Monday 3 November 2014

PR HIDUP ATAU MATI BUKAN KERANA ANWAR DAN DAP TAK TAKUT BERJUANG SENDIRIAN TANPA PAKATAN RAKYAT KATA LIM GUAN ENG.




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Lim, perkara yang penting dalam menggerakkan PR adalah ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.

“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau  mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen,” kata Lim di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Kata Lim, sama ada Anwar ada atau tidak bukan persoalannya jika parti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji.

“DAP berpegang kepada  prinsip yang diperjuangkan sejak tahun 1966 dan DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa apa yang penting adalah persetujuan yang dicapai parti perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan PR.

“Apa yang penting, bila kita bercakap perlu ‘cakap serupa bikin’ dan semua parti perlu ada amalan yang sama,” katanya.


ULASAN OMAK KAU:-

Lain macam jer bunyi cakap Lim Guan Eng ini ... Dah macam sombong angkuh dan bongkak jer bunyinya.

Antara agenda utama tertubuhnya Pakatan Rakyat ialah memperjuangkan nasib yang menimpa keatas Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim .. itu jelas lagi tegas .. tiada siapa boleh menafikannya ... ketiga-tiga parti PAS/PKR/DAP boleh bersatu atas satu gagasan Pakatan Rakyat pun atas sosok tubuh insan bernama Anwar Ibrahim.

Jadi dimana logiknya tanpa Anwar Ibrahim kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan goyah .. cakap memang mudah sebab ianya percuma tidak perlu bayar apa-apa.... Realitinya????

Cakap kononnya satu Anwar Ibrahim masuk penjara akan bangkit jutaan lagi Anwar Ibrahim lawan UMNO memang seronok didengar tetapi adakah itu kenyataan yang boleh diterima akal logik yang waras????

Ingat kalau bukan kerana Anwar Ibrahim, adakah DAP akan jadi parti pemerintah di Pulau Pinang sejak tahun 2008 ????

Sebab itu pada PRU tahun 1990 lalu atas suatu kesepakatan Angkatan Perpaduan Ummah yang diterajui Ku Li, DAP gagal untuk tawan Pulau Pinang dari tangan Gerakan.

Jangan cepat lupa pengorbanan dan sumbangan pemimpin ulung Parti KeADILan ini.

Apabila dah menguasai Pulau Pinang selama 2 penggal dengan kerjasama PKR/PAS dengan Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum PR, apakah DAP kini sudah mulai bersikap sombong, angkuh dan bongkak????  Merasakan tanpa kerjasama PKR/PAS serta tiadanya Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang berjaya menyatu padukan ketiga-tiga parti yang berlainan ideologi dalam Pakatan Rakyat, DAP sudah mampu untuk menang serta mengekalkan kedudukannya yang sedia ada????

Ini jika benar apa yang dilaporkan, amat meyedihkan sekali. .. DAP sanggup bersendirian dan Anwar ada atau tidak wujud tidak memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat.

Kesetiaan dan kesungguhan parti diukur ketika parti atau gabungan parti menghadapi musibah dan kemelut.

Yang nyata dalam Muktamar PAS baru-baru ini, Dato' Seri Presiden PAS dengan tegas dan lantang memberitahu, bahawa PAS akan tetap kekal dengan Pakatan Rakyat walaupun ada pihak cuba memperlekehkan kehadiran dan sumbangan PAS selama ini .. hanya suara-suara sumbang diperingkat bawahan seorang dua sahaja yang mohon PAS kaji semula kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat .. tetapi bagi pihak DAP, yang bersuara ialah pemimpin yang bertaraf Setiausaha Agung ... Itu bezanya.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

14 comments:

  1. Kepada Yang Dihormati Omak Kau,

    Saya rasa, gang2 Kajang move dah promise langit dan bulan kat kaum mercun roket. Apakah benda itu? Benda2 yg TSKI tak mau buat sebab kasih kepada yang hak.

    Azmin pula adalah lantikan dari titah. Azmin akan melaksakan apa2 yang TSKI lakukan. Contohnya benda2 yg baik masih dilaksanakan oleh Azmin seperti Kidex, air, menyokong fatwa dll. Benda2 yg sama TSKI lakukan

    Dari sini yang jahat adalah juak2 Kajang Move yang menjual prinsip kepada kaum mercun roket

    Apakah yang dijualkan itu?????? Saya tidak tahu dan masih mencari.

    TSKI dulu adalah orang yang kasih kpd Sekolah Ugama. 10 bijik sekolah integrasi sedang dibina waktu TSKI. Rata2 qariah masjid bersama TSKI waktu krisis dulu.

    Saya tak berani tuduh tapi kita kasi usha okey

    Bagi saya TSKI mangsa keadaan, Azmin pula untung keadaan,. Untung keadaan bukan bermaksud dia tak okey. Mungkin juga dia bagus macam TSKI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajang move dah belalu... Semalam, hari eSox masih ada.kalau azmin lebih bugus dari tski..aku mau bukti so buktikan LA pidokkkk...tski bugus Karna pakatan rakyat..jadi dia adalah produce pakatan rakyat

      Delete
  2. Betul jugak yang patut melompat dekat PAS sepatutnya PKR. Nampak sangat yang melompat adalah DAP. Pelik bin Ajaib. Apasal???????? Keluar pulak tu PASMA, ishhh heran aku.

