Thursday 22 January 2015

STATUS KES RAJA JUDI PAUL PHUA AKAN DI DENGAR DI MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT HARI INI.



Mahkamah Amerika Syarikat mengadakan pendengaran hari ini untuk menentukan nasib Paul Phua, individu yang dirujuk dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) negara itu.

Difahamkan, pendengaran status berkenaan merupakan satu bentuk perbicaraan awal di mana pihak pendakwaan dan pembelaan serta tertuduh bertemu di hadapan hakim sebelum perbicaraan penuh.

Dalam pendengaran status tersebut, hakim akan menyemak semula kes dan peguam akan membincangkan mengenai bukti dan menyusun pendengaran ke atas usul yang difailkan dan tawaran pengakuan yang mungkin dikemukakan.

Hakim juga boleh menetapkan tarikh perbicaraan semasa pendengaran status tersebut, sekiranya tiada penyelesaian dicapai di antara pendakwaan dan pembelaan.

Paul Phua dan anaknya, Darren Phua menghadapi tuduhan perjudian haram di mahkamah Amerika Syarikat di Nevada, selepas operasi pihak berkuasa negara itu ke atas kasino Caesars Palace kerana menjalankan perjudian sukan dalam talian secara haram.

Dua beranak itu kini bebas dengan jaminan sementara menunggu pendengaran status yang akan diadakan pada 22 Januari, menurut Pejabat Peguam Negara AS dalam satu emel kepada Malaysiakini.

Las Vegas Review Journal melaporkan bahawa Phua dan anaknya dibebaskan dan diarah memakai gelang kaki dengan pengesan GPS di sebuah kediaman di Las Vegas.

5 comments:

  1. Jangan risaulah Raja judi yang berjasa kepada negara pemenang pingat emas dalam sukan olimpik judi.

    ReplyDelete
  2. Jgn dapat gelaran Dato sudah la ...hee

    ReplyDelete
  3. bila balik nanti dapat pingat kebesoran darjah pertama, dapat gelaran datuk @ tansri...macam datuk lee chong wei tu..jangan risau la yea...

    ReplyDelete
  4. Pening kepala rakyat Malaysia, Raja judi jadi sanjungan...

    ReplyDelete
  5. Walau pun judi dia halal dimsia,di sokong oleh menteri keselamatan lagi,dpt bina membina ...utk msia,raja kata kan...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...