Thursday 12 February 2015

SIAPA YANG MENJADI KETUA PEMBANGKANG MESTI DIPERSETUJUI SEMUA PIHAK DALAM PAKATAN RAKYAT DAN YAKIN ANWAR TIDAK AKAN MOHON PENGAMPUNAN DARI AGUNG KATA KHALID SAMAD.



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata jawatan ketua pembangkang perlu dibincang dan dipersetujui semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata jawatan itu tidak akan memberi kuasa mutlak kepada seseorang pemimpin untuk membuat perubahan terhadap dasar sesebuah parti.

"Yang penting Pakatan bukan milik PAS, PKR atau DAP. Maka siapa nak dijadikan sebagai ketua pembangkang mesti dibincang dan dipersetujui semua. Bagi saya, siapa yang dipersetujui, kita sokong kerana Pakatan Rakyat merupakan gabungan tiga parti.

"Siapa dipilih secara asasnya dijadikan simbol dan sebagai penyelaras kepada Pakatan Rakyat dan bukan seseorang yang mempunyai kuasa mutlak yang boleh merubah atau menidakkan (dasar) parti masing-masing," katanya.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat menjawab soalan pemberita berhubung pemimpin yang layak menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad juga cukup amat yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon pengampunan berhubung hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Jelas Khalid, tindakan memohon pengampunan akan memberi persepsi bahawa Anwar mengaku bersalah.

“Sekiranya permohonan pengampunan membawa maksud mengaku bersalah, saya pasti Anwar tidak akan merayu,” katanya.

Anwar masih berpeluang mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi membebaskannya daripada hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semua kes jenayah yang gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan boleh memohon untuk mendapatkan permohonan ini berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

16 comments:

  1. Memohon ampun pada Allah dan pada orang yang kita lakukan kesalahan.
    Bukannya pada orang lain.

    ReplyDelete
  2. Semua besetuju Azmin

    ReplyDelete
  3. MARI KITA LIHAT SIAPA YG AKAN BEREBUT KUASA


    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  4. Lilin ... lilin ..lilin..

    ReplyDelete
  5. Calun yg paling sesuai... Wan Azizah atau Nurul Izzah... biasa la..... kroni......

    ReplyDelete
  6. siapa suka mat sabu
    Siapa suka azmin jamban
    Siapa suka stopah
    Siapa suka hadi
    Siapa suka lim guan end gucci
    Sudah tiba waktu nya pr buat pilihanraya pakatan haram untuk memilih ketua pembangkang
    Kalau aku aku mat sabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun pilih mat sabu walaupun dia bodoh perut boroi kuat makan tapi dia pandai buat lawak..walaupun lawak bodoh...kehkehkeh..

      Delete
    2. Aku pilih mat sabu jugakkk...sebab dia ensem

      Delete
  7. Saya kira sdra Khalid Samad adalah sangat layak dilantik sebagai Ketua Pembangkang atas ketokohan dan kelantangannya membangkang tak kira siang maupun mlm malah sesiapa shj semuanya tak betul kecuali dia.

    ReplyDelete
  8. Komponen parti pembangkang dh terkangkang nk berketua mcm mne?...hee

    ReplyDelete
  9. Pandai2 je mamat ni buat press statement tanpa merujuk pd parti dulu...gila kuasa ke atau Gila publisiti ke atau diarah someone utk nk checkmate parti sendiri....apa malang sgt pas shah alam.

    ReplyDelete
  10. Bagi free Ibrahim Ali menang kat Permatang Pauh. Lepas tu jadikan Dia ketua pembangkang. Perangai pun 2x5,cakap banyak buat takder. Dua2 kenal baik waktu student.movement. Sorang Anak Beraheem, sorang lagi bapak Dia bagi nama Beraheem.

    Kah kah kah selama ni korang sokong clone Berahim Ali rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori lupa Abang non kena tahan. Minta maaf ye kerana gelak kan kamu kah kah kah

      Delete
    2. perasan kelakar lah tu.... tak lucu pun....

      Delete
  11. Kalu mintak ampun dh kire ngaku bersalah, kalu lepas pun dh x de karismanye lg, rakyat pun dh tawar hati nk sokong, x mintak ampun duduk 5 tahun dlm, kalu dh kuar pun x leh nk aktif politik lg dh dlm masa 5 tahun...itu jam umur pun 72++, kalu aku, aku mintak ampun je le ... enjoy idup sikit sebelum mati, taubat dn beribadat, tinggalkan dunia poltik yg boleh dikatakn kotor ni ...biar lh org lain lak amik alih...hee

    ReplyDelete
  12. Dh rujuk lh tu kut, yg lain dh x amik tau lg pasal nuar, dia sorang je yg sedia nk jd pak sanggup ...hee

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...