Monday 3 November 2014

ISU RAMPASAN BIBLE BERBAHASA MELAYU DAN IBAN OLEH JAIS .... AZMIN GUNA PAKAI LANGKAH YANG SAMA DI AMBIL KHALID IBRAHIM.



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali akan merujuk kepada Sultan Selangor bagi menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban, selepas kemelut tersebut berlarutan hampir setahun.

Langkah sama sebelum ini diambil bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun gagal mencari kata putus dan Azmin juga menggunakan pendekatan sama.

"Keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi. Jika kamu boleh tunggu enam bulan, tidak bolehkah kamu tunggu beberapa hari lagi," kata beliau kepada wartawan selepas merasmikan program mencegah denggi hari ini.

Azmin juga memberitahu sudah menemui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menangani isu tersebut.

Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Jais berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menghalang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan berbahasa Arab termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya-Allah".

Walaupun sudah diarahkan memulangkannya semula oleh Jabatan Peguam Negara, Jais masih bertegas tidak mahu memulangkannya.

Kemelut tersebut dikatakan antara punca Khalid dipaksa meletakkan jawatannya.

Azmin sebaik sahaja mengambil pentadbiran kerajaan negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu tersebut.


ULASAN OMAK KAU:-

Isu rampasan bible berbahasa Melayu dan Iban oleh JAIS ini adalah antara punca dan alasan utama mengapa TSKI perlu diturunkan dari jawatan MB Selangor selain isu perjanjian Air Selangor-Putrajaya dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).

Cakap pada rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya dihari pertama selepas angkat sumpa jawatan Dato' Menteri Besar Selangor, Azmin "Jokowi" Ali berjanji akan teliti semula dan selesaikannya secepat mungkin dimana MB Selangor sebelum ini, TSKI gagal.

Tetapi sesudah lebih sebulan menjadi MB adakah ketiga-tiga itu dikaji semula dan diselesaikan?????

Jawapnya secara tegas dan tepat ... TIDAK!!!!!! ... Perjanjian Air Selangor-Putrajaya Azmin mau ianya di laksanakan segera ... Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) tiada niat mau dibatalkan malahan kini sudah menjadi momokkan rakyat dari NO TO KIDEX sudah bertukar menjadi YES TO KIDEX.

Terbaru isu rampasan bible berbahasa Melayu dan Iban .. akhirnya ikut cara TSKI cuba selesaikan juga bukannya ada cara baru pun..

Jadi jelas sudah betapa segala kempen memburukkan TSKI ternyata fitnah belaka ... segala janji hanya retorik omong-omong kosong sahaja.

Peliknya .. para wakil rakyat DAP termasuk seorang dua dari PKR yang cukup lantang mendesak agar TSKI digantikan segera atas isu-isu ini yang gagal ditangani akhirnya membisu tutup mulut, telinga dan mata juga.

Jangan ingat rakyat lupa, pekak dan tuli sampai tidak mampu melihat, berfikir dan menilai antara kebenaran dan penipuan.

Pada Omak .. secara jujur dan ikhlas tanpa perlu berselindung dan menggunakan bahasa berlapik .. Untuk 1 bulan pertama Azmin "Jokowi" Ali menjadi MB Selangor beliau amat jelas gagal untuk melunaskan segala janji-janji manis dan muluknya kepada rakyat.

Segala pertuduhan dilemparkan kepada TSKI selama ini ternyata suatu fitnah dan penipuan belaka... satu persatu terbukti ianya kempen cuba nak mengaibkan peribadi dan integriti beliau ... cukup kotor dan jijik politik yang diamalkan.

Sebab itu Omak menyatakan secara terus terang .. Azmin Ali tidak mempunyai kekuatan politik maupun peribadi yang mampu menyelesaikan 3 isu besar ini mengikut kehendak parti.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

50 comments:

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.

    Sambil menggesa Pejabat Peguam Negara, Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan "kesatuan dalam negara ini."

    "Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama," katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung bajet bagi portfolionya hari ini.

    "Saya juga mahu kes ini disemak untuk meredakan kemarahan rakyat," katanya lagi.

    Bagaimanapun Kurup berkata sama ada Ibrahim akan didakwa di mahkamah ataupun tidak, ia sesuatu yang boleh ditentukan kemudian.

