Thursday 8 October 2015

POLITIK PAKATAN HARAPAN (PH) YANG BERCELARU .... DAP SERANG, HINA DAN PERLEKEH PAS TAPI PKR RAYU.



PAS yang membuat keputusan tidak menyertai gabungan baharu pembangkang terus diserang DAP malam tadi pada majlis makan malam mengutip dana bagi parti serpihan mereka, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan prestasi yang baik di kubu kuat mereka Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru katanya, gabungan baharu pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang tanpa PAS sekalipun.

"Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh.

"PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri," katanya di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, perkara itu jelas kelihatan sewaktu bencana banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu yang menyaksikan seolah-olah kerajaan negeri "langsung tidak ada".

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu merujuk kepada kontroversi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan hujung tahun lalu apabila kerajaan negeri dan persekutuan dilihat sama-sama lambat menghulurkan bantuan.

Malah, DAP sendiri mengusahakan projek pembinaan semula rumah di negeri itu yang dikenali sebagai Impian Kelantan.

Hubungan DAP dan PAS putus secara rasmi apabila muktamar PAS yang lalu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikritik bertali arus.

Hadi dikritik atas dakwaan culas menghadiri mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga sering menggunakan kuasa vetonya dalam parti dengan membangkang keputusan yang dibuat timbalannya pada masa itu, Mohamad Sabu dalam mesyuarat majlis presiden PR.

Bercakap dalam majlis makan malam meraih dana Amanah semalam, Pua turut mengungkit bangkangan Hadi terhadap keputusan persetujuan DAP dan PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, jika PAS menyertai gabungan baharu pembangkang sekalipun, mereka tidak akan mempercayai parti itu yang semakin merosot pentadbirannya.

"Jika bersama kita sekali pun, belum tentu prestasi mereka baik," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata partinya tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS walau apa cara sekali pun.

"Kita tak boleh bakar jambatan dengan mereka, kita tetap perlu bercakap dengan mereka. Jika tidak, kita akan bertanding dalam suasana pilihan raya yang sama-sama merugikan semua pihak.

"Ia mungkin OK buat DAP dan PAS (tidak bertegur sapa) tetapi kami perlu mengemudi ruangan ini dan menjadi jambatan di antara mereka," katanya sewaktu berada sepentas dengan Pua sewaktu sesi soal jawab selepas makan malam.... TMI

ULASAN OMAK KAU:-


Menampakkan betapa sombong, angkuh , berlagak dan besar kepalanya DAP sekarang ini ... bila merasakan majoriti kaum Tionghua dipihaknya langsung lupa diri seolah-olah dengan hanya sokongan kaum Tionghua sahaja sudah mencukupi untuk rampas Putrajaya dari UMNO/BN pada PRU ke- 14 nanti.

DAP merasakan dengan penubuhan Parti Amanah Negara @PAN oleh barisan pemimpin yang kecewa duka nestapa merajuk sebab kalah teruk pada pemilihan Muktamar ke-61 lalu lebih dari cukup dan memadai untuk raih dan mendapatkan sokongan Bani Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) sedangkan rata-rata para penganalisis dan pemerhati politik tanah air setuju dan sepakat betapa tanpa PAS bersama-sama dalam PH jangan nak mimpi gabungan pembangkang DAP/PKR/PAN dapat dan mampu tawan Putrajaya.

Berbeza sedikit pendirian dan pandangan PKR dalam isu ini ... mengakui hakikat walaupun pahit dan berat ditelan, tanpa PAS gabungan pembangkang akan mengalami kekalahan yang lebih teruk.

Jelas sudah kini walaupun enggan mengaku penubuhan Parti Amanah Negara @PAN tidak membawa untung dan kelebihan sedikit pun kepada Pakatan Harapan .... PAN bukannya aset sebaliknya sudah menjadi liabiliti kepada PH .. kehadiran dan kewujudan PAN bukan sekadar melambat dan membantutkan impian PH tawan Putarajaya sebaliknya suatu bonus dan hadiah amat tinggi nilai dan harganya kepada keupayaan UMNO/BN yang ketika ini juga sedang mengalami kekalutan untuk terus pertahankan Putrajaya dari rempuhan dan serangan gabungan pembangkang.

PAN bolehlah diibaratkan seperti tong drum kosong .. penubuhan dan pelancaran penuh gilang gemilang warna warni tetapi raih sokongan boleh dibilang dengan jari ... ini realiti dan tidak guna kita nafi .. hanya mereka yang seronok dibuai mimpi dan syok sendiri sahaja yang enggan terima kenyataan ini .... rakyat yang berfikiran waras nampak akan kebenaran ini ..

