Wednesday 21 January 2015

DI MANAKAH MENGHILANGNYA PARA PEJUANG KEADILAN APABILA KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT, DSAI, DISERANG OLEH AHLI PARLIMEN DAP.




Semalam, secara lantang tanpa berselindung dan berlapik, serta tidak sedikit pun menggunakan kata-kata kiasan, Ahli Parlimen DAP Raub, merangkap blogger Sakmongkol AK47, yang juga bekas ADUN Pulau Manis dan mantan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, YB Datuk Arif Sabri, telah menghentam dan menyerang keras Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai isu keghairahan DSAI mau mendedahkan salah laku bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dituduhnya seolah-olah ada pakatan antara Najib dan DSAI dalam usaha untuk DSAI dibebaskan dari hukuman penjara kes Liwat II yang kini diperingkat keputusan Mahkamah Persekutuan.

Ini adalah suatu pertuduhan yang cukup serius dan berat .. pertuduhan yang DSAI amat mementingkan diri sendiri ... Ianya bertambah berat dan serius apabila dilontarkan oleh Ahli Parlimen dari gagasan Pakatan Rakyat, paling tepat, Ahli Parlimen DAP.

Umum sudah pun mengetahui ianya bukan lagi menjadi rahsia betapa Ahli Parlimen Raub ini,memang sejak diketepikan dari di pilih sebagai calon UMNO/BN mempertahankan kerusi DUN Pulau Manis pada PRU tahun 2008 serta tidak lagi menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan seolah-olah ada menyimpan dendam kesumat peribadi dengan Najib Razak dan dalam masa yang sama amat menyanjung tinggi Tun Daim Zainuddin kalau diambil kira penulisan-penulisan beliau di blognya sakmongkol.blogspot.com selama ini.

Apakah menjadi suatu dosa dan kesalahan besar sekirannya benar DSAI bersekongkol dengan Najib Razak dalam usaha mau menjatuhkan Daim dengan mendedahkan segala apa jua bentuk salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasanya semasa memegang tampuk kuasa sebagai Menteri Kewangan.

Apakah menjadi suatu dosa dan kesalahan besar seandainya DSAI bersekongkol dengan pemimpin yang amat dibencinya, Najib Razak, mau mendedahkan dan menjatuhkan pemimpin pujaannya walaupun jelas telah melakukan kesalahan jenayah dengan mengumpul kekayaan luar biasa cara salah lebih dahsyat terlibat secara aktif dalam menjatuhkan dirinya dengan kes Liwat I pada tahun 1998 sehingga terpecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan di humban kedalam penjara dengan pelbagai bukti dan cerita yang tidak masuk akal serta memberi malu dan aib yang tidak terhingga.

Tetapi yang lebih menghairankan bin memelikkan Omak Kau ialah sikap mendiam diri membisu mati kutu yang diambil oleh para pemimpin dan pendokong Parti KeADILan Rakyat dalam episod ini.

Omak Kau masih tidak nampak lagi mana-mana kenyataan yang mempertahankan kewibawaan DSAI yang di kritik keras dalam insiden ini sama ada dari Biro Penerangan dan Komunikasi PKR maupun para anggota NGO warna campur angka .. para pendokong dan penyokong Azmin Ali jangan nak cakaplah .. jenis hampeh langsung tidak boleh pakai .. sekadar berani mengkritik dengan kata-kata nista dan kesat kepada barisan pemimpin PAS terutamanya Dato' Seri Presiden TGHA kerana teguran dan pandangan berbeza.

Barisan AMK senyap .. Pimpinan Wanita tidak berkata apa ... Dimanakah suara lantang dan garang kalian??? .. Apakah redha, setuju dan restu Ketua Umum KeADILan dibelasah sebegitu rupa?????

Sebab itu semalam lagi Omak Kau mengambil sikap enggan memuat naik kenyataan keras menghina DSAI oleh Ahli Parlimen DAP Raub ini kerana tidak mau dilihat bersubahat dan terbit salah sangka kononnya terlibat sama dalam membuat kerja jijik ini .. Mengambil sikap tunggu dan lihat sambil memantau adakah para pendokong,penyokong dan anggota parti yang selama ini mendabik dada sanggup bermati-matian mempertahankan DSAI jika di aniaya dan difitnah.

Nah!!!! baru peringkat Ahli Parlimen biasa dari DAP menyerang langsung ketar kepala lutut, kecut perut bisu mati kutu untuk bertindak balas .. Bukan mau menggunakan cara dan gaya yang sama apabila menyerang kepimpinan PAS pun .. iaitu menggunakan kata-kata nista, kesat dan maki hamun tetapi cukup dengan bingkas pantas memblasa dan kilas secara tuntas tetapi bernas.

Ikut hukum akal logik .. jika pemimpin DAP peringkat Ahli Parlimen biasa pun tidak berani bersuara .. tidak boleh nak bayangkan jika yang bersuara keras itu datangnya dari pemimpin yang berjawatan tinggi dalam parti ... sudah pasti lagi tidak berani .. hal dan kenyataan ini jangan nak nafi kerana ini adalah realiti.

Masa inilah DSAI dan anggota KeADILan boleh melihat, berfikir sambil menilai siapakah sebenarnya yang benar-benar setia dengan perjuangan yang dibawa DSAI ketika diserang dan dicaci.

Jangan cepat melatah jika ada kalangan anggota parti yang menegur jika terdapat kesalahan jelas perjalanan parti sebagai pengkhianat dan petualang sampai lupa segala jasa dan sumbangannya pada parti selama ini.

Jangan bersikap garang dan bengis tidak kena pada tempat jika ianya dilakukan terhadap pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Kini terserlah parti mana yang bersikap angkuh dan arogan seperti dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS semalam.