    Kenyataan Kurup yang juga MP Pensiangan itu hadir selepas rakannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan kerajaan tidak boleh memberitahu apa yang pejabat Peguam Negara perlu lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa, gang2 Kajang move dah promise langit dan bulan kat kaum mercun roket. Apakah benda itu? Benda2 yg TSKI tak mau buat sebab kasih kepada yang hak.

      Azmin pula adalah lantikan dari titah. Azmin akan melaksakan apa2 yang TSKI lakukan. Contohnya benda2 yg baik masih dilaksanakan oleh Azmin seperti Kidex, air, menyokong fatwa dll. Benda2 yg sama TSKI lakukan

      Dari sini yang jahat adalah juak2 Kajang Move yang menjual prinsip kepada kaum mercun roket

      Apakah yang dijualkan itu?????? Saya tidak tahu dan masih mencari.

      TSKI dulu adalah orang yang kasih kpd Sekolah Ugama. 10 bijik sekolah integrasi sedang dibina waktu TSKI. Rata2 qariah masjid bersama TSKI waktu krisis dulu.

      Saya tak berani tuduh tapi kita kasi usha okey

      Delete
    2. Ini semua pasal kajang move mereka. Sesuatu berkenaan JAIS / MAIS serahkan kepada mereka. Kenapa campur tangan seolah tiada kredebiliti kakitangan agama yang di beri tugas.

      Kenapa mesti penganut kristian menyibuk ? Mereka yang melanggar enakmen, mencabar kewibawaan institusi di bawah Sultan Selangor. Bukan mereka tidak tahu, sudah berpuluh tahun mereka akur, cuma menjadi biadab melampaui batas bila puak-puak melayu liberal dari PR sering menyokong tindak tanduk jahat mereka. Sentimen jahat kepada Ibrahim Ali tetap di hidupkan manakala perbuatan provokasi mereka terhadap umat Islam seolah nya suci belaka ! Edar bible versi Melayu, guna kalimah Allah dan perkataan-perkataan di larang dan memperlekehkan Islam secara terang, tidak salah ? Moral nya memang salah kerana memprovokasi DYM Agong secara tersirat. Akta hasutan tiada di sebut, itu yang menjadikan mereka bersikap kurang ajar. Seperti kes terbaru juga.

      Elok jika Azmin serah kepada bijaksana Sultan dan jabatan berkaitan.

      Delete
  2. Knapa jabatan agama islam sangat sensitif mencari isu dinegeri PR....negeri umno takda isu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AhLim asal dari jinjang,
      Motor Kap Cai Sudah kaput,
      Move sungguh si Kajang.
      Untung Sama Clan Segambut.

      Delete
    2. Kami ahli akar umbi amat berharap TSKI boleh membina satu wadah perjuangan baru yang bebas dari Nepotism dan ampu Mengampu.

      Shame on you Anwar Ibrahim. Shame on you Wan Azizah. Shame on you Nurul Izzah

      Delete
    3. Sikit sikit pasal UMNO dan PR. Ini pasal ISLAM lah bang

      Delete
  3. Sudah2lah OmakKau jgn jadi batuapi. OmakKau ni licik dlm halus dia cuba utk membuat keadaan huru-hara melaga-lagakan antara sesama PKR. Sebenarnya krisis MB dan perlantikan Azmin telah mula sejuk tapi OmakKau dlm baik cuba melaga-lagakan antara penyokong Azmin dan penyokong TSKI dgn mengada2kan kesalahan dan kekurangan Azmin. Cukup2lah jgn nak memburukkan keadaan lagi. Nape OmakKau tak boleh terima hakikat yg Azmin skrg MB Selangor? Org2 BN pun dah senyap dan terima hakikat Azmin adalah MB Selangor skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat sudah bosan dengan kekejaman juak2 Anwar. TSKI -dipecat, Che Gu Bard - Digantung, Saifuddin - Hliang jawatan Sec Gen, TGHA -Dihina.

      Tengok padan muka orang, tak peduli dekat kamu lagi dah Non woiiiii. Kamu semua cuba membodek kaum mercun roket tapi sekarang ni mereka pun tak ambil port sama lu olang.

      Terbuktilah TSKI dan TGHA adalah dipihak yang benerrrrrrrrrrrrrrrrrrr

      Delete
    2. Anon 21:36


      Wehhh Kau ni tau tak menegakkan kebenaran dan menjauhkan yang bathil itu adalah satu frasa reformasi tahun 1998.