Parti Amanah Negara umpama kehadiran tidak menambah ketiadaan tidak mengurangkan sokongan ... ada atau pun tidak langsung tiada impak dan dirasai.

18 comments:

  1. apa la bengong sgt dap tokong p.pinang nih...yg sebok nak serang PAS nape? ko nak kutip derma & kempeng suka ati ko la...yg busuk ati x abis2 ke PAS nape?...bengong

    cuma menambah kebencian org pada dap ade la...politik org bodoh mcm ni la...aku yg atas pagar ni pun naik menyampah ke dap...ptuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG SAH GUAN ENG MENIPU!!!

      Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) in Balik Pulau hari ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mempunyai agenda politik apabila ia menghentikan bantuan kewangan kepada sekolah itu hari ini.

      Pengarah SRIA Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan diskriminasi terhadap sekolah itu dengan menarik balik bantuan kewangan kepadanya tahun ini.
      “Kami menerima bantuan kewangan tahunan dan tahun ini kami telah diberi surat untuk menerima bantuan itu tetapi pada 3 September, kami diberitahu bantuan berkenaan ditarik balik dan seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) datang untuk mengambil balik surat itu,” katanya dalam satu kenyataan.
      Beliau percaya ini menunjukkan ada ‘tangan tersorok’ atau 'tangan ghaib' yang terbabit berikutan campur tangan politik dalam pentadbiran negeri.
      “Ini adalah kezaliman terhadap sebuah institusi pendidikan agama di negeri ini,” tambah Muhammad Fauzi. Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu didaftar dengan Jaipp dan sudah beroperasi sejak 2008.
      Muhammad Fauzi berkata, sekolah itu kini mempunyai 215 pelajar dengan kebanyakan mereka dari golongan berpendapatan tengah dan rendah.

      Minggu lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali At-Takiri menuduh kerajaan negeri menghenti bantuan kewangan kepada sekolah agama dimilik ahli PAS.

      Pengerusi jawatankuasa hal-ehwal agama negeri Datuk Abdul Malik Kassim membalas dakwaan itu dengan menyatakan Pulau Pinang terus memperuntukkan RM1.75 juta kepada 177 sekolah agama di negeri ini tahun ini.

      Sebelum ini, Guan Eng mendakwa kononnya pihak Rejim DAPigs Negeri tidak pernah mengurangkan bantuan kepada mana - mana SAR walaupun sekupang termasuk SAR milik PAS.

      Malah, Si Tokong DAPigs tu juga turut mendakwa tuduhan yang dibuat oleh PAS itu hanya sekadar fitnah semata - mata. Tapi sebenarnya dakwaan yang dibuat Si Tokong DAPigs tu hanya Pembohongan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat!!!

      Delete
    2. Terbuktilah Imayam Al Selfie Amoy adalah anjing DAP

      Delete
    3. Memang betul PANt#t adalah anjing belaan Abuya Racist Sifoo Bukit Penang

      Delete
    4. Anon 9:25 yg ko marahkan dap tu knp... org semua dah tahu dap ni nak musnakan hak keistimewaan raja2 dan org melayu ... yg ko patut marah parti2 yg sokong dan beri kerja sama pada dap lebih2 org melayu yg tak tak nampak masa akan dtg jika mereka menterajui PH.
      Ko tak nampak ke bisnes2 haram kat malaysia ni semuanya dia org yg punya takut esok judi, no ekor, arak, rumah urut, pusat pelacuran judii halal sebabnya org kapir yg memerintah... masa tu ckp org melayu dah tak laku lagi lebih2 lg MCA dah bersama mereka maka pada masa itu ''tak melayu akan hilang" kata2 dari HangTuah terpaksalah dimansuhkan dari bibir2 org melayu.

      Delete
    5. Hahaha......dap boleh tidak bersama ph kerana dap tidak pentingkan putrajaya cukuplah berkuasa dipulau pinang dan kawasan bandar yg kebykannya cina. Pkr mahu berkuasa demi perubahan sejarah malaysia harapan anwar dan pas hanya pentingkan kuasa islam dgn hukumnya diikuti namun tak akan mampu majukan malaysia. Pan harapan baru bagi mengubah pemikiran yg lebih keterbukaan dimana islam boleh bersama dgn mana2 bangsa kaum dan agama utk bersatu bersama majukan negara. Tiada manusia akan sama haluan pemikiran idea kemahuan, jadi apa yg belaku pada pas pkr adalah masalah yg biasa belaku, namun seorg pemimpin mesti boleh bersama mana2 bentuk manusia kalau tidak mrk tidak boleh jadi pemimpin hanya pengikut.

