Sunday 9 November 2014

MEDIA PERDANA RASMI UMNO, UTUSAN, BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI MB PAHANG SEBAB BERLAGAK TERLALU SOMBONG, ANGKUH DAN BESAR KELAPA



Utusan Malaysia hari ini membidas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob apabila menghina akhbar milik Umno itu kerana berang dengan laporan berita mengenai 30, 000 kebanjiran warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Kolumnis Awang Selamat mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.

"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," katanya dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan edisi mingguan hari ini.

Awang berkata Utusan mempunyai hak untuk menyelar Adnan kembali kerana sikapnya yang angkuh dan menggunakan kuasa politik untuk membuli media.

"Memandangkan keangkuhannya, Utusan Malaysia ada hak untuk menyanggah beliau. Menggunakan kuasa politik untuk membuli media tidak boleh dibiarkan," kata Utusan.

Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya untuk Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari ja‎watannya.

"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.

"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya.

Katanya, meskipun penyokong Adnan percaya menteri besar itu mampu mengawal politik di Pahang, namun akar umbi pula sebaliknya mahukan perubahan kepimpinan negeri.

Tambahnya ini kerana gaya kepimpinan Adnan kini tidak lagi relevan, malah sepanjang pentadbiran menteri besar itu terpalit dengan isu seperti penerokaan tahan haram di hutan simpan dan tanah kerajaan negeri.

"Negeri lain sudah berubah menteri besar, Pahang masih orang sama yang rating dan popularitinya jatuh. Desas-desus menteri besar bakal diganti sudah lama berlegar," katanya.

Awang berkata sebagai pemimpin, Adnan pastinya faham untuk menerima hakikat beliau berundur dari kedudukannya‎ selain menasihati menteri besar itu untuk tidak menjadi liabiliti kepada parti dan negeri.

‎"Walaupun khabarnya, Adnan dikatakan bergantung kepada Sultan Pahang untuk survival politiknya namun dalam soal menjaga kepentingan rakyat Pahang, baginda akan mengambil pendirian terbaik. Lagipun yang akan mengundi atas nama demokrasi pada pilihan raya nanti ialah rakyat.

‎"Walaupun Adnan tentu tidak senang dengan hal tersebut, tetapi Awang yakin beliau bukanlah jenis yang tidak boleh menerima realit‎i," katanya.

Malah dakwanya, kemenangan Umno-Barisan Nasional di Pahang adalah atas faktor kekuatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mana sekiranya Adnan mengumumkan untuk meletakkan jawatannya, sudah tentu negeri itu meraih kemenangan lebih besar.

‎"Rakyat Pahang lebih menghargai Najib, yang merupakan Ahli Parlimen Pekan.

"Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak. Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, 'Don't overstay your welcome', yang beliau lebih arif maksudnya," katanya.



UTUSAN BARU TAHU APABILA ADA PEMIMPINNYA YANG BERSIKAP PEMBULI, SOMBONG, ANGKUH DAN LANGSUNG TIDAK BOLEH DITEGUR.

BUKANNYA ADNAN YAAKOB SEORANG JER .. BERLAMBAK TERMASUKLAH BUNG MOKHTAR, TAJUDDIN RAHMAN.

MACAM MANA TAK ANGKUH .. TUNJUK ISYARAT LUCAH PUN KIRA HALAL ... MAKI MEDIA SECARA TERBUKA PUN DISOKONG PADU .. CAKAP BERBELIT-BELIT PUN MASIH DI ANGKAT MENJADI MB PAHANG.

22 comments:

  1. Tabik tok nan! Utusan memang haprak. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Bila patut libas, ia mesti di libas, demi kebaikan. Terlalu lama pegang jawatan politik tidak baik juga. Paling baik dua penggal, kemudian ganti dengan yang lebih berinovasi dan kreatif yang boleh membawa perubahan demi perubahan pembangunan berimbang.

    Masaalah di Cameron Highland begitu kronik. Jika rakyat Malaysia tidak ingin bertani lagi, serahkan kepada Jabatan Pertanian dan FAMA agar aktiviti di sana di buat secara bersepadu komersial. Boleh gajikan rakyat Malaysia yang berminat. Warga asing boleh melakukan secara hebat, kenapa terlepas bebas secara haram ?

    BODOH bebeno kerana duit haram !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa Awang Selamat nak balun Mahathir (yg serba tak kena dg Najib) tapi kenen kpd Adnan Yaakob

      Delete
  3. tunjukkn mne 1 pemimpn d msia yg berundur scra trhormat?ni x korea n jepun!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Abdullah Badawi berundur secara terhormat

      Delete
  4. Ramailah pemimpin samseng berlagak angkuh sombong dalam umno ni dari ketua cawangan sampai menteri...

    ReplyDelete
  5. UMNO KINI SELAMANYA9 November 2014 at 14:15

    Jangan tunggu sehungga rakyat yg turunkan..zaman yg mana semua kerajaan tahu buat dah lama berlalu pemimpin jangan lupa siapa yg letak mereka di tempat mereka ada sekarang ambil iktibar kesilapan ds dr.khir rakyat kalau dah meluat bukan mudah untuk pulihkan keyakinan mereka tanpa media buat pendedehan banyak permasalahan yg akan tersorok yg pada akhirnya menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Adnan..!!!...aku cabar hang pi tunjuk bontot sikit kat utusan tu. Biaq akhbar tu kenai sikit siapa hang.....amboiiiii...melapau sangat utusan yg dh nak bankrup ni pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa isyarat lucah ...hihihi

      Delete
  7. Tok nan tak perlu risau Pahang banyak rancangan Felda. Peneroka dan generasinya akan tetap undi BN sehingga kiamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok nan jugak x perlu risau kalau habis balak kt pahang, pokok sawit di rancangan2 felda pahang banyak boleh ditebang sehingga kiamat ...hihihi

      Delete
    2. Komen pandai, time undi pangkah semacam je. Sebab tu mereka semua tu besar kepala. Bagi rm500 setahun, terus lupa dunia.

      Delete
  8. Ingat lagi cara baca utusang. yg dipuji itu jahat.. Yg di kutuk itu org baik. Kihkihkih

    ReplyDelete
  9. Adnan
    A-adnan
    D-dah la...
    N-nampaknye
    A-akhbar utusex pun
    N-nak tngok aok tu berhenti..

    ReplyDelete
  10. Macam macam nan daa.

    1. Ku Nan
    2. Adnan
    3. Roti nan

    ReplyDelete
  11. malaikat maut cabut nyawa baru berundur masuk dalam kubur perlahan2 ..



    ReplyDelete
  12. awat utusan terlajak niiii...x geng kah...hu hu hu

    ReplyDelete
  13. dia bengang lah sebab utusan siarkan seluar dalam dia yg terkoyak tuh..............
    syok2 dia dok berkubang dalam bungalow..keluar plak berita camni....

    ReplyDelete
  14. Awang Selamat sudah bikin Adnan x selamat ...kihkihkih

    ReplyDelete
  15. Utusan ni nk kene isyarat lucah adnan ni ...hehehe

    ReplyDelete
  16. Patutnya MB pahang ni bangga dgn kes pncerobohan hutan olh PATI kt Cameron, maklomlah geng2 PATI ni dpt menebus guna kwsn bukit hutan kt situ dgn mggunakn cngkul & kapak je..tiada jentera pn di guna.

    ReplyDelete
  17. Kalau duo eko anjing ko atau kucing ko apo lagi ula todung bergaduh jangan masuk campur. Biarkan sampai ado yang mampuih. Kalau buleh bia duo-duo sokali!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...