      Tahukah anda Nepotism tu sifat kuno yg masih digunakan hanya diKorea utara.

      Tahukah tindakan kdan fitnah pd TSKI, Che Gu Bard dan TGHA adalah zalim.

      Tahukah anda Nuar Sadat membawa perpecahan kepada PAS

      Tahukah anda PKR adalah milik ahli bukan milik keluarga tertentu.

      Reformasi 1998 adalah membawa kebenaran, Bagaimana mahu mereformasikan Putrajaya jika De Facto pun dah perangai Mahafiraun

      Delete
    3. Papa Segam-boot d Mahazalim

      Delete
    4. Anon 21:36 nak jadi fius boleh baca Malaysiawaves. Itu blog orang tiga suku

      Delete
    5. dia pun mnusia jugak...TSKI tu idola dia..lain2 smua xbaguzzz..pompuan

      Delete
  4. TSKI difitnah menggunakan isu Kidex dan air. Yang menfitnah Clan Segam-Boot dan Juak2 Kajang Move.

    Kebenaran sudah ditunjuk la ni. Mat Matang pi court pun takder sapeeee yang kisah. Ceramah dia pun penonton hanya seramai yang mendengar ceramah Ibrahim Ali sajaaaaaaaaaaaaa.

    Untuk kebaikan parti, beberapa orang perlu dipecat secara terhormat

    Nama2 yang perlu dipecat dari parti

    a. Anwar bin Ibrahin
    b. Wan Azizah
    c. Rafizi
    d. Nik Nadzmi
    e. Ketua Wanita Kelip Kelap (Zuraidah)

    Hapuskan Nepotism dalam parti. Hidup Reformasi

    Yang Benerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    Tempe Goreng Banting
    Reformasi 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dia (Anwar) tidak mahu merujuk Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam, Yusof al-‎Qaradawi di dalam isu SIS ini? Nampaknya dia betul-betul mahu mempertahankan SIS. Apa dia juga liberal seperti SIS?

      "Sekiranya SIS ini tidak ada isu, mengapa ia diharamkan? Adakah selepas ini Majlis Fatwa tidak boleh kata mana-mana gerakan songsang jika terbukti kerana perlu mengamalkan keterbukaan‎?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

      Delete
    2. Terima kasih kepada Omak Kau kerana membawa suara grassroot PKR.

      Boy Ulu Yam
      Reformist Tulin

      Delete
    3. Thanks Omak Kau

      Delete
  5. Sekumpulan badan bukan kerajaan dari Sabah bekerja siang dan malam bagi mewujudkan kesedaran terhadap penganut Kristian miskin terutamanya di kawasan pedalaman apabila semakin banyak kumpulan Muslim cuba mengislamkan mereka.

    Enggan dinamakan, salah seorang daripada koordinator kumpulan berkenaan berkata kepada The Malaysian Insider, pemimpin parti daripada kedua-dua pihak, gereja, dan NGO bukan Islam berganding bahu menghalang usaha berkenaan.

    "Lebih sedozen kumpulan, atau NGO Muslim terlibat. Mereka cuba mengislamkan penganut Kristian kepada Islam dengan sebanyak mungkin.


    "Mereka bergerak untuk mengislamkan penganut Kristian di luar bandar, yang kebanyakannya buta huruf kepada Muslim," katanya.

    Beliau berkata, majoriti daripada kumpulan NGO berkenaan adalah daripada Semenanjung, namun antara yang paling aktif adalah NGO dari Sabah.

    Katanya, mereka adalah penduduk pribumi yang diislamkan.

    "Bercakap dalam bahasa ibunda mereka memberikan kelebihan kepada NGO Islam dari Semenanjung," katanya.

    Difahamkan, sebahagian daripada mereka yang aktif mengislamkan penduduk tempatan menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk kumpulan sasaran mereka.

    "Mereka akan pergi kepada penduduk kampung yang miskin di pedalaman dan menawarkan ganjaran, kebiasaannya sejumlah wang yang banyak," kata koordinator itu.

    Awal tahun ini, sekumpulan 64 individu, termasuk kanak-kanak daripada tiga perkampungan di pinggir Pitas - Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop – mendakwa mereka ditipu memeluk Islam.

    Mereka berkata, seorang jiran memberitahu "ada orang dari Kuala Lumpur" memberikan "bantuan kewangan" sebanyak RM800, tetapi mereka perlu ke Pitas untuk mendapatkannya.