      Delete
  2. PENGKHIANAT DAH JADI PEROMPAK PULAK!!!

    Huh! Nampak gayanya tak berubah jugak perangai Haramjadah puak - puak Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu ni. Ingatkan bila dah keluar dari PAS, berubah jugak la perangai diorang.

    Rupanya diorang berubah bukannya menjadi lebih baik. Tapi berubah menjadi lebih buruk dari sebelum ini. Tak cukup gamaknya dosa diorang jadi Pengkhianat, sekarang dah jadi Perompak pulak.

    Kepimpinan PAS Johor hari ini mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

    Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.
    “Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.
    “Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya kepada Sinar Harian.
    Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.
    “Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas.
    “Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang,” katanya.
    Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik Pas Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu.
    “Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan Pas sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah. Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan Pas,” katanya.
    Dzulkifli berkata, parti berkenaan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan aset sepencarian bersama PAS Johor.

    Dalam erti kata lainnya, puak - puak Pengkhianat yang menyertai parti pimpinan Si Mat Sabu tu bukan sahaja mengkhianati parti yang mereka sertai sebelum ini, tapi diorang juga turut merompak harta yang dimiliki parti tersebut demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ISU KHUTBAH: MAKIN PEDAS SINDIRAN MUFTI!!!

      Hehehe!!! Nampak gayanya tindakan Si ADUN DAPigs yang nak tunjuk Jaguh sebelum ini semakin hari semakin memalukan diri dia sendiri dihadapan khalayak ramai. Makin terjerat leher dibuatnya.

      Kalau sebelum ini, bukan main sombong dan angkuh lagi Si ADUN DApigs tu mengugut nak ambik tindakan terhadap JAIP berhubung isu khutbah Aidiladha yang menjadi kontroversi baru - baru ni.

      Jelas, tindakan pantas dari pihak JAIP melalui Mufti Pahang ternyata membuatkan Si ADUN DAPigs tu sendiri terkedu apabila mereka enggan memenuhi tuntutan yang dibuat oleh DAPigs.

      Pendirian tegas yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang serta sokongan dari pelbagai pihak kepada JAIP membuatkan Si ADUN DAPigs tu mula ketar lutut dan terpaksa menangguhkan tindakannya.

      Katanya Si ADUN DAPigs bercadang nak mengadakan perjumpaan dengan pihak Mufti Pahang dan berbincang mengenai perkara tersebut bagi menyelesaikan kontroversi itu secara baik.

      Tapi siapa sangka. Cadangan yang dibuat oleh Si ADUN DAPigs tu sekali lagi telah dinafikan secara terang - terangan oleh pihak JAIP dan Mufti Pahang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
      KUANTAN – “Suruh dia beristighfar dan tinggalkan DAP.’’

      Demikian reaksi Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berhubung hasrat Pengerusi DAP negeri, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang mahu mengajak beliau mengadakan perbincangan tentang isu kandungan teks khutbah Aidiladha yang dikatakan parti itu sebagai menentang Islam.

      Abdul Rahman menegaskan, beliau berpegang kepada al-Quran iaitu ayat 28 Surah Ali Imran yang menjelaskan larangan orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin.

      Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan mengadakan perbinca­ngan dengan DAP kerana apa diperkatakan di dalam khutbah itu sudah cukup jelas dan tidak perlu diperkatakan perkara yang sama.
      Kalau kita lihat dari satu sudut, memang betul sangat apa yang diperkatakan oleh Mufti Pahang tu. Sepatutnya, Si ADUN DAPigs tu datang jumpa dia dulu sebelum keluarkan ugutan.

      Sekarang, nampak sangat la yang Si ADUN DAPigs tu tak menggunakan Kepala Otak sebelum nak mengeluarkan sebarang kenyataan dan juga ugutan. Asyik dok ikut Kepala Lutut je, penyudahnya memalukan diri dia sendiri!!! Baru la pada dengan muka dia!!!

      Delete
    2. Lawan je...makamah dah tentu Pas menang. hak pas mana boleh guna bersama.. knp Dap dah tak sponser lagi ke..
      Ke Dap dah nampak Amanah tak boleh pegi.. klu macam tu lagi baik ko org isi borang Dap.
      Kerja sama dgn duduk satu rumah tak ada bezanya pun... lagi pun ko org memang dikuasai Dap (macai²).

      Delete
  3. Begitu sombong dan angkuh cina dap ni.yg cina ni dok kacau Pas khasnya Pas Kelantan buat apa.dah putus hubungan putus la dok hingar apa lagi.jaga pakatan hancur aka ph sudah la.bukan ka puak tu sanggup jd balaci dap.apa pun semoga dap hancur bersama parti serpihan.

