Friday 23 January 2015

PDRM AKAN TETAP TERUSKAN SIASATAN DAN PASTIKAN PESALAH DIHUKUM WALAUPUN ZAMANI SLAM MEMAAFKAN PERAKAM VIDEO KLIPNYA.



Walaupun bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, memaafkan serta tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis yang mengambil dan menyebarkan video dia diminta menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika dalam tahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan siasatan dan memastikan pesalah dihukum.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, adalah menjadi kesalahan kepada anggota polis yang membawa telefon bimbit dan mengambil video atau gambar sesuka hati tanpa keperluan yang khusus.

Katanya, hak asasi setiap tahanan perlu dijaga dan PDRM tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana pegawai atau anggota PDRM yang didapati mengaibkan tahanan.

"Siasatan akan diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum membuat keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil oleh PDRM kepada pesalah.

"Pada masa sama kita akan mengambil kira kenyataan Zamani yang memaafkan perbuatan berkenaan,"katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu, kenyataan Zamani yang memaafkan perbuatan berkenaan dimaklumkan abangnya, Zulfazil, 50, yang menemui penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 3.30 petang tadi.

Justeru, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Zamani dan keluarganya.

6 comments:

  1. Abis la ko, bos ko nk amik action gak ... tu la len kali ingat2 lh ... zamani dh maafkn ko pun x jln nk wat cmne time je le hukuman x psal2 ...

    ReplyDelete
  2. Sendiri buat sendiri tanggong la.
    kasi tukar ke unit kem kom, jaga pos...

    ReplyDelete
  3. Pembakang memang selalu ambil kesempatan untuk bela penjenayah pun, macam satu kes itu penjenyah ditembak mati pun mahu salahkan polis

    ReplyDelete
  4. Bukan smua polis x baik cume sikit sangat yg baik ...hehehe

    ReplyDelete
  5. X payah lah PDRM nak siasat kes kecil ni, banyk kes berprofail tinggi lom settle.......tlg la settlekan sgra..........rakyat menunggu......cekap dan betul

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...