Tuesday 10 February 2015

WARAN MEMPENJARAKAN ANWAR 5 TAHUN YANG DI DAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN MELIWAT SAIFUL TERSEBAR.




Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh petang ini.

Ketua pembangkang itu dipercayai dibawa ke Penjara Sungai Buloh dengan menaiki kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Kenderaan itu turut diiringi lapan kenderaan lain dan dilihat masuk ke perkarangan penjara selepas meninggalkan Mahkamah Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan Anwar dibawa ke penjara itu pada 3.49 petang tadi.

Suasana di luar Kompleks Penjara Sungai Buloh bagaimanapun tenang dengan segelintir individu dipercayai penyokong Anwar mengambil peluang merakam gambar kenderaan yang dinaiki Penasihat PKR itu.

Ketibaan Anwar dikawal ketat kira-kira 60 pegawai dan anggota daripada Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada 5.40 petang, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tiba di Penjara Sungai Buloh untuk menyerahkan beg peribadi milik Anwar berwarna biru gelap.

Turut kelihatan di luar perkarangan penjara ialah Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa dan ketika ditemui pemberita, beliau (Sivarasa) berkata Anwar tidak dibenarkan untuk menerima pelawat hari ini.

"Esok pagi saya akan jumpa Anwar, waktu lawatan belum ditentukan lagi," katanya.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Keputusan itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.

27 comments:

  1. teirma kasih banyak karena sudah berbagi berita yang sangat menarik. zaman sekarang sudah jarang menemukan blog yang isinya penuh manfaat seperti ini, keren!!

    ReplyDelete
  2. mmg macai pkr kaki fitnah dan maki hamun.........kesian kat anwar perjuangan berakhir dgn suram dan muram......semuanya gara2 blogger macai gatal tangan dan mulut buat fitnah dan onar sana sini menyebabkan rakyat semakin jauhkan diri dan tidak lg menyokongnya spt dulu. ini terbukti hanya sebahagian kecil shj yg bersamanya ketika perbicaraan. Wahai blogger2 yg membawa sial kamu ibarat dinosaur tua yg sudah tak berguna malah membawa kerugian kpd parti. Berhentilah kamu dpd menjadi blogger ! Berilah peluang kpd blogger muda bagi merintis perjuangan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger yang patut kene berhenti ialah greenboc dan al-hussein

      Delete
  3. The DeFacto is gone. We are sad. The Deputy President will be our leader. Heil Ceasar!!!!!!!!! Power tak aku punya English. Jauh lagi power Dari Malaysiawaves. Perghhhhhh tak lama lagi Abang Jeff akan Jadi ketua cabang. Setakat Rafizi tu boleh ketepi la brader

    Jesse Labu. N9ers
    (Kawan Jeff)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas sungguh hati aku bila Anuar dipenjara. Impian aku selama ini sudah tercapai. Aku pun redha jika perkara yang sama terjadi kepada keluarga aku.

      Jeff Ulu Yam

      Delete
  4. Bila x rmai d tuduh xrmai xmnyokong....kang bila ramai kang d tuduh.."mereka d baya"...kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ramai pun. Cuma tinggal hippies saja. Tu yg baring tengah jln kat Putrajaya. Aku tengok kat blog ni la pagi tadi

      Delete
  5. No waran tu A384388. Amacam beli 4D. Big n Small. Omak kau kata yg kena hukum tu orang baik. Itu sudah ong!!!

    Kalau win kasi derma skitt sama itu opis politik kat tropikana.

    Jgn lupa ini hari kasi onnnnggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau win kasi blanja PASMA bihun sup.

      Delete
    2. Kalau win jangan lupa belanja china doll maklum ahli pkr ini dah lama sangat melancap depan laptop sebab tengok video lucah anwar

      Delete
  6. daripada Refomasi mata lebam hingga refomasi ketum semua dah berakhir, tinggal anwar dalam penjara, anwar boleh memilih penjara dun kajang atau penjara dun sungai buluh, habis lah istana segambut anwar itu , di harap pengikut ketum

    ReplyDelete
  7. Relax dont be khuatir, PKR akan tetap ada kepimpinan yg baik dari azmin. Esok lusa PR menang election, LEPAS la anuar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen saudara nampak YAKIN, macam Anwar YAKIN akan dibebaskan! KAHKAHKAH

      Delete
  8. Anwar masuk yang kaya lawyer dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi bangang... nuar tak bayar duit lawyer. Anak Karpal beri perkhidmatan percuma atas rasa persaudaraan sesama manusia.
      Hati anak Karpal ini lebih mulia dpd Jeff Ulu Yam.

      Delete
  9. Sekiranya mmg benar dia melakukan, itu baru hukuman di dunia blum lg di akhirat nanti tetapi sekiranya tidak percayalah doa org yg dizalimi dimakbulkan Allah..sesungguhnya Allah lebih mengetahui maha berkuasa dr segala2nya..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok hakim mana yg akan ditimpa bala Allah dahulu...

      Delete
  10. Badut sarkas 5 orang itu memang biul!

    ReplyDelete
  11. Doa dah dimakbulkan.
    Buta ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan babitkan Allah SWT dalam hal...Kalau Saiful benar2 dilindungi oleh Allah SWT, kenapa Allah SWT tidak peduli dan menolong dia semasa dia dikatakan dirogol. Bukankah kitab2 lama ada menceritakan Allah SWT sentiasa menlindungi daan menyelamatkan orang yang beriman dari dirogol..Nampak cerita doa mustajab dalam kes ini tidak sahih...khurafaat dan bidaah
      Lagi pun aku tak percaya doa orang Islam zaman ini mustajab. Dah berzaman orang Islam Palestine, Khasmir, Afghanistan, Chechen, Rohingya, Somalia dan Central Afrika dizalimi....dibakar hidup...dihalau macam anjing kurap.....mereka menadah tangan meminta doa, kenapa doa mereka tidak dimakbulkan...

      Delete
  12. mengkagumkan...sebuah badan tertinggi kehakiman disebuah negara entah kenapa mengaku islam tapi penuh zina dan judi...taksub dan percaya kebenaran jubor seorang manusia tanpa moral....

    ReplyDelete
  13. Orang Melayu diketawakan satu dunia dengan kehakiman yang paling bangang dan tolol kerana nak nak pertahankan pencen dah habuan dari penguasa yang bernafsu syaitan.Duit telah dilesap berbillion billion, takut rahsia terbongkar maka DSAI jadi mangsa.Selagi kita percaya kes ini selagi itu lah saham neraka bertambah.Hakim dapat pencen, habuan tah habis makan kita dapat apa?Saya berdoa pada Allah SWT agar DSAI di lindungi serta di lepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia akhir zaman...kebaikkan d abaikan, kejahatan d lakukan sewenang wenangnya.

      Delete
  14. Enam kotak rahsia kerajaan tu buat apa dia simpan sejak kena pecat tpm.
    Satu negara kena bodoh.
    Dah lah kaki fitnah kaki liwat pulak lg.
    Elok masuk dlm.

    ReplyDelete
  15. ZUNAR MENULIS: BARUA BERJUBAH HITAM BANGGA JATUHKAN HUKUMAN.HABUAN DARI TUAN POLITIK PASTI LUMAYAN."
    Yeargghh...#LAWAN TETAP LAWAN.!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah benar2 dpt habuan seperti yg d tulisnya.
      Wallahualam

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...