Sunday 5 April 2015

VETERAN UMNO UMPAMAKAN MAHATHIR SERANG NAJIB SEPERTI DISERANG HISTERIA DAN HILANG KEWARASAN




Veteran Umno melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.

"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 



"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.

"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi Umno.

" Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli Umno," ujarnya.

Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir
menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.



"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.

"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.



Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.

13 comments:

  1. Veteran nu kawan Anuar dlm UMNO duly ka?????

    Marah Sgt dengan.TDM. kalauarah kgm cakap buat vigil !!!!?/bakar satay Sori bakar lilin

    ReplyDelete
  2. Dulu kita hormat Dr. M. Sekarang hormat mula pudar. Sekiranya beliau tidak puas hati tak payahlah bersara. Kamu sendiri yg bersara. Biarlah pemimpin baru laksanakan tugas dan menegur pun agak2 lah. Setakat beliau hendak jumpa Najib dan nasihatnya secara bersemuka tiada masaalah kenapa hebahkan dalam media pro Zionist. Kamu telah jatuhkan air muka orang.

    Najib pun perlu menjawab perkara2 comot yang ditinggalnya seperti IPP, pengswastaan dll.

    Persoalan. Kenapa beliau bersara? Adakan tekanan dan isu besar oleh kuasa besar. Adakah isu Petro Dollar?

    ReplyDelete
  3. Sudahlah Tun, Orang yang se pendapat dg ko semua berumur 80 keatas, itu pun tak semua, boleh dibilang dengan jari saja. Semua org tau ekonomi Malaysia sekarang dalam keadaan susah sikit sekarang sebab harga minyak mentah jatuh. Itu sebab org yang cekap tentang ekonomi seperiti Cina tak kisah sangat dg GST ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina MCA & Gerakan tak berani nak bising. Cuba tanya cina DAP.

      Delete
  4. Dr.M berbuat demikian sbb sayagkn malaysia ni..lg lama najib memerintah negara boleh jd bengkrap...klu dh hutang negara pun tak larat nk bilang dh mcmana..suruh berenti tak mau..mntadbir tak pandai nk cari duit hutang...hutang...hutang...aku pun boleh duduk mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah x dpt cari duit, cukai .....cukai .... Cukai

      Delete


  5. Secara ikhlas aku katakan Tun M ini jasanya kpd org Melayu terlalu sikit berbanding dg (Aruah) Tun Abd Razak. Yang membuka Felda , UKM, UITM, Quata untuk bumiputra di IPT, Bandar raya (melayu) Shah Alam, pembangunan Luar bandar

    Kau buat apa?? Menara Kmbar, KLIA, Putrajaya, Sepang F1 circut...semua untuk gulung mewah berpoya2.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa bagi brim kat org miskin kalu ambik duit dari poket aku. Buat apa bagi brim kalu duit brim buat bayar cukai gst..

      Bukannya tun tak tau....
      Jangan nak kelentong Tun la

      Delete
    2. Tapi kalau banding dgn jasa arwah bapak ko, jasa tun mahadir lebih besar

      Delete
    3. Jasa Prti Komunis Malaya pun banyak juga. Kerana adanye PKm orang Melayu banyak dapat kerje jadi askar, jadi kontraktor askar, dapat kahwin dengan askar, ramai dapat jadi polis, dapat jadi konraktor polis, dapat kahwin dengan polis, dan lesen bukak syarikat jaga dan satu ketika dulu pasal komunis majoriti orang Melayu bersatu. Patutya kena terima kasih kat PKm. Ini kalau nak cerita pasal jasala.

      Delete
  6. BODO....
    MAHATHIR CUMA NAK SELAMATKAN UMNO, MELAYU DAN NEGARA. DIA TAK NAK NANTI NEGARA BENGKRAP SBB SUKA SANGAT HUTANG KELILING PINGGANG. MEMANG BETOL SEKARANG PENGURUSAN EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA LEBIH TEROK BANDING BAWAH DOLAH DULU.

    DIA BUKAN NAK JATUHKAN UMNO. DIA NAK NAIKKAN UMNO SEMULA. DIA DAH BUAT MACAM2 CARA TAPI TAK JALAN.

    MUHIDIN MUNGKIN PILIHAN TERBAIK. JANGAN MWNYESAL PULAK SBB TAK IKUT NASIHAT TUN....

    ReplyDelete
  7. Huruhara, hirukpikuk, gegakgempita, riuhrendah, makihamun, pulaumemulau, jatuhmenjatuh, adudomba, pekikterlolong, meracauracau, libanlibu, tubamenuba, tikammenikam, tuduhmenuduh dan bunuhmembunuh. Akhirnya akan diharamkan untuk kali terakhir dan muktamad oleh sebuah kerajaan baru yang pragmatik, demokratik dan progressif pada suatu masa yang tidak berapa lama lagi!! Amin.

    ReplyDelete
  8. mengapa tak boleh ditegur kalau buat salah...
    nak suruh pengikut jadi syaitan bisu....
    kalau hidup bergantung pd hutang kemundian berpoya2 dengan bini menghabiskan duit...sampai bila rakyat nak hulur cukai yg dihabiskan entah ke mana...
    nak tegur ikut saluran.... dah lama dah dok peringat kat dia..apa nama.. bini tu kena faham tugas laki dia... kita pun dah tak tau nak kata apa lagi...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...