Cuit minda tanya akal logik ... tepun dada tanya iman .. gunakan akal dan otak yang Allah SWT berikan untuk berikir dan menilai secara rasional.

Jangan bersikap jumud dan taksub keterlaluan .. benar tetap benar .. yang salah jangan di sokong .. penyelewengan jangan disapu dibawah karpet dan disorokkan dari pengetahuan umum.

Demi berlaku adil diperturunkan semula artikel mengenai isu ini.



PETALING JAYA :
Pemimpin DAP Datuk Ariff Sabri menyatakan kehairanan beliau kepada tindakan Ketua Umum Parti Keadlian Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersemangat hendak mendedahkan salahlaku bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Kenapa Anwar malah menyerang Tun Daim? Seharusnya kita (Pakatan Rakyat) memusatkan usaha kita untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya,” tulis Ariff di www.sakmongkol.blogspot.com hari ini.

Ariff menyimpulkan Anwar tidak lagi meletakkan kepentingan dan matlamat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya, “Saya rasa Anwar sekarang mementingkan dirinya”

Ariff curiga bahawa Anwar telah berpakat dengan Najib untuk membebaskan dirinya dari hukuman penjara yang dihadapinya dengan menawarkan diri untuk menjatuhkan Tun Daim dengan memberikan data salahlaku Tun Daim kepada SPRM.

Menurut Ariff, tindakan Anwar itu tidak membantu PR langsung, malah akan mengakibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

Ariff berpendapat, Anwar seharusnya membiarkan kalangan UMNO saling ‘membunuh’ dan bukannya mendedahkan salahlaku Tun Daim. Ariff merujuk kepada kritikan Tun Daim terhadap pentadbiran Najib yang menurut Ariff di belakangi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Dr M juga turut mengkritik pentadbiran Najib kebelakangan ini.

Selain Dr M dan Tun Daim, Ariff juga menyebut nama bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Kadir Jasin sebagai pengkritik besar terhadap pentadbiran Najib... FMT

17 comments:

  1. semua orang dah benci n meluat dgn anwar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? bg aku tak de aku nk meluat...memang asam garam politik...DSAI dah buat lebih untuk kita...kau berani buat ke?

      Delete
    2. Mana lateef koya....dan tulang besi?
      Lateefa Koya kata tak sesuai utk kita bentang hudud dlm keadaan 1MDB tenat....peluang nak jatuhkan najib kan...
      Tulang Besi plak kata...corong pembesar....
      Sorang lagi ckp aku lupa...bagi bola tanggung....
      Mana? Mana?

      Delete
  2. Nuar x nk ke sungai buloh ...

    ReplyDelete
  3. Dari dulo dulo lagi ako udah bilang sama kamoo....kamu pencacai bang non enggsk nau dengarin....kelian sika dijubo bang non...nah sekarang kamooo rasakan dijubooin....ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa bahasa kau tu cukup mengambarkan jiwa & hati yg kotor...aku tak pernah dengar pun bahasa yang kotor dri mulut DSAI...Bahasa jiwa Bangsa.

      Delete
    2. Kah kah x penah dengat bahasa yg kotor dri molot DSAI....kah kah mungkin tak pernah kot...klu menutuh chinadoll dan sepol mana ada kata kata yg keluar dari molot DSAI....tengah stim horny smpi tak terkata....molot nye tak kotor sbb tgh stim tapi perbuatan DSAI dan aksi nya kotor ko nak campak kemana...?

      Delete
  4. TUAN BADAN PUN TAK KISAH

    BUAT APA ORANG LAIN NAK KISAH

    MURAHNYA HARGA DIRI

    Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).(Annur : 26)

    Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.(Annur:4)

    ReplyDelete
  5. Bubar pr ....ape lg ...

    ReplyDelete
  6. Anwar cam nak masuk umno la pulakkk????..ish..ish..ish..politik anwar haru biru lah....penin..penin..penin...

    ReplyDelete
  7. bukan politik anuar yg haru biru anon 10.57 yg haru biru anuar tahulah apa yg dia buat dia pasti sudah masak dgn politik di msia ni dan rakyat yg menyokongnya harus tahu dan pasti akan itu.

    ReplyDelete
  8. Jenis cam anwar ni anon 12:31 bikin penin la...siapa musuh pkr pun dah tak tau..hari ni umno..esok dengan pas..pastu lawan..pastu dia berbaik...hari ni dia ludah esok dia jilat pula....ermmm...serabut le politik cara anwar...

    ReplyDelete
  9. yang meluat dgn dsai,jenis mulut besar..akibat semua nak sembunyi..jadi lah kita pengundi taik anjing..bodoh sampai mampus,apa salah nya dsai nak tolong PM..kalau pun betul,yg penting dedah semua nya kalau jenis ada kuasa,jadi lanun menghala kan cara..

    ReplyDelete
  10. hahahaha.....

    Omak pun tak buat apa-apa untuk bela Anwar. Setakat copy paste saja.

    Ya laaa....semua tau selera Omak Kau hanya kepada azmin saja.

    Selera annakonda katakan....hahahaha

    ReplyDelete
  11. Semuanye bodoh kene tipu dek ahli politik ... kahkahkah

    ReplyDelete
  12. ada tiga geng....geng najib, geng daim, geng nuar dengan di belakang ada macai masing2
    sumua itu geng asal dari rumpun umporno jugak..sumua itu geng ada kepentingan sendiri jugak....sumua itu geng last2 balik satu kapal jugak...takyah risau la...
    p/s; musykil gak ye, nuar ngan najib berpakat,ada ape2 persamaan ke dia orang berdua ni...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...