SEMULA .. SUDAH PEGANG JAWATAN MAU IANYA DI LAKSANAKAN SEGERA JIKA TIDAK, AKAN DI AMBIL TINDAKAN!!!!!



Kerajaan Selangor akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap syarikat konsesi yang melengah-lengahkan proses penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu adalah untuk mengelakkan pengguna dan rakyat daripada menerima kesan kelewatan penyelesaian penstrukturan itu.

"Menteri (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) sendiri nyatakan dalam tempoh lima minggu, ada perjanjian yang perlu ditandatangani syarikat konsesi dengan kerajaan negeri untuk pelaksanaan penstrukturan industri air dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat.

"Maka, kerajaan negeri mengambil ketetapan untuk mengenakan pendirian yang lebih tegas," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Beliau ditanya mengenai status proses penstrukturan semula industri air di Selangor.

"Kerajaan negeri akan keluarkan kenyataan rasmi esok berikutan tempoh menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan syarikat konsesi akan tamat dalam masa terdekat," katanya.

Ditanya mengenai permohonan pihaknya kepada kerajaan persekutuan untuk mendedahkan kepada umum kandungan perjanjian penstrukturan semula industri air, Azmin berkata sehingga kini surat yang dihantar kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum berjawab.

"Saya dah hantar tiga minggu lepas kepada menteri mohon kerajaan pusat mendedahkan isi perjanjian penstrukturan tersebut.

Pada 18 Oktober lepas, Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan kandungan perjanjian tersebut yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor belum boleh didedahkan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara. – Bernama

ULASAN OMAK KAU:-

Tidak tahu nak cakap apa lagi dah jika apa yang dikhabarkan ini benar belaka ... sekadar garu kepala pening memikirkan gaya politik begini ... rakyat di heret dalam kancah politik benci dengan segala jenis taburan fitnah, tipu dan cerita-cerita yang di reka cipta .. rakyat disumbat dengan segala macam janji-janji manis dan muluk .. akhirnya rakyat juga yang tercengang-cengang memikirkan dimanakah hala tuju dan janji politik yang mau dibawa oleh kerajaan negeri Selangor kini.

Mengapa rakyat terus menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa yang tidak kenal erti ehsan dan kebenaran.

Ini merupakan suatu pembulian yang tiada taranya.

Sebab itu ketika mau berlakunya peralihan kuasa di Selangor, Omak dan  rakyat masih mengharapkan jika TSKI di turunkan, maka amat wajar dan tepat Kak Wan atau DSAI yang ambil alih kuasa demi memastikan segala janji ditepati dan tidak berlaku flip flop yang membawa malu kepada parti. Parti memerlukan kepimpinan yang tegas dalam mengotakan janji.

Rakyat tidak akan tersilau dan terpukau kagum kalau MB sekadar turun padang membuat terjahan di tempat pelupusan sampah, panjat lori sampah, terjun longkang tersumbat, pergi tinjau tempat nyamuk aedes membiak, sembur racun makhluk perosak dibendang, mengecat rumah pangsa atau hebahkan no telefom bimbit untuk rakyat boleh sms masalah kutipan sampah .. Rakyat Selangor maukan lebih dari itu. Sebab itu semua kerja PBT.

Sebagai MB dia perlu memikirkan bagaimana nak memakmurkan negeri Selangor .. perlu memiliki integriti yang cerah dan dikagumi .. Untuk itu perlu ada sifat pegang pada janji .. Cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap.

Kalau janji ini pun amat sukar mau dilakukan, apakah jaminan janji yang dihebohkan kepada dunia, mau berada di lapangan 80% dan 20% di pejabat akan di tunaikan????.. JAWAPANNYA TIDAK MUNGKIN???

Jadi siapakah yang bakal menerima padah akan mungkiri janji ini? ..  Pertama rakyat dan kedua parti sendiri.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

11 comments:

  1. Sudah sudah le omak kau oii. Yg lepas tu lepas le tak payah nak berdendam segala yg berlaku itu dah tertulis di loh mahfuz atas qado' dan qadar Allah. TSKI jadi MB pun atas qado' dan qadar Allah. Azmin jd MB pun atas kehendak Allah. Jangan sampai kita menolak qado' dan qadar Allah silap nanti boleh tergelincir iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari kebenaran... Kalau ada fitnah, jangan berdiam diri... Teruskan ibadah Omakkau...

      Delete
  2. 18:36 kritik atau komen bukan bermaksud dengki atau busuk hati, apa yg ditonjolkn omak kau adalah fakta yg mb dh menyongsang dr kata2 dia dulu ... umpama penyamun utk digelar penyamun dia kene menyamun dulu ... jgn marah ye, ini nk terangkn apa itu fakta ....

    ReplyDelete
  3. Omakkau....

    SEBELUM MENJADI MB MAU IANYA DI KAJI SEMULA ....sebab Azmin tidak tahu apa isi kandongan perjanjian kerana sikap Khalid suka berahsia.

    SUDAH PEGANG JAWATAN MAU IANYA DI LAKSANAKAN SEGERA JIKA TIDAK, AKAN DI AMBIL TINDAKAN..... sebab dalam perjanjian itu ada unsur sabotaj jika dibiarkan lewat perlaksanaannya akan memberi kelebihan pada kerajaan pusat membuat terma dan syarat baru yang lebih menguntungkan kroni dan dalam masa yang sama membebankan pengguna di Selangor.

    Kalau tak puas hati.... sila datang ke pejabat menteri besar untuk mendapatkan pencerahan yang lebih jelas lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan nak temberang lah.. Heads of agreement perjanjian air telah di"leak" beberapa bulan lepas.. xde nya unsur berat sebelah bla bla bla yg macam korang nk spin kan... Ini semua taktik politik lapuk lah untuk dapat mileage politik supaya nanti Azmin dapat dinobatkan sebagai MB penyelamat masalah air di Selangor

      Delete
  4. Bodoh laa omakkau ni..terjah abahkau..lain kali x tau fakta..dok diam2.. Omakkau klu nk ikot tski..shut down jew bloc

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu hak Omak Kau untuk bebas bersuara.. selama ni korang jugak yg kata tiada kebebasan bersuara bawah pemerintahan BN.. Bila korang dh memerintah korang pula nak tutup hak orang nak bersuara..

      Delete
  5. ini orang bangsat namanya. Siapa hantar nama dia jadi mb PKR tak hantar PAS tak hantar DAP pun tak hantar... ooo setan yang hantar ropanya. lain kali kalo tak tau apa apa jangan kacau kerja orang. biar khalid habiskan penggal.ini ko tak sabar sabar nak berkuasa macam la ko tu bagus sangat skrg ko kena jilat kahak sendiri glurp glurp glurp....parti pulak berpecah.PRU 14 nanti taulah kami ajar ko pulak tunggu...

    ReplyDelete
  6. kamu pikir pasal sampah ajela 20% pikir macamana nak perabih 3billion.

    ReplyDelete
  7. Kalau PAS, DAP pun akan suruh cepat tunaikan. Tapi menteri kata belum muktabat lagi. mungkin s'gor akan catut lagi masa depan. kalau langat 2 x siap. air akan jadi isu pada PRU 14. cam lah gan penyakit 'dengki" oop maaf denggi, isu sampah, isu banjir. isu jalan berlubang. Tapi rakyat s'gor tetap gan PR.

    ReplyDelete
  8. apa yang kau melalut ni Omak Kau...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...