Friday 12 December 2014

SETELAH MELAKUKAN LAWATAN KE KAJANG AZMIN LULUSKAN RM5.5 JUTA UNTUK SELESAIKAN MASALAH BANJIR YANG KERAP MELANDA KAJANG KEBELAKANGAN INI ... KALI INI TIADA GELAGAT TERJUN LONGKANG SAMBIL CUCI BERSENDIRIAN DILAKUKAN.



Masalah banjir yang kerap berlaku di bandar Kajang dijangka dapat diselesaikan berikutan keputusan Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM5.5 juta hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meninjau sendiri salah satu lokasi yang sering terlibat dengan kejadian banjir di Pasar Kajang.

“Kita melihat tapak lokasi punca sebahagian masalah banjir Kajang bersama Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan selepas mendengar taklimat diberikan kita mengambil keputusan bersetuju menerima cadangan JPS menaik taraf sungai di kawasan itu.

“Ini melibatkan kos sebanyak RM5.5 juta dan saya sudah beritahu kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meluluskan peruntukan yang dipohon JPS.

“Tender akan bermula segera kerana kita mahu kerja dimulakan pada awal 2015 iaitu hanya beberapa minggu sahaja lagi,” kata Mohamed Azmin selepas beliau mengadakan tinjauan di lokasi terbabit.

Beliau menjangkakan kerja menaiktaraf akan dimulakan seawal Mac 2015 nanti sebaik selesai proses tender dijalankan.

Tambah Mohamed Azmin, kerja menaiktaraf itu melibatkan kerja melebarkan sungai dari lapan meter ke 12 meter selepas beberapa gerai yang dibina di atas tanah rizab sungai dipindahkan ke sebuah tanah rizab Kerajaan Negeri.

Kata Mohamed Azmin, sementara itu kerja penambahbaikan juga sudah dimulakan dengan mendirikan tembok penahan banjir di hadapan Pasar Kajang dan mendalamkan sungai bagi mengurangkan kesan bencana alam itu.


ULASAN OMAK KAU:-

Bukankah nampak bagus dengan tidak melakukan stunt ala-ala terjun longkang sambil guna skop buat kerja pembersihan longkang dan orang lain hanya pandang???

Ini baru betul turun padang ... tinjau dan mohon taklimat serta pencerahan dari pegawai-pegawai kerajaan yang bersangkutan ...  selepas itu buat keputusan segera luluskan peruntukkan.

Mohon perlu jua diberi layanan serupa pada mana-mana DUN di Selangor yang menghadapi masalah serupa ... turun padang .. tinjau .. mohon taklimat lepas itu luluskan dana dan peruntukan serta merta.

Jangan ada bersikap anak emas dan anak tiri pula dengan membeza-bezakan DUN dan kawasan yang sering dilanda banjir kilat.

Baru dinamakan Pembanguna Berkualiti dan Rakyat DiPeduli.

Rakyat tidak minat dan terpikat dengan gelagat-gelagat terjahan sebelum ini.

17 comments:

  1. Azmin tu mne nak turun mcm tu sekali omak kau..die kan pembersih..jijik bau longkang ngn kotor. biar kuli je buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urmmm..jijikyer so jangan mengadada2 terjun longkang!!!terjun sawahla..terjun tiroklah ieta tau jenis pemimpin yang berpura dan yang kejar cita2 demi agenda politics sendiri..tapi biasa pemimpin no dock sooq min wayang..demi tatarakyat Katanya

      Delete
  2. Yang paling afdal dan yang paling mulia dan sempurna lg maksum hanyalah OMAKKAU shj....takgitu...he3

    ReplyDelete
  3. Yang paling afdal dan yang paling mulia dan sempurna lg maksum hanyalah OMAKKAU shj....takgitu...he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ularmak osted rottweiler, al kusyen, tulang bab!, Greenboar jauh lebih hebat bertaraf wali songel siap berhujjah dan ulamak hanya berdalilkan fitnah je.

      Delete
  4. We love u azmin and omakkau

    ReplyDelete
  5. Perghhhhh Wa cakap lu berita kat Malaysiakini

    Anwar mahu Chegubard berhenti kritik Azmin
    http://www.malaysiakini.com/news/283334


    Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menghentikan kritikan ke atas Azmin Ali dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.

    Katanya, Badrul Hisham yang digantung keahliannya dalam PKR perlu mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Badrul bahawa lima orang ADUN Selangor menarik balik sokongan ke atas presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.

    “Jika ada aduan, mereka boleh rujuk kepada jawatankuasa disiplin.

    "(Badrul, yang juga dikenali dengan nama Chegubard) berhak untuk mengadu, tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lakunan Supranational dari Mat Matang. Tu la kau pecat TSKI, buat zalim........... nah jadi merapu meraban

      Delete
  6. Mat Matang nama saja dari matang pauh, tapi kena goreng dgn gang kajang move yg tamak haloba. Yelahhh bodek bossnak jadikan biniboss sebagai YemmmBee,

    Yang Mat Min ni pulak, tuah jatuh keriba. Syukurrrrrrrrrrrrrrr YemmBeee milik aku. Ha Ha Ha

    ReplyDelete
  7. Kah kah mat matang meroyan macam babun...bard mme buat kerja betul untuk pkr...tapi mat matang pertahankan azmin yg jelas khianati mat matang dan isteri....mat matang ko pertahan orang yang khianat ko....pada cikgu bard dan semua pkr...lu ada mata lu tengok lu ada otak lu pikir la sendiri...puiii....

    ReplyDelete
  8. Bagus Azmin buat kerja bukan duduk duduk office tidor...

    Alhamdullillah

    ReplyDelete
  9. dia terjun longkang tu cuma berlakon tunjuk baik aja...

    ReplyDelete
  10. Mat matang dan azmin berkonspirasi sesama sendiri sengaja macam tak baik satu sama lain.....yg jadi mangsa cikgu bard ahakssss....game plan azmin dan bang non menjadi kenakan cikgu bard and the gang......

    ReplyDelete
  11. MB dapat jimat 2.4 juta kalau dapat ambil kembali duit yg disalah guna oleh Khalid sebelum ini utk membayar pembantu pembantunya sebelum ini. Salah guna duit rakyat oleh khalid boleh membantu bencana banjir.

    ReplyDelete
  12. Che gu bard tak boleh kritk parti dalam media atau in public. Guna saloran parti
    Tapi, yang nuar dok jaja salah laku njib umno dan kerajaan seluroh dunia tu apa kejadah pulak? Napa tak guna parlimen? Parlimen bebal?
    Kan che gu bard dah di gantong
    Macam mana nak guna saloran parti?
    Sekarang ,baru tahu tinggi rendahnya,langit.

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak wan...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...