Tuesday 10 February 2015

KENYATAAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBULAT SUARA DAPATI ANWAR IBRAHIM BERSALAH MELIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN.


Putrajaya menyeru semua pihak termasuk rakyat menerima keputusan mahkamah yang mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini Putrajaya berkata, hakim membuat keputusan selepas meneliti dan mempertimbangkan semua bukti dengan adil dan mengikut tatacara yang betul.

"Dalam kes ini, proses lengkap dan komprehensif sudah diikuti sejak bertahun lalu.

"Proses itu kini lengkap, dan kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan penghakiman," kata Putrajaya dalam kenyataan hari ini
.


"The judges will have reached their verdict only after considering all the evidence in a balanced and objective manner. Malaysia has an independent judiciary, and there have been many rulings against senior government figures.

"The police report against Anwar Ibrahim was brought by a private individual - Anwar's employee and personal assistant - not by the government. As the victim of a serious sexual assault, he had every right to have his case heard in court.

"In this case, exhaustive and comprehensive due process has been followed over many years. That process is now complete, and we call on all parties involved to respect the legal process and the judgment"


TERJEMAHAN:

"Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.

"Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar – bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.

"Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman."

14 comments:

  1. Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro berita ini benar ,anwar seorang peliwat, kalau kau gunakan ayat al quran jika anwar dapati bersalah tetap besalah, cuba cerita aku apa hukum islam jika seorang didapat seorang peliwat apakah hukumnya, abu bakar pun penah hukum Berdasar dua orang saksi dan bukti pada pesalah.

      Delete
    2. Sembahyang hajat dh buat. Yassin dh baca. Allah swt telah tunjukan kebenaran.
      Syukur.

      Delete
    3. Bala Dari tuhan tak turun serta merta.lihatlah apa terjadi kepada konspirasi liwat 1.So tggu dah lihat Saja.. ..

      Delete
    4. Anon 13:47

      Allah yang kau tulis tu siapa ? Kau pernah kenal padanya ?

      Allah swt telah tunjukan kebenaran, kebenaran apa yang ditunjukkan ?

      Aku juga ada dengar orang sembayang hajat, baca yassin agar kerajaan BN temukan semula kapal terbang MH 370 yang hilang....tapi tak jumpa juga sampai sekarang.

      Apakah Allah telah tunjukkan kebenarannya dan semua orang bangang seperti kamu patut bersyukur ?

      Jangan jual propaganda guna nama Allah.... Rasa nak muntah mendengarnya.

      Delete
  2. Kebenaran di mahkamah Allah. Akhirat nanti tempat penentuan.
    Kalau nuar tak salah, beliau akan mendapat ganjaran yang besar diAkhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi harus juga diingat bahwa orang yg menyokong peliwat itu juga akan berhadapan dgn Nya di sana nanti.

      Delete
  3. Apa nak heran Nabi Allah Yusof juga di penjara atas tuduhan mahu memperkosa Zulaikha isteri raja sedangkan beliau tidak berbuat demikian hanya berdasarkan keterangan prngadu sehaja sedangkan buktinya tak ada. Begitu juga demgan DSAI saya yakin beliau bukan lah melakukan perkara terkutuk ini ketas pengadu Mohd Saiful Bahari tapi disebabkan perbicaraan ini berat sebelah maka DSAI didapati bersalah dikenakan hukuman. Allah bersama oramg yg benar. Allah sehaja yg mengentahui kebenaran kes ini samada DSAI yg bemar atai Saiful yg benar atau Hakim yg benar. Manusia tidak boleh menilai kebenaran pafa zahir kita nampak DSAI benar Saiful benar dan Hakim juga bemar tapi pada batinnya Allah juga yg maha mengentahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peliwat dan pezina sama ke?
      Kaum lut hukum di sebab peliwat
      Cuba tengok apa belaku pada kaum yunani di sebab peliwat di tempah gunung berapi
      Cuba korang fikir di sebab bn lepaskan peliwat lah bn ditimpa bala di malaysia Aku yakin lepas anwar di tangkap tak ada bala ,cuba tengok pada zaman tun m selepas anwar di tankap tak ada bala besar seperti banjir dan kemarau panjang , anwar ada dajil malaysia ini

      Delete
    2. Angkara 22 tahun Mahathir bala nya sekaranglah. Duit berbillion billion lesap, tipu pilihanraya, buat tudohan fitnah ke DSAI, ugama Islam di permain main kan ada lah antara bala menimpa kita. Bala bencana alam itu biasa, Mecca pun bajir, takut lah kalau negara kita bengkerap nanti rakyat tak kerja, takda duit apa macam.

      Delete
  4. Menyokong bukan bermakna redho dgn salah laku...Kenapa seepool tak didakwa sekali sekiranya terjadi perbuatan terkutuk itu..?????

    ReplyDelete
  5. Pasal hari tu kata rakyat hakim negara
    Tapi hari ini kata lain pulak.
    Tuhan jadi hakim.
    Munafik.

    ReplyDelete
  6. Ini hari gua sumpah laknat kerajaan berbakul bakul kerna kehakiman paling bodoh dan tolol dalam dunia.Teori nak tutup rahsia berbillion billion wang rakyat dikebas jadi di mangsakan DSAI. Hakim orang Islam Allah SWT itu maha adil, kau pilih sekongkol dengan pemerintah syaitan kau akan di siksa di dunia dan akhirat takut neraka Allah SWT

    ReplyDelete
  7. Hahahahahahahaha..!!! Sgt yakin pemerintah bangsat memperbodohkan rakyat..!!! KEPALE BUTO LA..!!! #LAWAN TETAP LAWAN.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...