    Pada Tahun Baru, mereka ke bandar, dan kemudiannya di bawa ke masjid berhampiran.

    Penduduk kampung kemudiannya diberikan RM100 dan diminta cap jari mereka diambil. Mereka kemudiannya diarahkan berbaris dan menyebut "perkataan asing."

    Penduduk kampung mendakwa mereka diislamkan selepas membawa dokumen berkenaan kepada pemimpin gereja.

    Presiden Gereja Protestant Sabah, Rev Jensey Mojuin, berkata kepada The Malaysian Insider pemimpin gereja akan bertemu pada Rabu untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

    "Kita mahu mendengar daripada pastor tentang apa yang berlaku," kata Mojuin.

    Mojuin berkata, beliau turut menerima laporan sama di Kudat, Kota Marudu, Kanibongan dan Paitan.

    "Semuanya daripada akhbar," katanya, dan menambah PCS mempunyai kira-kira 43,000 keahlian.

    PCS adalah merupakan salah satu daripada empat anggota Kesatuan Lutheran Dunia di Malaysia. - 22 Januari, 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dey mana lu ambil cerita ni. Paper Nepal kerr. Kah Kah Kah

      Delete
    2. Masalahnya gerakah reformasi diserap politik ahli keluarga ala Korea Utara dan didokong oleh pembodek dan penjilat kelas pertama dari juak2 Kajang Move Ninja Turtle

      Sebagai ahli biasa dari Lenggong Perak, saya dan rakan2 amat sedih apa yang belaku.


      Man Lenggong

      Delete
  6. OTR price, Benelli Keeway RKV 200G lebih murah berbanding Yamaha FZ150i. Sekitar RM7400. Lebih kurang harganya dengan Demak DZM 200. Sedangkan Yamaha FZ150i berharga sekitar RM8000 ke atas. Agak mengejutkan jugaklah harganya. Dengan design yang lebih cun, 200 cc, ada dua brake disc, depan dan belakang, speedometer digital dan juga analog, tank capacity 17L. Secara kasarnya nampak seperti kelebihan memihak kepada Benelli Keeway 200 G.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa, gang2 Kajang move dah promise langit dan bulan kat kaum mercun roket. Apakah benda itu? Benda2 yg TSKI tak mau buat sebab kasih kepada yang hak.

    Azmin pula adalah lantikan dari titah. Azmin akan melaksakan apa2 yang TSKI lakukan. Contohnya benda2 yg baik masih dilaksanakan oleh Azmin seperti Kidex, air, menyokong fatwa dll. Benda2 yg sama TSKI lakukan

    Dari sini yang jahat adalah juak2 Kajang Move yang menjual prinsip kepada kaum mercun roket

    Apakah yang dijualkan itu?????? Saya tidak tahu dan masih mencari.

    TSKI dulu adalah orang yang kasih kpd Sekolah Ugama. 10 bijik sekolah integrasi sedang dibina waktu TSKI. Rata2 qariah masjid bersama TSKI waktu krisis dulu.

    Saya tak berani tuduh tapi kita kasi usha okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-harap-azmin-kekal-mb-selangor

      Dr Mahathir harap Azmin kekal MB Selangor

      Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan kepada menteri besar Selangor yang baru dilantik, Mohamed Azmin Ali, dan berharap tidak akan ada undi tidak percaya terhadap beliau apabila Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang November ini.

      "Saya harap apabila Dewan Undangan Negeri bersidang, kebanyakan mereka akan menyokong Azmin. Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor perlu mencari MB baru," Dr Mahathir dipetik berkata dalam laporan media.

      Dr Mahathir juga mempertahankan keputusan Azmin untuk mengurangkan bilangan exco PAS daripada empat kepada tiga.



      "Itu adalah hak MB, sama ada beliau mahu meningkatkan atau mengurangkan. Beliau boleh melakukan apa sahaja yang dia rasakan sesuai.
      "Beliau tidak perlu mengekalkan empat exco hanya kerana pentadbiran sebelumnya berbuat demikian," kata Dr Mahathir sebagaimana dilaporkan.

      Spekulasi bertiup kencang Azmin akan menghadapi undi tidak percaya November ini kerana beliau bukan pilihan parti itu untuk jawatan MB.

      Kedua-dua PKR dan DAP mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal dan beliau sudah pun memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti dewan.

      Tetapi kedua-dua pihak akhirnya menyokong pelantikan Azmin selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju melantik timbalan presiden PKR itu sebagai MB.