    Fox Mulder dgn Scully X-File pun pening.

    ReplyDelete
  3. tak faham mantiq ni yg susah.

    LGE lebih faham ilmu islam dpd sesetengah org islam.

    Kata2 itu penting kerana umno harap bila anwar dipenjara PR akan hilang.

    kata2 itu ditujukan kpd umno yg terlalu bodoh dan takutkan anwar seorg. umno yg taksub dan anggap anwar dewa, PR tidak begitu.

    memang anwar pencetus dan penting kpd PR, tp PR tidak boleh bergantung kpd anwar. jika tidak dipenjarakan pun ajal maut ditangan Allah yg boleh berlaku bila2 masa kpd sesiapa pemimpin pun.

    maka penting PR bersedia samada anwar masih memimpin atau tanpa beliau.

    anyway lupakan lah isu MB selangor , dah selesai dh, yg masih tk boleh terima ialah umno yg sgt kecewa.

    jgnlah kita tumpang kekecewaan umno gagal merampas selangor konon anwar zalimi khalid.

    dulu umno lah yg hentam caci maki khalid seperti kes lembu korban dn byk lagi.

    bila dilihat khalid boleh digunakan utk lemahkan anwar, maka sekarang khalid dan PAS adalah idola umno..... yg sgt munafik itu.

    takkan tk kenal umno lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam politics hentam menghentam perkara biasa...dimajlis vvip in the club... Cheers..siang jadi malaikat.. Malam jadi kaper

      Delete
    2. Mantiq Gang Kajang Move Bernajis ni. Hujah2 3 suku ni banyak kali keluar kat Blog 3 suku Malaysiawaves.

      Yess mengaku jelahhh kamu suka kat idea Mat Nepal Baju T-Shirt Hijau Lengan Putih cap change posing kat Taman Permainan

      Delete
  4. Dap sgt marah pd PAS sbb PAS menggagalkan hasrat Dap utk memerintah Selangor. Dap sgt mengharap isu MB Selangor berlarutan hingga membawa kpd pembubaran DUN. Jika ini berlaku maka Dap menjangka dlm PRN dia akan memperolehi kerusi majoriti dan dia akan letakkan ADUN Melayu Islam dari Dap utk jadi MB. Tapi ini tidak berlaku kerana PAS masih mengekalkan 4 orang Exconya sehingga TSKI tidak membubarkan Dun. Itu sbb Dap sangat marah dgn PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X rasanya..sebab dalam pas banyak zakar2 naik!

      Delete
    2. salah tu, yg mengharap dpt kuasai selangor apabila PAS dan PKR berkrisis di selangor ialah Parti Dayak.

      Parti Dayak sgt kecewa mereka tkdpt kuasai selangor.

      umno bersyukur sebb khalid sudah pencen dan boleh kwn dgn mereka tanpa halangan, seperti janda berhias la.

      klau khalid tknk terima pinangan umno maka umno akan kata kat khalid, "Bagi balik duit aku, kau buang apa lepas tu kau buanglah, tak guna punya menantu." " Aku nk buat dia marah, alih2 aku yg maraaaahh ! hellooooooo abdul wahub abdul wahub..."

      Delete
  5. OTR price, Benelli Keeway RKV 200G lebih murah berbanding Yamaha FZ150i. Sekitar RM7400. Lebih kurang harganya dengan Demak DZM 200. Sedangkan Yamaha FZ150i berharga sekitar RM8000 ke atas. Agak mengejutkan jugaklah harganya. Dengan design yang lebih cun, 200 cc, ada dua brake disc, depan dan belakang, speedometer digital dan juga analog, tank capacity 17L. Secara kasarnya nampak seperti kelebihan memihak kepada Benelli Keeway 200 G.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Omak kau dah macam mencari jalan atau alasan yg tak munasaba utk porak puranda kan dalaman pkr. Bagi pihak atasan faham maksud kata2 lee guan eng dap tetapi pihak bawahan tidak memahami sebaliknya tersalah faham maksud sebenar . Memang pun selama ini dap berjuang sdr sebelum wujudnya pkr maka ada tak ada pkr perjuangan dap pasti akan diteruskan walaupun tiada ketua keadilan. Memang anwar yg mengeratkan 3 party dalam pkr namun bila tiada anwar adakah 3 party ini akan masih dapat bersatu kalau org bawahan tak memahami perjuangan sebaliknya mencari salah party malah memburukkan party utk kepentingan sdr tanpa memikirkan kekuatan party utk mengelak party lawan berpeluang mencari kelemahan party.

    ReplyDelete
  7. Betul tu Eng!! Macam BN Najib hidup ke atau mati ke orang makin ramai benci ameno!!

    ReplyDelete
  8. setuju dgn 13:06 ulasan omak kau mcm org tak paham cakap melayu

    ReplyDelete
  9. Dap bakal jadi dinosaur lepas ni
    Lge ikut ayahnya terjun jambatan pulau pinang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...