Sunday 1 March 2015

ISU AMK PULAU PINANG BERSIKAP BIADAP TERHADAP PRESIDEN PAS ... PEMUDA PAS PERAK TEMPELAK AGAR TUMPUKAN UNTUK PERBAIKI PARTI SENDIRI TERLEBI DAHULU



Angkatan Muda Keadikan (AMK) Pulau Pinang telah dikecam dan diminta jangan menyibuk berikutan kenyataannya mempersoalkan kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kecaman itu dikeluarkan oleh Pemuda PAS Perak Dan Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin sudah keterlaluan dan mencampuri urusan dalaman.

Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, “AMK Pulau Pinang tidak berhak untuk campuri urusan dalaman PAS. Fokus kepada memperbaiki parti sendiri!”

“Masing-masing mempunyai peranan kepada parti sendiri. Mohon hormati presiden kami,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, lapor Sinar Harian.

Kelmarin, AMK Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan mendesak Abdul Hadi untuk menjelaskan pendirian PAS berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-Umno dalam tempoh 14 hari.

Dalam sidang medianya itu, beliau meminta Abdul Hadi supaya tidak berdolak dalih dalam memberikan penjelasan sebenar.

Gesaan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan mengenai satu rakaman video mengenai penerangan isu kerajaan campuran antara Pas dan Umno.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Shafirol Rozali berkata, AMK negeri tidak menjalankan kajian sebelum membuat kenyataan media.

“AMK negeri sepatutnya bertindak lebih matang iaitu bertanya dan berbincang dengan Pemuda Pas negeri terlebih dahulu, bukan terus menggunakan media dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara parti PR,” katanya.

Mohd Shafirol berkata, AMK negeri juga perlu lebih bijak menjaga hati pengundi, penyokong dan petugas Pas khususnya dalam menghadapi PRK Parlimen Permatang Pauh nanti.

“Adakah Timbalan Ketua AMK negeri sengaja bangkitkan kemarahan PAS agar PAS kurang memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh? Sekiranya undi merosot atau PR kalah, maka PAS akan dijadikan kambing hitam seperti kekalahan Kedah?,” soalnya.

9 comments:

  1. WAN AZIZAH LAGI LAMA JADI PRESIDEN PKR


    LEBIH BAIK AMK SURUH WAN AZIZAH LETAK JAWATAN


    UNDUR AZIZAH UNDUR


    UNDUR SEGERA


    AZMIN NAK JADI PRESIDEN


    AZMIN DAH SERU TOLAK NEPOTISME DLM PKR


    AYUH AMK TOLAK NEPOTISME DLM PKR


    ReplyDelete
    Replies
    1. Muak pulak aku. Asyik cerita yg sama.
      Sudah2 lah bro... carilah cerita lain..

      Delete
  2. OMAKKAU NIE LEMBUT GIGI DRPD LIDAH..API MENGAPI TUGASAN BARU OMAKKAU NIE..TERUSKAN USAHA ANDA, MUGA BAHAGIA DUNIA N AKHIRAT..AMIIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMAKKAU ADA AGENDA TERSEMBUNYI. SEJAK KHALID JATUH LAIN BENAR N3 OMAKKAU.

      Delete
  3. Suhaizan kayap...awak kt mana? Awak kt mana?

    ReplyDelete
  4. langkah kajang tak jadi, nak salah kan org pula, hahaha muka dok malu, sibuk ke presiden pas.. kalau nak sangat lantik lah presiden parti jebon jadi hang punya boh..

    ReplyDelete
  5. Oooi orang orang PR. Hangpa tak perasan ka hangpa dah masuk jerat Ameno. Jarum dah masuk. Hangpa dah bercakaran. Depa terus buncitkan perut la.

    ReplyDelete
  6. Saya juga tak faham perangai 3 parti komponen PKR ni terutamanya peringkat kemimpinan yang asyik bercakaran dan menghala senjata sesama sendiri..idea penubuhan asal ialah untuk membela rakyat tapi dah dapat sikit kuasa berebut nak membuncit perut pula...ketiga tiga parti ini amat lemah dalam perang saraf dan musuh begitu mudah menyelinap ke dalam kem.....penyakit bawaan PKR menjadi punca kemelut dalaman PR bermula dengan kajang movie,pemecatan TSKI,usaha menaikan Dinasti DSAI yang akhirnya tempias terkena pada PAS dan DAP dan UBN patut berterimakasih kepada tindakan bodoh sombong PR tersebut hihihi

    ReplyDelete
  7. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888







    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...