Tuesday 6 January 2015

SEBUAH MASJID DI KAWASAN PARLIMEN GOMBAK JEMAAH SOLAT JUMAAT DEPAN IMAM.



Kejadian berlaku dikawasan parlimen Gombak, kawasan parlimen Dato' Menteri Besar Selangor merangkap abang kandung Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali, YAB Tuan Hj Azmin b Hj Ali dan DUN Batu Caves ADUNnya YB Amiruddin Shahri merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

BATU CAVES - Jika jemaah solat Jumaat 'melimpah' sehingga ke atas jalan mungkin satu situasi yang biasa dilihat, tetapi bagaimana pula jika jemaah terpaksa menunaikan solat di hadapan imam?

Ia kedengaran pelik namun realitinya itulah yang berlaku di Masjid Amaniah di sini pada setiap hari Jumaat. Seolah-olah juga sudah menjadi kebiasaan apabila jemaah berselerakan dan solat secara berkelompok sehingga ada di antara mereka tidak mengikut arah kiblat yang betul.

Malahan ada juga yang solat berkiblatkan ruang tandas juga di atas wakaf. Keadaan tersebut difahamkan telah berlarutan dalam tempoh yang lama dan sumber memaklumkan, kebanyakan jemaah bermasalah itu terdiri daripada warga Myanmar.

Salah seorang penduduk Taman Amaniah, Faiz Azwar, 63, berkata, keadaan tidak betul ini perlu ditegur kerana dikhuatiri dianggap bersubahat dan berkongsi dosa membiarkannya berlaku.

Menurutnya, alasan ruang masjid terhad tidak boleh dijadikan alasan membolehkan solat berkelompok itu berlaku.

“Mereka (warga Myanmar) mungkin menerima pendidikan agama yang tidak sempurna, tapi sebagai orang tempatan sepatutnya kita tegur. Tak boleh kata cukup asal solat. Pihak masjid mungkin boleh cari ikhtiar memikirkan kaedah bersesuaian termasuk pasang khemah di kawasan parkir dan letak notis kenderaan diletak luar pada hari tersebut supaya jemaah lebih tersusun,” katanya kepada Sinar Harian.

Beri hak pengurusan kepada kariah

Dalam pada itu, bekas jawatankuasa masjid, Mohd Fauzi Mohamad, 43, berkata, pihaknya mencadangkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerahkan kembali pengurusan masjid kepada kariah.

“Kariah lebih tahu masalah setempat dan keperluan, kelemahan pengurusan menyebabkan masalah kemudahan dan keselesaan jemaah terjejas serta tidak terkawal. Sejak 2011 sebanyak tiga kali pengurusan masjid ditukarkan menunjukkan kelemahan, sedangkan masa kita jaga dulu masjid ini antara terbaik dalam Selangor,” katanya.

Katanya, pihak masjid juga digesa menggunakan dana atau mengeluarkan peruntukan memasang papan tanda di beberapa kawasan sebagai mendidik masyarakat berkenaan solat jemaah.

Mohon pihak berwajib ambil perhatian

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Batu Caves, Khalid Mohd Noor pula berkata, beliau berharap agar pihak jabatan agama daerah dan negeri mengambil pendekatan serius menyelesaikan perkara tersebut dan melakukan siasatan.

“Saya terima banyak aduan dan keluhan daripada orang awam yang kemudiannya telah dipanjangkan kepada pihak masjid, tapi tidak ada tindakan dilakukan sehingga membuatkan kami kecewa.

“Pengurusan masjid seharusnya memikirkan cara dan membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk menyelesaikan isu kepadatan jemaah ini memandangkan kawasan semakin pesat,” katanya.

Pihak masjid sediakan khemah

Sementara itu, Bilal Kariah Masjid Amaniah, Mohd Fadzil Yatim berkata, pihak masjid telah menyediakan tambahan lima khemah untuk menampung jumlah kariah di situ.

“Ruang dalam masjid hanya mampu memuatkan antara 2,500 hingga 3,000 orang dalam satu masa saja sedangkan penduduk sekitar dan pekerja berhampiran melebihi angka tersebut.

“Kita dah buat pembesaran masjid dan pemasangan khemah tapi masih tidak cukup untuk menampungnya,”  katanya.

Katanya, jemaah secara dasarnya mempunyai pilihan tetapi lebih gemar memilih lokasi yang selesa dan mudah.

“Ada banyak ruang lagi yang boleh mereka penuhi tapi disebabkan sudah selesa di kawasan sama menyebabkan mereka solat di situ tanpa sedar telah melanggar syarat sah solat jemaah.

“Perkara tersebut akan diberi perhatian dan memikirkan langkah sesuai untuk mengatasinya,” katanya.

4 comments:

  1. Omak kau ...xperlu dijadikan isu. Actually ko mmg xsuka Azmin sbb ko kamcing gila ngan tski kan. Cukup2lah ....jgn dengki.
    Makin lama aku naik menyampah tgok blog bangang ko...ni

    ReplyDelete
  2. Bangga sangat dengan masjid banyak, di kebanyakan masjid tak penuh, tapi yang ini tak di ambil kisah pulak, kalau tugas serah ke pejabat agama, ini lah jadi nya, tak kan pejabat agama nak urus semua masjid, menyelia boleh lah, jkuasa masjid tak ada ke.. Jarang belaku ni.. Mb sgor minta bagi peruntukan, besar kan masjid tu.. Macam negara kafir pulak kita ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau tak ngada kiblat atau tak ikut arahan, jadi rosak semua sembahyang, suruh je mereka balik, kalau jenis degil.. Sapa sapa yang nyalak dgn blok ni, sila cau, ada lagi lah org suka, tak ada paksaan, kdg2 kita jadi sedikit tak betul, kata org trg nyakit ngoyang, sbb perangai kita sendiri, kalau aku, aku tak suka, aku buang terus blog tu, tak payah nak baca atau komen.. Lebih teruk dari nyakit E

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah buleh selesai .....
    1- Penyelesaian Jangka Pandak
    a- Pasang kemah di depan kiblat dari mihrab tok imam dalam masjid dan Tok Imam mayang jemaat akan berdiri di situ dan di belakangnya akan bermula saf solat jemaat, dengan cara itu tak timbol ada jemaah buat saf di depan tok imam
    b- buleh tiru macam cara Masjid Nabi di Madinah, diletak papan tanda pada tiang di luar masjid yang menunjokkan had kedudukan tok imam di dalam masjid dan ditulis juga ditegah bersolat maktubah berjemaah melebihi garisan tersebut

    2- selesai jangka panjang
    a- buka tabongderma untok pembesaran masjid, atawa buatkan masjid jadi dua tiga tingkat/lapis sekiranya tiada kawasan untok tambah sutoh ke kiri, kanan atawa ke belakang
    b- dirikan sebuah masjid lain dalam jarak dan tempat yang sesuai bagi kemudahan orang islam beribadat kerana keperluannya tidak mengganggu kecukupan bilangan jemaah masjid sedia ada

    Teringat ucapan Sami Bulu, dia kata kalau tak dapat hantar angkasawan ke matahari di siang hari kerana terlalu panas, tak mengapa, kita boleh hantar pada malam hari bila keadaan lebih sejok

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...