      Bagaimanapun PKR dalam satu kenyataannya berkata, pelantikan istana ke atas Azmin mencemari sistem raja berperlembagaan dan tidak selaras dengan perlembagaan negara dan prinsip-prinsip demokrasi berparlimen.

      Azmin mengangkat sumpah sebagai MB baru di depan Sultan Selangor pagi berikut di Istana Alam Shah di Klang.

      Pada hari Jumaat, Sultan mempertahankan peranannya dalam melantik MB dengan berkata tugasnya sebagai Sultan negeri ini bukan semata-mata untuk upacara sahaja.

      Dalam ucapannya pada majlis angkat sumpah jawatan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru pada Jumaat, Sultan menyalahkan Pakatan Rakyat yang menyebabkan kebuntuan MB, dan menyatakan rasa tidak puas hati dalam percubaan menggulingkan Khalid.

      Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri dan penyokong mereka tidak puas hati dengan pelantikan Azmin, tetapi takut mengambil risiko kemarahan MB baru kerana beliau kini pemimpin yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam PKR. – 28 September, 2014.

      - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-harap-azmin-kekal-mb-selangor#sthash.kQ12jWHY.dpuf

      Delete
  8. Saya tanya lebai google - dakwah kristian sabah tipu- itulah yang saya dapat.belum lagu saya google dakwah islam tipu...sangat memalukan.

    ReplyDelete
  9. Dakwah Di Pedalaman Sabah 12: Masuk Islam 8 Kali.
    pada 12hb Ogos 2011 pukul 4.18 pagi
    Ketika di Nabawan, saya bertemu dengan seorang kenalan, mengajak ke rumahnya. Kami baru saja berkenalan ketika bertemu di Pasar Tamu. Namanya Saleh. Rumahnya tidak jauh dari Pekan Nabawan, sebuah kampung yang agak teratur.

    "Ustaz, kau lihat itu..." Kata Saleh sambil menunjukkan ke rak bersebelahan tempat kami duduk. Kelihatan songkok-songkok hitam tersusun rapi, semuanya seperti baru, dalam bungkusan.

    "Banyaknya songkok? Beli tiap tahun ke?", tanya saya semula.

    "Kalau ustaz nak tahu, itulah bukti aku masuk Islam." saya masih kurang faham apa yang cuba disampaikan.

    "Macam mana tu?", saya kehairanan.

    "Sebenarnya saya sudah lapan kali masuk Islam..." Dia mula bercerita. Sambil menarik nafas panjang, seolah-olah ada sedikit kekesalan di wajahnya.

    "Kami di pedalaman ini, pernah diangkut beramai-ramai ke Bandar Keningau. Ada sebuah padang di depan Hotel Perkasa. Di sana kami diIslamkan beramai-ramai. Memang ramai sungguh orang, hampir penuh padang." sambungnya.

    "Selepas itu kami diberi sebuah songkok, sehelai kain sarung dan duit dua ratus ringgit. Yang perempuan dapat kain batik."

    Saya mendengar dengan penuh minat.

    "Itulah yang kau lihat sekarang, songkok itulah yang saya dapat."

    "Mengapa ada lapan songkok?" tanya saya ingin kepastian.

    "Songkok itu, setiap satu, satu kali masuk Islam. Saya sudah lapan kali pergi padang masuk Islam."

    "Selepas pulang, tidak lama ada orang datang beri bantuan makanan. Ada juga guru datang ajar, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum tapai (arak). Macam-macam tidak boleh. Itu sebab bila ada orang panggil masuk Islam, kami akan masuk kedai kopi dulu, makan puas-puas. Minum (arak) banyak-banyak, sebab nanti tidak boleh makan babi lagi."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3 November 2014 22:23

      Lu ni Kaki fitnah. Moga2 dia kena panah petir

      Delete
    2. Kalau saya dipanah petir ngko pula masok neraka...mau?

      Delete
    3. Lu kaki fitnah kena petir dan masuk neraka.apa pulak tanya orang nak masuk neraka ke tak.kau tanya diri kau tu dulu dan tanya dulu tok tok lebai apa hukum kalau fitnah orang.kena azab kubur dan masuk neraka tak.cuba tanya.kalau ustaz kata masuk kau cepat bertaubat.

      Delete
  10. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Ikan rasa sia2 perjuangan Tulang Ikan dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga

    Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Ikan selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Besi yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu..

