Wednesday 5 November 2014

POLIS SAHKAN VIDEO KES BULI KES LAMA YANG BERLAKU DI SEBUAH RUMAH ANAK YATIM DI PERLIS.



Kes terbabit pernah disiasat setelah menerima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan dan kes dianggap selesai.

Pihak polis mengesahkan klip video buli yang tersebar melalui laman sosial adalah kes lama yang berlaku di negeri Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, memetik laporan BH Online.

Menurut Abdul Rahman, kes terbabit melibatkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

“Siasatan dijalankan sebaik sahaja klip berkenaan tersebar dan hasil siasatan mendapati ia adalah klip video lama yang berlaku di rumah anak yatim tersebut.

“Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan…kes juga sudah dianggap selesai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...