Monday 15 December 2014

EDISI TEMBELANG SUDAH PECAH .... AKHIRNYA BEKAS PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) MENGAKU SECARA TERBUKA BELIAU SELAMA INI ADALAH PENYOKONG KUAT BN.


Baru Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh Ahmad Zahid Hamidi acah sikit dengan cuit cerita pernah meminta sesuatu dari kerajaan tetapi permintaannya tidak diberikan layanan maka terus menggelupur ketakutan khuatir cuak lagi gentar rahsianya terbongkar terus mengaku dirinya sebagai penyokong kuat BN maka janganlah serang beliau.

Baru acah sikit dah takut menggeletar kepala lutut??? .. Ini macam mau jadi pejuang Melayu dan Islam????

Kalau diri banyak kudis buta penuh dengan nanah, jangan cuba nak lawan arus dan berlagak hebat tunjuk jaguh.

Jadi cerita dirinya tidak perlu takut sebab dirinya berada dipihak yang benar dan bersih jelas auta tidak berpijak dibumi yang nyata.


Jika menjadi penghuni rumah kaca jangan bersifat sesuka hati melontar batu.... jangan cuba nak menjadi wira kalau memiliki hati tisu.


Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.

“Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Zahid hari ini mempersoalkan gesaan yang dibuat Rashid menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada menipu rakyat, yang berkemungkinan terdapat 'benda' yang tidak diperolehi naib presiden Perkasa itu.

Naib presiden Umno itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

"Semasa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu? Adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid.

Rashid berkata beliau tidak faham apa yang dimaksudkan Zahid kerana seelok-eloknya penjelasan yang lebih lanjut perlu diberikan.

Katanya, selepas menyertai Perkasa, tiada apa yang harus dibimbangkan untuk mengkritik kerajaan kerana tidak terikat dengan peraturan kakitangan awam.

“Apa sesuatu yang saya tidak dapat itu? Apa ada kaitan dengan benda itu semua? Marah kepada saya kenapa? Jelaskan. Jika kerajaan kamu kerajaan yang baik, jelaskan pada rakyat.

“Saya hanya bercakap mengenai rasuah. Bila rakyat bercakap tentang rasuah, mereka tidak menjelaskan dengan baik. Rakyat berterusan bercakap mengenai perkara ini. Dalam parti dia pun tidak ada bincang tentang ini.

“Ini kelemahan utama menyebabkan kerajaan ini tidak popular. Bila kerajaan tidak popular, mereka jatuh. Saya juga sayang dan salah seorang penyokong kerajaan BN. Saya mahu kerajaan BN kekal,” katanya.

Beliau berkata Putrajaya perlu segera memperbaiki kelemahan kerana mereka mempunyai masa lebih kurang tiga tahun sebelum pilihan raya umum untuk mendekati rakyat.

Katanya, kritikannya itu tidak boleh dipandang ringan kerana sebagai bekas pengerusi SPR, pelbagai keluhan rakyat sudah didengar mengenai pemerintahan kerajaan semasa.

“Baiki kelemahan, rakyat akan kembali memberi sokongan. Saya buat kajian lapangan juga, bercakap dengan rakyat. Mereka tidak menyokong kerajaan sekarang.

“Najib di peringkat antarabangsa banyak melakukan perkara yang hebat. Kita boleh puji salah seorang perdana menteri yang terbaik dalam soal diplomasi. Tetapi di sini, beliau perlu memberikan perhatian kerana ini yang banyak diperkatakan rakyat.

“Maaf kalau orang tidak suka apa yang saya kata tetapi saya kata ini supaya pemimpin ini sedar apa yang tidak betul, dibetulkan. Tolonglah orang miskin di bawah, tengok rakyat hidup. Bukan suap-suap duit,” katanya.

12 comments:

  1. Replies
    1. aku pom. tak payah cakap da tau dah

      Delete
  2. Kalau kena tindakan kerana celupar terhadap BN, pasti terkincit2 lari masuk parti pembangkang.

    ReplyDelete
  3. sepatutnye rakyat diberi pilihan antara kerajaan BN, kerajaan PR atau mengembalikan kesultanan.....hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Penyokong kuat bn? ... tu lh pasal sepanjang menjadi pengerusi spr bn asyik menang je dn memastikn by hook or by crook bn mesti menang je ... elok lh tu rakyat pun dh diperjelaskan ape sebenarnye kritirea pengerusi spr dari mula2 dulu ditubuhkan sehingga sekarang ni mestilh dr penyokong kuat bn ...akhirnye rakyat dapat tau bhw kerajaan bn dgn pengerusi sprnye sekali menipu rakyat ...suruhanjaya konon ...

    ReplyDelete
  5. よhahaしもumnoと芸人がtaik hanjingつくるgila babi「旅??..bn のしおり」熱海bodoh編

    ReplyDelete
  6. เหตุumnoการhaha..ณ์ เจ้า?..หน้าcelakeที่ปะnajibทะแก๊งmacaiป่วนใanak hanjingต้ที่สะบ้าtipu rakyatย้อยumnoคนร้าmodal juboยดับ

    ReplyDelete
    Replies
    1. x memernjtkn cra dia komn mb azmin pn dh tau pyokong kuat bn.dn lgi smnjk jdi pngerusi spr pn cra pngursn pntadbirn spr lbh condong kpd bn. bgi mpstikn kemngan dpihk bn.

      Delete
  7. Habis tu dia x berhak menyokong mana3 parti ke... kata pejuang demokrasi... di nuar tu dulu orang umno gak... siap kutuk pas d dap lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hanya boleh sokong tp dia ni bukan hanya sokong je tp bersekongkol sekali ...kahkahkah

      Delete
  8. Ooooo..gitu selama ni benarlah PM negara tu perasuah..biar betul..jadi di menang adalah salatu dari sebab ni ke OMG

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...