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji.

    Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG IKAN

    ReplyDelete
  11. Itula VIP Bakal janda anak 2 ni. Anak Yatim tak melawat. Programme touch d anjing pi.

    ReplyDelete
  12. Seorang lagi yang sempat saya temui menceritakan:

    "Setelah kami diIslamkan, kami dijanjikan baka kambing untuk ditukarkan dengan babi, kerana kami tidak lagi boleh makan babi. kami akur dan bersabar."

    Sambil merenung jauh ke arah Sungai Pensiangan, dia menyambung, "Tapi setelah enam bulan kami tunggu, apa yang dijanjikan tidak tiba. Mungkin mereka terlupa."

    "Apa yang berlaku selepas itu?." Tanya saya.

    Sambil ketawa kecil, dia menjawab.

    "Ustaz tahu...babi yang kami bela, sudah enam bulan tidak dipotong, makin membesar. kami rasa rugi pula kalau tak di makan. Apa lagi...kamipun makanlah..." sambil ketawa besar, dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

    Mungkin lucu dengan situasi itu, tetapi di dalamnya terkandung kekesalan. Kesal kerana terasa ditipu, pada masa yang sama, terpaksa memakan yang haram kerana kurang pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat VIP Bakal janda anak 2 ni. Anak Yatim tak melawat. Programme touch d anjing pi.

      Delete
  13. Mengapa ini berlaku?

    Itulah realiti yang berlaku, pengakuan dari ribuan penduduk pedalaman Sabah yang diIslamkan beramai-ramai. Setiap mereka mempunyai kisah sendiri.

    Jika kita amati, apabila Islamnya lapan kali, bermakna murtadnya juga sudah lapan kali. Siapa nak disalahkan jika kita menanam pokok, lalu pokok itu kita biarkan tanpa disiram dan dibaja. Pokok itu terdedah kepada bahaya cuaca panas dan banjir. Terdedah kepada musuh-musuh, penyakit, binatang dan serangga.

    Apa lagi nak kita kata, jika pokok tinggalan kita itu dijaga oleh tuannya yang baru. Patutkan kita marah, dengan mengatakan pokok itu kita yang punya, atau kita yang tanam?

    Perlu dilihat disudut positif jasa-jasa mereka yang terdahulu, sejak zaman Tun Datu Mustapha hingga Dato'Harris Salleh, melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang bersungguh-sungguh mengIslamkan beramai-ramai rakyat Sabah. Allah sahajalah yang membalas jasa-jasa mereka itu. PengIslaman itu merintis jalan untuk Islam berkembang di Sabah. Namun usaha mendidik dan memberi ilmu kurang berkesan dengan kekurangan pendakwah dan kesusahan perjalanan dan perhubungan.

    Amat menyedihkan, ketika saya masuk berdakwah di pedalaman, didapati banyak surau-surau yang dibina semasa program pengIslaman itu telah menjadi tempat berteduh kambing dan anjing. Di mana manusianya?

    Kebanyakan yang memeluk Islam ketika itu diumpan dengan wang. RM200 ketika itu satu jumlah yang agak besar nilainya. Tidak salah menjinakkan para mualaf dengan memberinya wang zakat, malah disuruh. Tetapi jauh lebih penting mengenalkan mereka kepada Tuhan Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Apabila manusia tidak kenal Allah, mereka tidak hirau apapun berlaku, kerana mereka tidak rasa semua itu ada kaitan dengan Tuhan.

    Selain tidak dikenalkan dengan Allah, mereka hanya dikenalkan dengan hukum-hukum Allah, dalam perkara halal dan haram. Amat bahaya jika manusia ini kenal dengan hukum, tetapi tidak kenal dengan pembuat hukum. bila tidak kenal Allah, maka tidak cinta Allah. Tidak akan dapat menyembah untuk mengabdikan diri kepadaNya.

    Keadaan ini membuatkan mereka yang baru Islam ini merasa terpaksa. Segala ibadah yang hendak dibuat, solat, puasa dan lain-lain terasa sangat berat. Begitu juga dalam meninggalkan pantang larang Islam atau perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

    Sedangkan orang yang asal Islam, atau telah lama Islam masih liat dan berat untuk solat. Puncanya hanya satu, iaitu tidak kenal Allah.