    ReplyDelete
  4. Daripada tak ada, lebih baik ada PAN.
    Sekurang-kurangnya PAN menjadi tempat berkumpul pemimpin yg kalah bertanding.
    Nak kenal muka yg kalah pemilihan, PAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN tu Club of Losers. Kah kah kah.

      Sanggup Jadi pengkhianat Agama Dan bangsa untuk medapat restu Rocket

      Delete
  5. Dap naik hangin bila depa dikeliling oleh malayu2 balaci dan barua depa ........... sbb apa pun dia kutuk dan maki hamun ....... puak2 balaci dan barua ni pasti angguk .......... semua ini kerana balaci2 dan barua2 depa dah berjanji Dap boleh kutuk dan maki hamun Islam dan Melayu .......... janji ada masyukkkkk !



    ReplyDelete
  6. Segala majlis PAN wajib diboikot kerana mereka Pro kepada Racist Penang

    Dilarang sama sekali seorang muslim menghadiri majlis munkar atau majlis yang terdapat kemungkaran di dalamnya kecuali dengan tujuan untuk membenterasnya jika ia merasakan mampu berbuat demikian. Jika ia telah hadir tanpa mengetahui adanya munkar di dalam majlis itu, ia hanya ada dua pilihan. Pertama, menegur kemungkaran tersebut dan kedua keluar dari majlis jika tegurannya tidak dihiraukan.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya, hari demi hari, keangkuhan DAP semakin menyerlah. Mereka sengaja memburuk-burukkan parti lain demi meraih sokongan kepada parti sendiri. Adakah ini merupakan satu tindakan yang berakhlak mulia? Jangan biarkan pemimpin seperti dalam DAP untuk memerintah negara ini. Jika tidak, masa depan negara akan hancur.

    ReplyDelete
  8. Heran sungguh....

    Omak kata Pas kuat. Kuat tara mana tu Omak?

    Dalam hal parti ni, bila kata kuat ia mesti berlandaskan berapa kerusi ia menang pilihanraya.

    Berdasarkan PRU 13, Pas hanya mendapat 21 kerusi parlimen manakala PKR dan DAP mendapat 30 dan lebih kerusi.

    Jika dibandingkan bermakna Pas parti paling lemah dalam PR dulu. Tetapi diwar-warkan parti yang kuat.

    Sekarang pula Pas hanya tinggal 16 kerusi sahaja.

    Dah terbalik pulak congak Omak dan pentaksub Pas bahawa yang menang banyak kerusi dianggap parti lemah sebaliknya yang paling sikit menang kerusi dianggap paling kuat.

    Tapi memang pun pemikiran penyokong Pas sangat lemah kerana kena brain wash melalui teknik reverse osmosis oleh pemimpin Pas yang juga tidaklah berapa cerdik sebenarnya.

    ReplyDelete
  9. Kepada penjengok2 blog Omakkau, saya nak pesan 4 jenis kehidupan manusia di bumi Allah ini:-
    1. Baik awalnya tetapi dalam keadaan jahat matinya
    2. Jahat awal hidupnya tetapi baik akhir kalamnya
    3. Baik awal hidupnya dan baik semasa matinya
    4. Jahat awal hidipnya dan jahat semasa matinya
    Pilihan ditangan anda. Cuma saya nak ingatkan hidip didunia ini sementara, akhiratlah yang kekal selamanya.
    Suroh Al-Kahfi ( ke 67) antara suroh yang Allah declared langit 7 lapis dia yang cipta. Perfect tiada yang nampak tak saimbang.
    Namun di suroh 82 Allah menyebut di awal ayat " Apabila langit terbelah". Apa akan terjadi pada alam ini dan di mana kita di kala itu dan apa nasib penderhaka kepada Allah dan Rosul dan apa nasib yang hina para ulamak.

    Oleh itu ikhlaskan kerja amal baik kita, ikut perintah Al Quran, jangan cenderung kepada mereka yang lawan syariat Allah rujuk suroh HUD ( Ke 11 ) ayat 113. Istiqomah dlm jamaah Islam senang cakap ( PAS lah ). Terus terang saya bagi tau tanpa berselindung.

    ReplyDelete
  10. Fikir secara rasional...kebiadapan DAP seharusnya menjadi titik tolak untuk kita mengenal siapa musuh Islam sebenarnya. Sudah tentu para ulama mempertahankan Islam dan jelas terang PAS adalah wadah yang sebaiknya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...