Tuesday 4 November 2014

KEADAAN DI PERKARANGAN ISTANA KEHAKIMAN BAKAL DIPENUHI DENGAN PENYOKONG YANG DATANG DENGAN 15 BUAH BAS SELURUH NEGARA.


Keadaan mulai sesak pada hari keenam kes rayuan terakhir liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini.

Tinjuan di pekarangan Istana Kehakiman seawal jam 8.30 pagi tadi mendapati, lebih 200 penyokong Anwar hadir bagi memberi sokongan.

Mereka melaungkan laungankan, 'Reformasi' dan 'bebas Anwar'.

Seperti kelaziman, penyokong Anwar hadir dengan berpakaian hitam sementara penyokong Saiful berpakaian serba merah hari ini.

Sebanyak 15 bas membawa penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tiba dari seluruh negara hari ini bagi memberi sokongan kepada pemimpin pembangkang itu menjelang keputusan rayuan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, parti itu telah merancang untuk menjemput lebih ramai penyokong menyertai himpunan menyokong Anwar yang diadakan di pekarangan Mahkamah Persekutuan sejak hari pertama perbicaraan pada 28 Oktober lalu.

"Bilangan penyokong Anwar dijangka bertambah pada hari terakhir perbicaraan esok (hari ini).

"Bukan penyokong dari Kuala Lumpur dan Selangor sahaja yang akan datang," katanya  ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Persekutuan, semalam.

Jumlah penyokong Anwar semalam dilihat berkurangan berbanding pada awal perbicaraan.

Sementara itu, Zuraida meminta penyokong Anwar tidak melayan sebarang provokasi yang dilakukan penyokong bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurutnya, provokasi hanya bertujuan menimbulkan suasana tegang dalam himpunan penyokong Anwar.

“Mungkin penyokong Mohd Saiful ini nak tunjukkan tekanan kepada penyokong Anwar bahawa Anwar bersalah tetapi pada hakikatnya dia tidak bersalah.

“Kita tahu dan dengar mereka lakukan provokasi dari hari pertama, dan ia tidak menjadi masalah kepada kita,” katanya.

Zuraida mendakwa provokasi penyokong Mohd Saiful adalah upahan pihak tertentu bertujuan mewujudkan suasana tegang selain melemahkan semangat penyokong Anwar.

6 comments:

  1. Bukan Rafizi cakap 1 ranting 5 bas kerrrrrrrrrrr. Tapi 15 bas sajerrr ada

    15 bahagi 5 = Jawapannya 3 ranting. Kah Kah Kah. Ishhh takkan kecil sangat PKR 3 ranting. Kao gilerrr ker atau Urang Giler (UG)

    Biasalah gang Kajang Move dan clan Segam-boot tak tau kira. Itu sebab titah kata lebih dari 2 nama, Clan Segam-boot jawab 1 nama.

    Weiiiii Boddddddddoooooooooooooooooooooooo sungguh Mat Strategi.

    Torak banyak2 nanti terbau hancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua mengaku silap, bukan ranting tapi cabang. Tapi takkan PKR ada
      15 bahagi 5 =3 cabang satu malaysia. Malaysia pun ada 13 negeri

      Kao gilerrr ker atau Urang Giler (UG) Biasalah gang Kajang Move dan clan Segam-boot tak tau kira. Itu sebab titah kata lebih dari 2 nama, Clan Segam-boot jawab 1 nama. Weiiiii

      Boddddddddoooooooooooooooooooooooo sungguh Mat Strategi. Torak banyak2 nanti terbau hancing

      Delete
  2. Wanita PKR ada style Kelip Kelap Kelip Kelap. Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  3. Kalau dah provide bas tu maknanya disponsorlah. kalau datang sendiri mana ada dengan bas charter!!!!

    ReplyDelete
  4. RAKYAT HAKIM NEGARA...piirah..kesian tengok pakcik2 dan makcik2 diperguna oleh pkr..maaf kami ahli pas x sanggup di perkuda dan keldai lg..

    ReplyDelete
  5. Orang Melayu yang hati mereka kotor merpercayai kes liwat fitnah jahat ciptaan umno. Harga barang naik sekarang tak di tangani, rasuah berluas luasan tak di ambil tindakan lani nak sibok kes fitnah ini.Ini bala kerana menipu untuk menang PRU lepas yang mengunakan berbillion biliion dan tumpul akar untuk tambah dana negara.Dunia terbalik sekarang yang baik di label burok perangai, yang bunuh Atantuya dan sapu berbillion berbillion di sanjung bagai nak rak.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...