    Jalan di Pedalaman Sabah. Selain Jalan utama yang sudah diturap, masih banyak jalan-jalan begini untuk sampai ke kampung-kampung.

    Bagi menjelaskan situasi ini, saya petik satu perenggan dari tulisan seorang mualaf, yang mengalami sendiri keadaan tersebut, dari blog Suara Mualaf Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat VIP Bakal janda anak 2 ni. Anak Yatim tak melawat. Programme touch d anjing pi.

      Delete
  14. Siapa Penyumbang Pemurtadan ?

    Barangkali persoalan ini agak sensitif dan tidak ramai yang mahu memperkatakannya kerana ia melibatkan individu Islam itu sendiri ; pihak kerajaan, jabatan-jabatan agama, ustaz dan ustazah, para pendakwah, NGO dan orang-perseorangan Islam. Kita harus terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Pengislaman beramai-ramai di Sabah oleh pihak kerajaan terdahulu ( USNO & BERJAYA )umpamanya , dibaliki kepentingan politik. Pada sisi lain, ia sangat baik untuk dunia Islam kerana dengan pengislaman tersebut, Sabah akhirnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri ini berdasarkan bilangan penganutnya. Namun, buruknya terlihat apabila pihak-pihak berkaitan gagal melakukan pengisian ilmu di kalangan mualaf selepas itu sehingga menyebabkan mereka yang diislamkan akhirnya kembali kepada agama asal mereka. Bukankah senario ini jelas menunjukkan pihak-pihak sumbangan pihak-pihak atasan kepada pemurtadan? Pihak jabatan agama pula, bila diajukan tentang peranan dan soalan-soalan berkaitan hal ini akan menunjuk jari pada pihak atasan selain beralasan tiada peruntukan untuk membangunkan pusat-pusat pendidikan. Sejarah ini tidak mungkin terpadam dalam lipatan sejarah. Harus sentiasa kita membacanya untuk dijadikan ingatan dan jika dapat, dibuat penyelidikan dan kajian agar kesucian Islam dapat diluruskan semula. Usah sampai Islam yang menyeluruh dan lengkap ajarannya untuk semua manusia ini hanya dilihat sebagai satu agama politik sehingga wujud istilah-istilah dan sinoniman dangkal tentangnya di kalangan individu-indivdu yang salah faham seperti ; Islam USNO dan Islam BERJAYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat VIP Bakal janda anak 2 ni. Anak Yatim tak melawat. Programme touch d anjing pi.

      Delete
    2. Salah BN jugak...aduiiii...dh terang2an xnk hudud...dah terang2an xnak ulamak...dah terang2an nak pluralisme dan liberalisma...dah terang2an nak sister in islam....nk terang camner lg sblum nak sedar?

      Delete
    3. Islam adalah jalan yang lurus...tapi para penguasa,pendeta dan pemimpin politik telah memesongkan ajaran menjadi bengkang bengkok dengan menokok tambah istilah rekaan seperti islam hadhari,islam umno,islam madani dsb.Dalam Islam telah ada kesemua acuan dan Islam tidak perlu lagi disandar kepada mana mana nama tapi nama nama yang relevan boleh disandarkan kepada Islam contohnya agama Islam,orang Islam,kerajaan Islam dll, tapi Islam tidak boleh disandarkan kepada mana mana nama kerana ia akan menjadikan Islam agama yang mempunyai banyak pokok.....jadi sesiapa yang memandai mandai serta mereka reka istilah baru itu yang salah dan bersalah...apabila manusia tidak memilih jalan Islam maka mereka sesat dalam perkara akidah,syariat dan akhlak ..dalam Islam juga tiada ajaran sesat kerana setiap yang sesat bermaksud secara automatik mereka tidak mengikut Islam...jalan orang orang yang sesat membawa manusia ke neraka ..Nauzubillah

      Delete
  15. Sudah-sudahlah Omakkau.... dgn mengkotak-katikkan Dato' MB baru tidak dapat kembalikan TSKI menjadi MB. Live with it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi.jangan suruh Omak Kau berhenti memuja Khalid.mana tahu mungkin usaha berterusan Omak kau Khalid bolih jadi MB baru .Jadi MB baru Pulau Ketam.

