Wednesday 11 February 2015

RAKAMAN BEBERAPA GAMBAR DSAI PELUK KAK WAN SETELAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN UMUMKAN ANWAR BERSALAH MELIWAT SAIFUL TERSEBAR LIGAT DI LAMAN SOSIAL.



PUTRAJAYA - Tangisan keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memuktamadkan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, tujuh tahun lalu.

Di samping itu, pelbagai situasi luar biasa berlaku. Ia termasuk tindakan barisan hakim bertindak keluar dari kamar apabila Anwar mengecam sistem kehakiman negara semasa diberi ruang untuk mengemukakan rayuan.

Kerosakan kecil sistem pembesar suara juga mengganggu bacaan penghakiman. Namun, suasana di dalam galeri awam Dewan 1 Mahkamah Persekutuan yang dipenuhi ahli keluarga, pemimpin PR dan penyokong Anwar bertukar suram sejurus keputusan diumumkan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Membacakan keputusannya yang mengambil masa kira-kira dua jam itu, Arifin berkata pendakwaan berjaya buktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Ketika keputusan itu mula dibacakan, Anwar yang pada mulanya tenang di kandang tertuduh dilihat beberapa kali berpaling ke belakang memandang ke arah isteri dan anak-anaknya.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan memohon mahkamah ditangguhkan seketika sebelum mengemukakan hujahan untuk diambil kira sebelum keputusan dibuat.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk anak-anaknya.

Bapa Wan Azizah, Wan Ismail Wan Mahmud  juga kelihatan sebak ketika didakap menantunya. “You have to be strong (Bapa perlu tabah)," bisik Anwar ketika itu.

Ketika mahkamah bersidang semula kira-kira jam 1.15 petang, Gopal Sri Ram mengemukakan hujahnya memohon mahkamah mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia terutama ketika bersama kerajaan.

Katanya, tiada alasan untuk mahkamah menambah hukuman penjara sebaliknya mahkamah perlu mempertimbangkan untuk jatuhkan hukuman lebih ringan.

Pihak pendakwa raya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berhujah kesalahan itu serius dan hukuman penjara enam tahun perlu dikenakan.

Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas menolak rayuan peringanan hukuman oleh peguam bela. Arifin turut menolak rayuan pemberatan hukuman yang dikemukakan pendakwa raya.

24 comments:

  1. Musuh2 anwar cukup puas dn bergembira sakan tengok gambar2 tu...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan musuh2 anuar juga akan menangis apabila melihat ????? d adili d Padang Mahsyar kelak..hee.

      Delete
    2. Memang cukup puas nanti tengok BAng Non Al Juburi diadili di Mahsyar atas perbuatan liwat nya itu. Kita akan tengak dia seangkatan dengan umat Nabi Lut nanti.....

      Delete
    3. 13:11 ko lk perasan confirm masuk syurga ...entah2 lebih teruk seksaan yg ko terime ...hee

      Delete
    4. 13:11 ni baca statement pon dah tahu bodoh mcm lembu NFC kak jat.. hihi bang dok kondo ke? oo abg bagi pok jib liwat ke dapat kondo ni hahaha

      Delete
  2. Jika saudara korban fitnah, bersabarlah...darjat saudara tinggi d sisi Allah. Lambat atau cepat tetap ada balasan dari Allah.

    ReplyDelete
  3. Diharap nak kutuk clan segambut boleh. Tapi jgn pakai modal fitnah. Nak maki Dia zalim, nepotism, kaki goreng semua tu okey, tuduhan moral jgn sekali okey.

    We all pray for u.,haji anuar


    Jeff Ulu Yam
    Reformist Original
    (Hanya cap ayam kaki bodek)

    ReplyDelete
  4. Jiwa kental anwar bin Ibrahim.bukan macam haramjadah sekor tu takut ke mahkamah menggeletar kepala lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada mental, hari2 pikir pasal nepotism, Bini for mb

      Delete
    2. OK la tu buat baik untuk bini...yang ko biar bini dan anak anak ko merempat cari makan sendiri lagi sial....ko ni...

      Delete
    3. Orang cakap kental ko faham mental...mmang 10:49 dah sakit mental ..hehehe kesian...

      Delete
  5. Bagi sorang yang waras fikiran . berita yg mengata gaji hanya RM1 memang cukup gembira. tetapi apabila mengetahui elaun 15 juta sudah cukup untuk menilai siapakah manusia Anwar sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sorang yang waras cincin 24 juta Sudah cukup utk menilai siapa manusia rosmah sebenarnya.

      Delete
    2. Dia menabung dari kecik2... jgn jelous..

      Delete
    3. Mungkinkah ko salah sorang dari jntan dan betina yg pernah d liwatnya!!!

      Delete
    4. Penyakit hiv lebih mulia dari penyebar fitnah.

      Delete
    5. Amalkan surah al kahfi utk mengelak dari fitnah dajal. Dan jgn juga jadi dajal utk memfitnah org.

      Delete
    6. 10:42 skrang pok jib dpt hampir 3 billion...sudah cukup untuk menilai siapakah manusia pok jib sebenarnya... termasuk kau yg bodoh mcm lembu dok jilat lagi bontot najib...

      Delete
  6. Jeff Ulu Yam..ko pakai serban pun x guna,kalau lidah biawak mengeji orang dan hati busuk mc bangkai...x usah brlagak alum la...akhirat nnt Kau tau la tempat Kau Kat mn..d dunia ni,aircond off kejap pun Kau dh glabah..akhirat nnt Kau rs la...

    ReplyDelete
  7. Jeff ulu yam ni mmg pemakan bangkai umno tegar.lembu utk korban pun dia p jual...jumpa ular dgn jeffri ulu yam harus ketuk kepala jeff@jefri ulu yam dulu.sekian harap maklum.

    ReplyDelete
  8. Pelakon air mata terbaik....ada arsenik dan suntikan HIV lagi ka....?

    ReplyDelete
  9. Tak lama nanti kita boleh dengar Nenek Kipas tu pukul canang cakap Bang Non Aljuburi sakit tulang belakang, kena racun arsenid, rambut dah mula gugur, kena cucuk HIV lah dan macam-macam lagi. Aku cadangkan pehak penjara menjalankan ujian darah ke atas Bang Non Al Jubs tu untuk pastikan isu mengenai HIV. Dia tu dah banyak liwat jantan dan betina. Entah-tah hiv dah mula bersarang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda2 ni tk mustahil boleh trjadi ke atas diri ko atau keluarga ko 13:17 ...jgn lh celupar sngat mulut ko tu ...dh mcm mengundang ngundang gaya nye ... hee

      Delete
  10. Anon 13.33
    bukan.mengundang ngundang la bodo.....nak mengingat kan....yg ko dan macsi laen tak lupa...pasal sllu lupa ni la ko slllu kena kencing dng bang non....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...