Thursday 6 November 2014

KENYATAAN RASMI PDRM KES DUA KEJADIAN BULI PELAJAR SEKOLAH VIDEO KLIPNYA YANG MENJADI VIRAL DI ALAM MAYA.



STATUS TERKINI DUA KEJADIAN BULI PELAJAR SEKOLAH

Hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian buli yang disiarkan semalam, 5 November 2014 telah berjaya dikenal pasti.

KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM DIKENAL PASTI

Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.

Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin.

Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.

Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Siasatan kes masih diteruskan.

KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH DIDAKWA

Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei 2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.

Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada 6 Jun lalu.

Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.

Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi.

Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.


ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN


6 November 2014

7 comments:

  1. Nurul Izzah mana peduli Nasib Malang yang menimpa adik junior ITU. Kalau anjing kena lempang Mau twitter penuh. Ialah dia pergi sesi touch d hanjing. Mak Teh yg kena kanser kat pantai dalam tu ada dia pi tengok. Undilah saya. Lepas menang lantaklah labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah Melayu....no comment. Itu pasal China tidak mahu hantar anak mereka ke sekolah Melayu...takut terpengaruh anasir2 jahat.
      Anak saudara aku umur 5 tahun tidak pernah mencarut tapi bila masuk tadika Melayu....dia dah mula pandai mencarut dan maki hamun...seperti babi dan bodoh...bila ditanya kepada guru...dia bilang ada budak Melayu yang kecil2 dah pandai mencarut...sekarang dihantar tadika English...tabiat mencarut dan maki hamun dah hilang..

      Delete
  2. Taik byk2 kt pntai dalam tu pon Nurul Izzah wat xtau gak. Wat selamba je kan..kan..kan

    ReplyDelete
  3. Macai tak cukup claim bulan lepas...

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya pengurusan tinggi sekolah mesti ada cara menghidu kewujudan kelompok anak didik yg berpotensi buat perangai negatif spt membuli. Ini perlu sbg tindakan proaktif dlm pencegahan perlakuan anti-sosial dlm sekolah. Mereka perlu responsif ttg Akta Hak Kanak-Kanak. Anak didik di sekolah ada hak terhdp keselamatan, kesejahteraan, keselesaan & kestabilan emosi. Ibubapa perlu sedar & faham ttg hak anak mereka dilindungi dari sebarang bentuk musibah ketika berada dlm sekolah. Pengurusan sekolah bertanggungjawab sepenuhnya jika anak didik mereka mengalami keceraan fizikal atau gangguan emosi spt yg termaktub dlm akta berkenaan.

    ReplyDelete
  5. kes buli ni isu lama yang tidak selesai....
    puncanya adalah sikap pihak berkuasa sekolah yang sering menyembunyikan kes kunun untuk menjaga nama baik sekolah...
    tapi akibatnya itulah menyembunyikan kes samalah seperti melindungi pembuli dan memangsakan mangsa buli secara berterusan...
    dalam soal ini pihak berkuasa sekolah juga perlu dikenakan tindakan sekiranya menyembunyikan kes buli dan kes lain jenayah lain...
    alasan untuk menjaga nama baik sekolah tidak boleh diterima...
    misis pendidikan adalah melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan moral..sebgai output..
    dan kesinambungan pembelajaran kepada jenerasi yang lebih cemerlang dan bermoral adalah outcomenya..
    dalam mencegah penambah burukan moral pendidikan malaysia ..bukan sahaja pembuli/penjenayah wajar dihukum malah penyembunyi kejadian/maklumat juga wajib dihukum krana bersubahat dan membiarkan kudis menjadi pekong. ini termasuklah pihak berkuasa sekolah, pendidikan daerah dan pendidikan negeri...
    undang-undang/peraturan sedia ada wajib dikuatkuasakan....
    ... sekian dulu untuk kali ini...

    ReplyDelete
  6. This is amazing! Visit http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Everybody uses this now! (bLeKplS5ol)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...