      Delete
  16. azmin mb lantikan sultan bukan lantikan parti. pkr dan dap tak calonkan dia. sbb tu azmin kena ikut ckp sultan.

    pkr tak boleh nak pecat azmin krn akan kehilangan majoriti..

    dlm kes Langat dan kidex, perjanjian dah dimeterai. tak boleh tarik balik. nak ceritakan pd rakyat tak boleh sbb dibawah osa.

    kalau omakkau tau butiran perjanjian2 tu, silalah sebarkan. jgn rahsiakan kepentingan umum.

    krn begitu mendewakan tksi, suruh tski dedahkan mcmmana dia lupuskan hutang rm70juta tu. ramai pelajar2 ptptn yg mungkin boleh dpt manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANON 5:03, apa jenis alasan ultraman kau bagi ni. Kidex, Ayaq dll terbuktilah Clan_Segambut kaki glembong

      Delete
  17. Salam.....Inilah kalau dah main politik taksub kuat sangat jilat pemimpin.....sama...UMNGOK ka....Pee Gay Ar ka....Pas Pis Pus lagi harem.....DAP no komenlah...dah sah-sah parti setan anak beranak! Itu pon aku tengok dok main strategi dah sekarang ni nak dapat pengaruh Melayu sokong idea komunis yang dah jadi sejarah tu.....sial betul...korang semua ni sama, tapi tak penah nak mengaku....penuh sindrom penafian...wei, tengok balik kat diri sendiri tu.....apa kejadahnya dok bersarang dalam kepala hotak korang yg kencang main politik partisan ni.....bagi aku satu dalil politik partisan ni dianjurkan Islam....mana? tok lebai PAS PIS PUS, tok lebai UMNGOK, bak sini satu nas Quran atau Sunnah yang siyasah Islam ni tertegak atas tonggak partisan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni dari spesus manus semuas kaus tolaks parti ygngs ada kat mesia ni...ckap mcm btl tapj klu tengoks macams orangs tiada agamas.

      Delete
    2. Ada 2 parti Allah sebut dalam Al Quraan...yang satu parti Allah ( Hizbullah ) yang satu lagi parti syaitan ( Hizbul Syaitan ).Hizbullah merujuk kepada parti Islam...Hizbul Syaitan merujuk kepada parti kafir,munafik,fasik,zalim..fahaman anon 7:18 termasuk dalam spesis Hizbul Syaitan keh keh keh

      Delete
  18. Terbaik omaakau..teruskan agenda demi kesejahteraan rakyat selangor..@ adios

    ReplyDelete
  19. http://cenangau.blogspot.com/2014/10/aksi-bangang-pemimpin-dap-ni-depa-nak.html

    Aku cukup tak faham dengan mainan terbaru para pemimpin DAP dalam isu Oktoberfest ni. Apa yang depa nak sebenarnya?

    Marah pasai PAS tentang pesta arak? Takkan marah sampai buat aksi BANGANG macam tu, lagi pun Oktoberfest tu 'pesta arak' la, lain la kalau PAS larang orang bukan Islam nak minum arak langsung.

    Takkan kut pemimpin DAP tiba-tiba jadi bangang. Takkan kut depa tak ambik pengajaran apa yang sejarah PRU1999 dan lepas tu PRU2004.

    Tapi kalau depa sungguh ambik pengajaran PRU1999 dan PRU2004 takkan depa sanggup buat aksi BANGANG sampai tara ni.

    Apa pun, aku cukup simpati dengan orang melayu yang beriman yang masuk DAP, agak-agak apa hujjah orang macam Rara dan Melati nak merasionalkan tindakan pemimpin depa. Takkan depa pun nak sokong jugak aksi BANGANG pemimpin depa dengan menggunakan semata-mata hujjah 'hak peribadi'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat VIP PKR yang Bakal janda anak 2 ni. Anak Yatim tak melawat. Programme touch d anjing pi.

      Delete
  20. Terbuktilah kebenaran TGHA

    a. TSKI dizalimi dengan fitnah Kidex, Air dll. (Orang beriman tak suka orang zalim)
    b. Oktoberfest dipuja, Pekerja estet dilupa (Sila baca komen cenengau kat atas ni)
    c. Love for d anjing is more than love for the poor. (Huiiii ni namanya fius, no komen). Tak caya tanya VIP Bakal Janda.
    d. Tak menurut titah
    e. Melupakan rakyat Marhaen (Mujur Pemuda PAS perihatin)

    Nampak gaya memang Clan Segam-Boot berjiwa MahaKejam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa TSKI... Apakah orang itu pernah bersikap kurang ajar pada parti sendiri ... ¿?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...